Ahad, 21 Februari 2010

HABIB OH HABIB!

 Kadang-kadang ada juga kita dengar orang berbual malah di kalangan habib habiban sendiri bahawa mereka mengklaim yang mereka sudah semestinya ahli syurga.Dari segala maklumat tentang habib yang antum faham, yang pasti banyaklah salah dan batil yaitu kepastian bahwa setiap habib pasti masuk syurga.
Kepercayaan ini batil dan amat rosak kalau sampai dijadikan keyakinan. Kerana dalam aqidah ahlusunnah wal jamaah, yang maksum dan pasti masuk surga hanya nabi dan rasul saja. Kerana para nabi dan rasul mendapat wahyu dari Allah SWT serta penjagaan ilahiyah, yang akan menjadi pengonntrol apabila akan melakukan kesalahan.
Sedangkan keluarga nabi baik isteri baginda maupun anak dan menantunya tidak mendapat wahyu, maka tidak mendapatkan penjagaan ilahiyah. Maka mereka tidak maksum. Dan karena tidak maksum, maka tidak ada jaminan untuk masuk syurga.
Kecuali Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu yang secara pribadi, bukan anak keturunannya, telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW sebagai salah satu dari 10 orang shahabat yang diberi  khabar gembira akan masuk syurga.
Menghormati Ahlul Bait
Menghormati dan memuliakan ahlul bait, memang tidak salah bahkan diperintahkan oleh Al-Quran.
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ta’atilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (QS. Al-Ahzab: 33)
Namun yang menjadi masalah, siapakah yang dimaksud dengan ahlul bait? Apakah isteri-isteri nabi ataukah Ali, Fatimah, Hasan, Husein dan anak keturunannya?
Kalau kita baca ayat di atas, lafadz ayat itu ditujukan kepada isteri-isteri nabi SAW. Mereka diminta untuk menetap di dalam rumah, tidak berhias, shalat, zakat dan mentaati Allah dan Rasul-Nya.???
Lalu apakah para habaib itu termasuk ahlul bait?
Ada sekian banyak versi jawapan. Ada yang membenarkan dan ada juga yang menolaknya.
Buat mereka yang membenarkan, maka para habaib dan syarifah itu kemudian diperlakukan sedemikian rupa, yang intinya ingin memberikan penghormatan. Bahkan terkadang sampai berlebih lebihan lalu mengklaim merekasebagai maksum dijamin masuk syurga.
Kalau sekadar menghormati dalam erti mencium tangan dan memuliakannya dengan memberi hadiah, rasanya masih boleh di terima pakai. Kerana untuk budaya sebahagian masyarakat tertentu, mencium tangan orang dimuliakan memang sering kita nampak.Tambahan pula  tidak ada nash yang melarang kita mencium tangan orang yang kita muliakan dan kita cintai.
Akan tetapi kalau sudah sampai mengkhususkan habaib dan syarifah, seolah-olah mereka itu tidak mungkin melakukan dosa dan pasti masuk syurga, maka cara berfikir seperti ini sesat dan menyesatkan. Dan para habaib sendiri juga menentang cara berfikir seperti ini.
Habaib dan Betawi
Budaya memuliakan para habaib akan lebih terasa di kalangan betawi.(satu suku di daerah jakarta) Sampai bekas minum mereka pun dianggap ada keberkahkahannya. Bagaimana hal tersebut boleh terjadi?
Penyebabnya sederhana saja. Sejak dahulu orang betawi punya pola hidup yang agak berbeza dengan suku lain. Mereka sangat dekat dengan ajaran Islam dan para pengajar agama. Kebetulan dizaman dahulu, para pengajar agama adalah para habaib itu. Masjid Kwitang dan madrasah Jamiat Khair Tenabang adalah markaz yang boleh kita sebut sebagai sumber pengajaran agama Islam bagi orang betawi. Dan keduanya dipimpin oleh para habaib.
Jadi ketika orang betawi mencium tangan habib depan belakang, mereka sedang menghormati guru mereka. Kerana berkat guru itulah mereka jadi kenal agama Islam. Dan ajaran menghormati guru memang sangat kuat dan lekat.
Pola fikiran seperti ini sebenarnya takdak masalah. Di mana-mana pun, murid memang harus hormat dan memuliakan gurunya.
Yang jadi masalah adalah kesalah-pahaman orang di zaman sekarang yang memandang semua habib pasti orang berilmu dan berhak menjadi guru. Yang benar adalah bahwa sebahgian dari habaib itu memang ada yang ber ilmu agama yang luas dan mendalam, tetapi sebahgian besarnya justru tidak pernah belajar agama. Mereka adalah orang bodoh yang tidak punya ilmu tapi mendakwakan kehabiban dan keawaman umat sahaja. Akibatnya, banyak umat yang terpeleot dengan masalah ini.
Maka bila seorang habib memang ahli dalam ilmu syariah, katakanlah doktor di bidang ilmu syariah, atau ilmu hadits, atau ilmu tafsir, mempunyai karya atau kitab yang banyak, wajar bila kita hormati beliau dan kita muliakan.
Perasaan atau tindakan rasa hormat pun tidak harus dengan cara-cara yang pelik dan menggelikan, seperti minum dari gelas bekas minumnya. Atau mencium tangan mereka depan belakang. Tapi hormatilah mereka sebagaimana umumnya kita menghormati para ustadz, guru dan ahli agama.
Wallahu A'lam..

