Khamis, 15 April 2010

Bagaimana Membayar Hutang Shalat Kita?

Kali ini sengaja ana nak kongsi sikit manfaat apabila ana terbaca dalam satu artikel di sebuah laman web indo..sebab bab-bab macam ni selalu jugak kita kurang jelas..maka kalau ada apa-apa penambahan Ilmiyyah atau beberapa pendapat Ulama' untuk memperkukuh Hujjah dan juga berkongsi Munafaat,boleh lah komen di sini..

Kita mengenal istilah qadha shalat yang artinya melunasi hutang shalat. Berarti yang bersangkutan pernah meninggalkan shalat, disengaja atau tidak itu lain soal. Yang jelas, hutang kewajiban shalat sama halnya dengan hutang kewajiban kepada Allah yang lain, ia harus dilunasi.

Bahwa shalat yang kita tinggalkan itu adalah disebabkan kelalaian kita. Kepada manusia saja hutang harus dibayar, kenapa hutang kepada Allah justru dipermudah? Walaupun kita tahu Allah adalah Dzat Maha Pemaaf, tapi itu masalah lain.

Dalil yang kita pakai:

اتَّفَقَ العُلَمَاءُ عَلَى أنَّ قَضَاءَ الصَّلَاةِ وَاجِبٌ عَلَى الناَّسِيّ وَ النّاَئِمِ لِمَا تَقَدَّمَ مِنْ قَوْلِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ، أنَّهُ لَيْسَ فِي النَّوْمِ تَفرِيْطٌ. وَ إنَّمَا التَّفْرِيْطُ فِيْ الْيَقْظَةِ. فَإذَا نَسِيَ أَحَدٌ صَلاَةُ أوْ نََامَ عَنْهَا فَلْيُصَلِّيْهَا إذَا ذَكَرَهَا


Para ulama sepakat bahwa melunasi hutang shalat yang ditinggalkan itu wajib hukumnya, baik karena lupa ataupun tertidur. Seperti pernah disampaikan Rasul: Tertidur itu bukan kelengahan karena yang dikatakan lengah itu bila seseorang tidak tidur. Apabila ia lupa atau tertidur dan tidak mengerjakan shalat, shalatlah ketika teringat. (Lihat dalam FIqhus Sunnah, Juz II, hlm. 185)

Kita memang dapat membayarnya lain waktu yang senggang. Akan tetapi, lebih cepat membayar, lebih baik. Misalnya, kita baru saja hutang shalat Subuh karena bangun kesiangan maka waktu yang terbaik dapat dikerjakan jam tujuh atau jam delapan pagi ketika kita bangun dari tidur, atau ketika kita sempat membayamya dan tidak perlu ditunda-tunda. Meski pada dasarnya hutang (qadha) shalat Subuh dapat dikerjakan di waktu shalat Zhuhur, Maghrib, Ashar, atau kapan saja.

Demikian juga berlaku pada shalat-shalat lain yang kita tinggalkan. Soal apakah dosa besar ketika kita meninggalkan shalat, tentu saja akan dilihat alasannya. Kalau kita beralasan tidur, tidak ada yang membangunkan, tentu Allah Mahatahu. Berbeda bila kita meninggalkan shalat karena alasan lain seperti bus yang kita tumpangi tidak berhenti, atau di kereta yang katanya tidak ada tempat, di pesawat yang katanya tidak ada air, atau sedang sakit, semua itu Allah Mahatahu.

Yang jelas, shalat bagi kaum muslimin merupakan suatu kewajiban yang harus dikerjakan pada waktunya, dalam kondisi apapun. Jika tidak bisa berdiri, duduk. Tidak bisa duduk, tiduran. Tidak bisa tiduran, isyarat mata. Tidak bisa isyarat mata, dengan hati. Begitu mudahnya syari'at Islam, namun kemudahan itu masih saja dirasa berat oleh orang yang suka bermalas-malasan.

Sekarang, bagaimana jika hutang shalat satu minggu karena sakit belum bisa membayarnya keburu meninggal, siapa yang harus membayar?

