Jumaat, 19 Februari 2010

BELARAK MAULUD TAPI RASUAH DAN TOLAK SUNNAH NABI??

BELARAK MAULUD TAPI RASUAH DAN TOLAK SUNNAH NABI
Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakkan Maulud Nabi di Pulau Pinang sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang membatalkan perarakkan dan ini di gambar seolah olah kerajaan Pulau Pinang anti Islam.
Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi UMNO untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.
Bagi saya belarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau belarak membawa pada dosa. Apa erti kalau belarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita belarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno belarak berselawat kemudian rasuah. Selawat lagi sapu duit rakyat. Belarak berselawat kemudian salah guna kuasa.
Belarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik Setiausaha Politik Menteri. Itu baru setiausaha politik belum lagi menterinya. Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun di jadikan dagangan politik murahan mereka.
Pada hal di Kedah perarakkan Maulud dah di batalkan sejak zaman regim UMNO perintah lagi. Tidak pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Dato’ Sri Mahadzir Khalid bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakkan Maulud. Banyak lagi negeri-negeri lain di bawah regim UMNO tak belarak pun. Kenapa media arus perdana tak persoalkan. Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) UMNO.
Sekali lagi saya tegaskan kepada umat Islam Perarakkan Maulud tidak salah dan tiada perarakan tidak lah berdosa. Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi. Yang salah dan berdosa bila rasuah, salah guna kuasa, adu domba di kalangan rakyat bergaduh, yang salah dan berdosa bila UMNO lakukan provokasi supaya umat Islam bakar Gereja, surau dan lempar kepala babi ke dalam masjid.
Kepada umat Islam dan rakyat Malaysia saya menyeru jauhi lah diri anda dari bahaya UMNO dan BN demi untuk keamanan kestabilan dan kesejahteraan.
DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS
=saja nak tengok komen antum tentang pendapat mahfuz..bukan pasal umno saja kita boleh buat contoh,tapi perkara yang berlegar keliling kita pun boleh kita jadikan contoh..Wallahu A'lam.

6 ulasan:

  1. hmmm nak komen ker? political party mmg dah sah2 kaki kotor, otak kotor, mulut kotor. satu benda jgn percaya apa yg dia janji. kalo berjanji tu macam janji dgn syaitan jahanam. SEMUA POLITICAL PARTY SAMA AJA!!!! Afwan ya habib..

    BalasPadam
  2. yang salah dan berdosa jugak bila kita tiup api permsuhan dan perpecahan di kalangan ISLAM walaupun muslim tersebut tidak mengambil penuh dasar-dasar ISLAM.kalo camtu wuji..meh laa kita pakat-pakat tubuh perti kita sendiri untuk selamatkan ummah dan negara kita am nya..kalau PAS pun rasa mereka sudah hebat dan amal segala SUnnah-sunnah Nabi..kenapa tak mereka sahaja yg berlarak?amacam beb?

    BalasPadam
  3. betul gak tu. ana sokong. jarang skali kita dengau partai-partai yg jujur atau yg tiada agenda personal. jarang lak ana dengau bila dalam dewan rakyat partai-partai lain bersetuju atau menyokong 100% sesuatu agenda bila sesuatu benda baik dibentangkan. padahal itu utk rakyat yg mereka wakili.

    BalasPadam
  4. parti pemerintah atau pembangkang, bila nak sambut tarikh2 penting dlm kalendar islam slalu nak tunjuk diri LEBIH ISLAM dr org lain dan yg tak sependapat slalu DIKAFIRKAN. spatutnya dlm hari2 kebesaran spt maulidurRasul ni, parti2 politik ni harus ketepikan sbntar idealogi masing2. cuba jd org Islam sbnar dgn bersatu dan bukan bersaing SIAPA LEBIH ISLAM.

    p/s: beb, kta buat party tupperware je laa...

    BalasPadam
  5. hahaha..bachelor party pon ok gak lem..masyaALLAH bernas jugak komen ente beb..komen yg semacam ni la yg dapat menambah munafaat..syukran sbb syer komen kt sini beb..

    BalasPadam
  6. erkkk apa objectivenya lak buat party tupperware aka party tipuware?

    BalasPadam