Jumaat, 19 Februari 2010

BELARAK MAULUD TAPI RASUAH DAN TOLAK SUNNAH NABI??

BELARAK MAULUD TAPI RASUAH DAN TOLAK SUNNAH NABI
Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakkan Maulud Nabi di Pulau Pinang sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang membatalkan perarakkan dan ini di gambar seolah olah kerajaan Pulau Pinang anti Islam.
Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi UMNO untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.
Bagi saya belarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau belarak membawa pada dosa. Apa erti kalau belarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita belarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno belarak berselawat kemudian rasuah. Selawat lagi sapu duit rakyat. Belarak berselawat kemudian salah guna kuasa.
Belarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik Setiausaha Politik Menteri. Itu baru setiausaha politik belum lagi menterinya. Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun di jadikan dagangan politik murahan mereka.
Pada hal di Kedah perarakkan Maulud dah di batalkan sejak zaman regim UMNO perintah lagi. Tidak pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Dato’ Sri Mahadzir Khalid bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakkan Maulud. Banyak lagi negeri-negeri lain di bawah regim UMNO tak belarak pun. Kenapa media arus perdana tak persoalkan. Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) UMNO.
Sekali lagi saya tegaskan kepada umat Islam Perarakkan Maulud tidak salah dan tiada perarakan tidak lah berdosa. Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi. Yang salah dan berdosa bila rasuah, salah guna kuasa, adu domba di kalangan rakyat bergaduh, yang salah dan berdosa bila UMNO lakukan provokasi supaya umat Islam bakar Gereja, surau dan lempar kepala babi ke dalam masjid.
Kepada umat Islam dan rakyat Malaysia saya menyeru jauhi lah diri anda dari bahaya UMNO dan BN demi untuk keamanan kestabilan dan kesejahteraan.
DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS
=saja nak tengok komen antum tentang pendapat mahfuz..bukan pasal umno saja kita boleh buat contoh,tapi perkara yang berlegar keliling kita pun boleh kita jadikan contoh..Wallahu A'lam.

Ahad, 14 Februari 2010

LAGI FASAL VALENTINE

14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

# Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

# Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

# Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

# Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke empat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)”. –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