Hutang shalat tadi bisa dibayar lewat dua cara. Cara pertama, dilunasi keluarganya; dan cara kedua, bisa melunasinya dengan membayar fidyah (denda), yaitu 1 waktu shalat yang ditinggalkan sama dengan 6 ons beras atau makanan pokok lainnya. Berarti, keluarga harus membayarkan 6 ons beras x 5 x 7 dan diberikan kepada tetangga yang miskin.

وَمَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صَلاَةٌ فَلا قَضَاءَ وَ لاَ فِدْيَةَ. وَ فِيْ قَوْلٍ كَجَمْعِ الْمُجْتَهِدِيْنَ أنَّهَا تَقْضَى عَنْهَا لِخَبَرِ البُخَارِي وَ غَيْرِهِ. وَ مِنْ ثَمَّ اخْتاَرَهُ جَمْعٌ مِنْ أئِمَّتِناَ وَ فَعَلَ بِهِ السُبْكِي عَنْ بَعْضِ أَقاَرِبِهِ

ٍSiapa meninggal dunia sedang ia punya hutang shalat, baginya tak perlu diqadha. Tetapi menurut sebagian besar ulama Mujtahidin: bagi keluarganya tetap terkena kewajiban membayar karena ada hadits riwayat Imam Bukhari, dll. Rupanya pendapat terakhir ini cenderung diikuti ulama-ulama, Syafi’iyah, antara lain Imam Subki dan sebagian sahabatnya. (Lihat Ahkamul Fuqoha, Juz II, hal 50)

الصَّحِيْحُ هَوَ الإفْتاَءُ الأوَّلُ بِإخْرَاجِ الْفِدْيَةِ أرْبَعِيْنَ مُدًّا لِتَرْكِ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوْبَةِ ثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ فِيْ خَمْسِ مَكْتُوْباَتٍ

... yang benar adalah fatwa pertama yang mengatakan: harus mengeluarkan fidyah (denda) 40 mud (1 mud = 6 ons) bagi yang telah meninggalkan shalat selama 8 hari, yang seharusnya dia mengerjakan shalat 5 kali sehari. (Lihat dalam I’anatut Thalibin, Juz II, hal 229)


KH Munawir Abdul Fattah
Pengasuh Pondok Pesantren Krapyak, Yogyakarta
http://www.nu.or.id/page.php?lang=id&menu=news_view&news_id=14946

Rabu, 7 April 2010

Maik tak 'main politik', nafi paksa imam bersara

Jabatan Agama Islam Kedah (MAIK) tidak pernah "bermain politik" dengan memaksa penjawat masjid - termasuk imam, bilal dan siak - di negeri itu mengisi borang persaraan (M4) sukarela.

NONEYang dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) - yang menaungi JAIK - Datuk Syeikh Uzir Baharom berkata, institusi itu berada bawah bidang kuasa Sultan Kedah dan tidak melibatkan terikat dengan pandangan atau kefahaman parti politik yang memerintah.

"Tidak tepat untuk berkata kita main politik. Apa yang kita buat hanyalah keputusan majlis (MAIK) supaya imam yang sudah melangkau umur 60 dan tidak lagi berminat, lebih baiklah mereka pencen.

"Semua idelogi politik tidak ada kena mengena dengan kita," kata Syeikh Uzir.

Semalam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mendakwa, sekumpulan penjawat masjid di negeri itu dipaksa bersara oleh JAIK atas motif-motif politik.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya dimakluman sendiri oleh imam dan bilal terbabit, kumpulan itu diminta mengisi persaraan itu borang M4 yang dikeluarkan JAIK sejak minggu lepas - perkara yang didakwanya tidak pernah berlaku sepanjang pentadbiran BN di Kedah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syeikh Uzir menjelaskan, JAIK tidak memaksa imam-imam yang berumur di negeri itu meletakkan jawatan, sebaliknya hanya memberikan pilihan kepada mereka.