http://greenboc.blogspot.com/

HAPPY VALENTINE DAY

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu,
Usaha yang paling efektif dan tidak perlu mengeluarkan banyak tenaga untuk menghancurkan umat Islam salah satunya adalah dengan mengaburkan ajaran Islam. 'Samuel Zwemer' dalam konferens al Quds mengatakan: “Sebenarnya tugas kalian bukan mengeluarkan orang-orang Islam dari agamanya menjadi pemeluk agama kalian. Akan tetapi menjauhkan mereka dari agamanya (Al-Qur’an dan Sunnah)”.
(Sejarah Valentine Day)
beberapa sumber sejarah menyebutkan perayaan valentine day berasal dari perayaan Lupercalia yang merupakan rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (13-18 Februari). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love), Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama nama gadis di dalam kotak. Lalu setiap pemuda mengambil nama secara rambang dan gadis yang namanya terkeluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan menjadi objek hiburan. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan srigala. Selama upacara ini, golongan muda mencambuk orang dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk dicambuk kerana anggapan perkara terebut akan membuat mereka menjadi lebih subur.
Ketika agama Kristien Katolik masuk Rom, mereka meraikan upacara ini dan mewarnainya dengan suasana Kristiani, antara lain mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Constantine dan Paus Gregory I (lihat: The Encyclopedia Britannica, sub judul: Christianity). Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristen, pada 496 M Paus Glasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St.Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari (lihat: The World Book Encyclopedia 1998).
The Catholic Encyclopedia Vol. XV sub judul St. Valentine menuliskan ada 3 nama Valentine yang mati pada 14 Februari, seorang di antaranya dilukiskan sebagai yang mati pada masa Romawi. Namun demikian, tidak pernah ada penjelasan siapa St. Valentine itu, juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui hujung-pangkalnya kerana tiap sumber mengisahkan cerita yang berbeza.
Kaisar Claudius II memerintahkan menangkap dan memenjarakan St. Valentine karena menyatakan tuhannya adalah Isa al-Masih dan menolak menyembah tuhan-tuhan orang Romawi. Orang-orang yang mendambakan doa St.Valentine lalu menulis surat dan menaruhnya di terali penjaranya.
Kebiasaan mengirim kad Valentine itu sendiri tidak ada kaitan langsung dengan St. Valentine. Pada 1415 M ketika the Duke of Orleans dipenjara di Tower of London, pada perayaan hari gereja mengenang St.Valentine 14 Februari, ia mengirim puisi kepada istrinya di Prancis. Kemudian Geoffrey Chaucer, penyair Inggris mengkaitkannya dengan musim kawin burung dalam puisinya (lihat: The Encyclopedia Britannica, Vol.12 hal.242 , The World Book Encyclopedia, 1998).
Dalam Islam hal ini tentu termasuk Syirik, artinya menyekutukan Allah. Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah, adalah putra Nimrod, the hunter (dewa Matahari). Disebut tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri!
Menyikapi Valentine Day
Sejarah Valentine di atas menjelaskan kepada kita apa dan bagaimana valentine day itu, yang tidak lain bersumber dari paganisme orang musyrik, penyembahan berhala dan penghormatan pada paderi. Bahkan tak ada kaitannya dengan kasih sayang. Lalu kenapa kita masih juga menyambut hari valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat kebiasaan? Atau hanya ikut-ikutan semata tanpa tahu asal muasalnya? Bila demikian, sangat disayangkan banyak teman-teman kita -remaja putra-putri muslim – yang terkena penyakit ikut-ikutan mengekor budaya Barat dan acara ritual agama lain. Padahal Allah SWT berfirman:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya? (QS. Al-Isra’ [17]: 36).
Ikut valentine day berarti menghancurkan kepribadian dan karakter kita sendiri, kepribadian muslim. Maka dari itu jauhilah kebiasaan yang jahiliyah, yang dapat merosak keperibadian kita, merusak keIslaman kita. Jika generasi muda muslim telah rusak, maka Islam ini akan mudah dihancurkan. Kita sebagai muslim memiliki karakter dan kepribadian yang khas dan istimewa berdasarkan teladan Rasulullah SAW. Tanggung jawab kita adalah menyerap, mengamalkan dan memeliharanya. Jadi, mengapa harus mengambil kepribadian orang lain yang belum tentu baik, atau bahkan nyata keburukannya? Jauhilah dan say Good Bye! Wallahu A`lam.