Tambahnya, tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri itu - pindaan tahun 2008 - supaya penjawat masjid di Kedah memperbaharui atau menamatkan perkhidmatan mereka ketika melepasi umur 60-an.

Kumpulan tersebut dikehendaki membuat pilihan dan mengisi borang tertentu secara sukarela, tambahnya.

"Mereka yang memilih berhenti, kita berikan mereka sedikit hadiah bagi mengenang perkhidmatan mereka," katanya yang enggan mendedahkan jumlah imam, bilal dan siak yang terlibat, daripada keseluruhan 549 masjid di negeri itu.

Ditanya kenapa jabatan agama tersebut mengambil masa dua tahun untuk melaksanakan undang-undang tersebut, Sheikh Uzir berkata sambil ketawa kecil: "Perlahan-lahanlah."

Sementara itu, Ahmad Bahsah pula ketika dihubungi berkata, beliau masih mengumpulkan bukti-bukti bagi membuktikan dakwaan beliau semalam adalah benar.

"Saya dalam perjalanan pulang daripada Kuala Lumpur (ke Kedah) sekarang. Sampai di sana, saya akan dapatkan lagi maklumat lanjut mengenai perkara ini," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau yang juga ketua Umno bahagian Alor Setar berkata, kenyataannya semalam dibuat berdasarkan pengakuan empat penjawat masjid daripada satu mukim di kawasannya.



hahaha..Ahmad Ahmad,ko yang main politik..Dahsyat Umno ni,dah tak dapat nak lagakan PAS dengan Istana..dia nak beralih menjadi Pejuang Syi'ar Ugama pulak..sebelom sibuk nak berjuang guna Masjid atau Surau..Pi desak orang ataih dulu gubal undang-undang penjajah..Pakai undang-undang Al-Qur'an dan Hadith..baru Pejuang Ugama yang tulen...

Selasa, 6 April 2010

'Imam terpilih di Kedah dipaksa isi borang bersara'

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mendakwa bahawa sekumpulan imam, bilal dan siak di negeri itu, dipaksa mengisi borang permohonan persaraan (M4)oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Menyifatkan tindakan itu bermotifkan politik, Ahmad Bashah berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh individu yang terlibat.

"Saya difahamkan hanya pegawai-pegawai masjid tertentu yang diminta mengisi borang M4 yang dikeluarkan JAIK sejak seminggu lepas," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun) bagi kawasan Parlimen Alor Setar, Kuala Kedah dan Pendang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara itu tidak pernah berlaku sepanjang Kedah ditadbir oleh BN memandangkan lantikan dibuat atas perkenan
Sultan Kedah.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Imam, bilal dan siak yang berkhidmat sekarang masih mampu memberikan khidmat mereka. Mereka sewajarnya dibiarkan untuk bersara secara sukarela, bukan dengan paksaan," katanya.

Beliau seterusnya meminta JAIK agar menimbang semula tindakan itu.

- Bernama



Nak tengok,ini prinsip kerajaan ka politik murahan dari si Pengulas Berita..kot-kot la saja-saja dia buat cerita atau memang Imam-Imam tu tak berkelayakan langsung..huhuhu~

Menteri: AJK masjid bukan punca perpecahan

Posting ni ana copy dari malaysiakini..ini jawapan jamil khir..menteri ugama kita berkenaan pertanyaan MP Padang Terap di Dewan Rakyat hari ini..Mengikut apa yg kami lalui selama mentadbir masjid,apa yg di jawap oleh beliau seolah-olah menegak benang basah la..pasal memang AJK Masjid ni di tentukan oleh kerakusan hawa nafsu dan selera politik mereka..
Perpecahan di kalangan umat islam di masjid tidak berkait dengan kaedah pelantikan ahli jawatankuasanya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya, kata beliau, perpecahan tersebut berlaku disebabkan perbezaan pendapat antara pegawai masjid yang tidak menghormati perbezaan pendapat.

"Sama ada diberikan pelantikan tersebut oleh pihak kerajaan ataupun lantikan tersebut dibuat oleh pihak masjid sendiri, sentiasa berlaku perpecahan daripada kedua-dua belah pihak sebab wujudnya pandangan berbeza dan mereka tidak boleh bersepadu dalam perbezaan pendapat.

"Apa yang boleh dikatakan mereka tidak menghomati perbezaan pandangan, siapa yang menang akan dianggap sebagai musuh kepada yang kalah dan kalah akan dianggap musuh oleh yang menang," katanya ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sebelum itu diajukan soalan tambahan oleh Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) yang mendakwa pelantikan terus ahli jawatankuasa masjid telah menjejaskan perpaduan di kalangan ahli kariah.

Dalam penjelasan seterusnya, Jamil Khir berkata, pelantikan jawatankuasa masjid dibuat bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.

"Untuk memulakan lantikan ini, Padang Terap boleh bawa usul ini nanti ke negeri kedah supaya lantikan dibuat oleh ahli kariah masing-masing," katanya.

Menjawab soalan asal dari Matulidi Jusoh (BN-Dungun), Jamil Khir berkata, kerajaan memperuntukkan RM76 juta tahun lalu untuk menjaga kebajikan 6,119 masjid dan 18,227 surau di seluruh negara.

Selain itu, katanya, kerajaan juga membayar RM9 juta untuk pengimarahan takmir, selain peruntukan RM1.7 juta setahun bagi bayaran pegawai penyelaras pembangunan daerah.

"Di samping itu, jabatan agama Islam negeri dari semasa ke semasa memberi sumbangan dana, dari pusat dan kerajaan negeri juga beri sumbangan untuk pengimarahan masjid dan surau," katanya.



Tak nampak pun respon menteri berkenaan tentang usul dan pertanyaan dari Rakyat..Macam belum bersedia nak serahkan Amanah Perlantikan AJK Masjid kepada Ahli-Ahli Qariyah..


Kalau ada benda nak komen komen laa..kalau tak suka Politik tolong jangan menyemak dengan komen bodoh antum..

Ahad, 4 April 2010

TAKZIAH DAN AL-FATIHAH

Pagi lagi telefon ana dah berdering..macam-macam panggilan dan sms masuk memberitakan kewafatan  seorang tokoh dan Pembesar Sadah Ba Alawi seluruh dunia..Baqiyyatussalaf Al Imam Al Guthb Al Habib Abdul Gadir B. Ahmad As Saggaf.. Mula nya berat jugak ana nak terima berita semacam ni..pasal dah dua kali kita terkeliru dengan berita kewafatan beliau..Namun dalam jam 12 tengahari,setelah ana menunggu berita yang lebih tsigah..ana menunggu khabar di laman web AlHabib Umar dan AlHabib Ali Aljufri.akhirnya benar lah khabar yang mendakwa kewafatan Al Imam Bagiyyatus Salaf Al Habib Abdul Gadir As Saggaf..
Beliau meninggal dunia pagi tadi sebelum solat subuh di kediamannya di Jeddah..Jenazah beliau akan di solatkan malam ini selepas solat isya' di Masjidil Haram Makkah..Al Fatihah buat beliau mudah2an beliau di golongkan di kalangan Para Nabi..Siddigin,Syuhada' dan Solihin..Hari ini kita para syed-syed keturunan Ba Alawi kehilangan seorang tokoh dan Panutan..dgn kewafatan beliau..maka terangkatlah sebahagian Ilmu Allah swt..Tiada apa-apa lagi perlu kita banggakan dengan kehidupan ini melainkan sama-sama kita berazam untuk terus menuntut Ilmu  dan menjadikan diri kita dan seluruh keluarga kita Mulia dengan Ilmu yang di berkati Allah(swt) dan itu juga lah harapan Al Imam dan seluruh salaf soleh..Kalau Ilmu tinggi..InsyaAllah kita akan di muliakan..bukan manusia sahaja..malah ALLAH dan seluruh penduduk langit dan bumi akan memuliakan kita..Wallahu A'lam..Al-Fatihah..