Jumaat, 12 Februari 2010

MAULID MAULIDAN

Masih lagi dalam penantian untuk meraikan hari kelahiran Baginda Kekasih ALLAH(saw)..Bila cerita pasal bulan maulidurrasul,ia amat sinonim dengan adat yang baik,,afwan kalau ana sebut sebagai Bid'ah Hasanah(yang baik) yang telah di anjur dan di suasanakan oleh golongan Alawiyyin di Hadramaut(habaib lah)..ana nak kongsi sikit laa beberapa pengalaman yang ana ingat zaman sekolah dulu kat Tarim..hehe.
Mereka menyambut maulidurrasul bukan ketika tarikh 12 rabi' awwal sepertimana adat kita di sini..tapi masuk sahaja 1 rabi',mereka sudah mula meng suasanakan seluruh keluarga dan masyarakat(kecuali wahabi) Tarim dengan berkumpul beramai-ramai membaca nazam(seperti syair,puisi/sajak)..yang mana nazam tersebut berkisar tentang kehidupan Baginda(saw) dari sebelum baginda lahir hingga lah wafatnya baginda(saw)..tapi mereka bukan sekadar nazam nazaman macam beberapa kerat syed kat sini..sibuk dengan maulid hingga lupa perkara yang lebih penting dari itu..contoh mereka lebih minat nak belajar membaca nazam maulid melebihi dari minat mereka nak belajar membaca AlQuran..kadang-kadang tu semangat maulid yang menebal setebal bulu biri-biri,.kalau boleh hari-hari nak baca maulid..yang Allah dan Rasul perintah AlQuran.buat apa baca maulid tiap-tiap hari sedangkan nak baca alquran satu hari setengah muka surat pun payah! Kalau payah nak baca tapi sekurang-kurangnya dah pandai(dari segi tajwid,fasahah dan sebagainya) ok lah jugak..ni yang biasa ana jumpa mereka yang berkobar-kobar ni,kalau suruh baca Alquran,bacaan mereka seolah-olah kaum mauri yang baru masuk Islam...entah-entah mauri muallaf lagi bagus bacaan mereka dari kita..hai kawan!apa macam mau pandai baca itu maulid punya nazam juga,kalo itu Alquran baca juga kamu tarak pandai!!
Hah,kan dah berleter..hehe,sambung balik bab Tarim tadi..Masuk tarikh 1 rabi',mereka akan berkumpul di masjid mahdhar seawal pagi..selesai suboh berjemaah mereka akan mulakan dengan bacaan nazam 'Syaraful Anam',kalau kat malaysia kita kenal sebagi 'Barzanji'..kemudian berterusan lah rutin tersebut hinggalah kemuncak di akhir Rabi'..Para Habaib,Ulama' dan orang-orang Soleh akan berkumpul dengan ribuan manusia di Anisah(sebuah padang/dataran di Seywun) yang juga Ladang kurma milik seorang Tokoh besar Alawiyyin Al Arif Billah AlHabib Ali b. Muhammad Alhabsyi(ra)..Di Anisah mereka membaca nazam karangan Habib Ali Habsyi (ra) yang berjudul 'Simthud durar'..
Di ringkas kan cerita..sebenarnya dua  perkara sahaja ana nak kongsi dengan antum di sini..betapa bezanya kebaikan,amalan dan adat Para Ahlul Bait di Hadramaut dengan Ahlul Bait di malaysia..
1)Acara mereka amatlah sederhana,tapi memberi input yang luar biasa..misal kalau di kuala lumpur.majlis maulid tidak akan lancar kalau tak berhabis ribu-ribu ringgit untuk menjamu hadirin..kalau berhabis kerana menjamu Fuqara',Alhamdulilah Masya Allah no komen hehe, tetapi yang menjadi ribu-ribu pasal adanya sistem kapitalis dalam majlis tersebut..hadirin yang bukan Dato',Batok,Tan Sri,Tan minyak tanah akan makan di dulang..tapi kalau vvip macam yang ana sebutkan tadi..wah macam tak cukup makan hidangan mereka,mewah-mewah pulak tu..pinjam istilah P.Ramlee Hartawan,jutawan yang makan di pinggan minum di cawan..apa ni bro..korang nak ajak orang ingat dan cinta nabi ka..nak cerita kat nabi yang korang tak teringat langsung kat nabi?baca dan faham kan lah betul-betul makna tiap-tiap nazam yang korang baca tu..Ulama' mengarang nazam-nazam tersebut dengan maksud,,supaya kita belajar sirah Baginda Nabi Muhammad(saw)dengan zouk ataupun sekurang-kurangnya kita dapat berselawat mengikut fitrah kita sebagai manusia..maklom manusia kan takkan senang duduk tanpa seni..bila dah faham gerenti tak maulid maulidan punya lah.Di hadramaut majlis di hadiri oleh ratusan dan ribuan manusia..mereka duduk dan dengar bacaan maulid dan tausiyyah para Habaib dengan hanya segelas "air sejuk"..makanan mereka berlaukkan semangat dan iltizaam untuk menjadi Ummat yang paling di cintai oleh Nabi Muhammad(saw)..mereka pulang ke rumah masing-masing dengan mewujudkan suasana Nubuwwah didalam rumah mereka.
2)Walaupun mereka asyik dengan sambutan maulid..tapi masjid-masjid di sana tak pernah lengang dengan jemaah dan setiap selesai solat maghrib mereka tetap mengamalkan Tadarrus Alquran..dan di setiap majlis mereka akan di isi dengan Tausiyyah dan Tazkirah oleh beberapa Ulama' begitu juga Halaqah-halaqah ilmu mereka teruskan kerana itulah keutamaan mereka..kalau tak percaya,kumpul duit..terbang dan saksikan sendiri kehidupan mereka di sana..Wallahu A'lam..

Selasa, 9 Februari 2010

MAULID

Kita sedang melangkah ke bulan yang amat meriah..bulan tersebut menjadi penambahan ilmu kepada para tullab ilm kerana disitu banyak mereka pelajari bagaimana Ulama' terdahulu berijtihad..mereka bukan berijtihad didalam perkara-perkara besar sahaja seperti yang melibatkan hukum hakam..malah sehingga dalam menentukan di antara bulan-bulan kalendar yang ada mereka berijtihad manakah di antara bulan-bulan tersebut,yang paling afdhal..dan ada di antara Ulama' mengangkat Rabi' Awwal sebagai bulan paling mulia kerana di situlah lahirnya junjungan agung Sayyidina Muhammad(saw).
Maka gelarlah kita bulan tersebut sebagai bulan maulidurrasul..bila masuk maulidurrasul(saw),biasalah rakyat malaysia am nya akan menyambutnya dengan berarak sambil berselawat..dan masjid-masjid akan menganjurkan berbagai-bagai program dengan bermacam-macam lah tema mereka..tidak ketinggalan puak-puak wahabi pun akan bekerja keras untuk menghalang umat Islam dari membesar dan meng agungkan Nabi(saw)..semua hal tersebut ALLAH dah bagitahu sebagai 'Taqwal Qulub'..kerana mereka meng agungkan syari'at ALLAH.(tak termasuk puak wahabi)
Persoalannya di sini,Apakah sampai tahap ni jer Iman dan Cinta kita terhadap baginda..natijahnya adakah sekadar menghabiskan puluhan malah ratusan ribu ringgit untuk menganjurkan sebuah acara maulidurrasul?dan setiap tahun bertukar-tukar tema dan motto?kalau berarak sambil bersalawat,tapi bercampur di antara laki-laki dan wanita,sampai bila pun kita takkan dapat roh maulid tersebut.begitu juga dengan motto,motto,motto...kalau motto tiap tahun bertukar,tapi masuk 13 rabi' awwal,masih lagi berkelaku seperti di 10 atau 11 rabi' awwal..sia-sia sahaja lah sambutan tersebut..
Roh maulid adalah apabila masuk 13 rabi' awwal umat Islam dah bersatu padu kerana itulah kehendak dan keinginan baginda Nabi(saw)..tapi bagaimana Umat Islam di malaysia nak bersatu sedangkan yang memimpin mereka pun dok berkecamuk.
Sambut lah hari kelahiran junjungan besar kita dengan meneladani dan menghayati Akhlaq,pengorbanan dan sifat(kelakuan)baginda Nabi Muhammad(saw)kemudian menterjemahkannya kepada golongan kuffar supaya mereka dapat memahami Islam dengan lebih dekat...Tinggal kan Dosa besar dan Dosa kecil,Tinggalkan kezaliman ubatkan penyakit hati kita supaya kita menjadi lebih dekat dengan ALLAH dan Rasul(saw)..
Dan itulah natijah sambutan maulidurrasul..kalau setakat nak suka-suka saja atau menganggap sambutan tersebut sebagai satu adat,habis sambut orang miskin masih melarat..orang kaya terus menggeliat..maka eloklah ana sokong puak wahabi dengan mengatakan bahawa sambutan-sambutan maulid antum semuanya Bid'ah belaka.Al afu

Ahad, 7 Februari 2010

SYED

Dah lama jugak la ana tak menulis kat sini sebab terlalu sibuk sampai tak punya masa untuk hadap komputer..tapi hari ni ada sikit peluang kebetulan tugas pun tak berapa banyak,jadi dapat la ana sambung balik  penulisan kat sini..seperti yang ana catatkan pada posting yang terdahulu bahawa segala yang tercatat di blog ni bukan lah tuduhan atau tohmahan belaka,tetapi semuanya berdasarkan pengalaman yang ana sendiri alami,saksikan dan hadapi..termasuk juga lah ianya berlaku keatas diri ana sendiri..sebab kita tak dapat lari dari hakikat yang kita ni sebuah keturunan pilihan,jadi bila datang kesedaran dan ana sendiri tak mahu ianya terus berlaku keatas saudara2 syed dan muhibbin yang dalam keghairahan..terpaksa ana kritik walaupun ana sudah di nasihatkan mungkin segala tulisan ana akan mengeruhkan lagi keadaan..dan ana juga tidak akan tarik balik segala posting disini dan juga tidak akan serik menegur dan mengkritik jika berlaku lagi suasana habib habiban dan muhib muhibbinan diantara kita kerana ana mencari cinta habib yang abadi dan di cintai oleh Habaib yang sudah menemui Cinta..bukan lah semata-mata nak cari pengaruh antum atau pun musuh dikalangan keluarga ana sendiri,tak kiralah siapa pun syed itu,yang hak tetap hak,dan yang bathil tetap bathil.
Banyak kan bertafakkur dan bermuhasabah dengan memperbanyak membaca kisah Mujahadah para salaf soleh(tok nenek antum) bukan dengan banyak membaca kisah dan bercerita tentang Karamah dan Kewalian tok nenek antum.Al afu..