Selasa, 26 Januari 2010

Ahlul Bayt

Bila ramai pengkomen dan juga sahabat-sahabat ana mintak ana berhenti dari terus menghentam  syed-syed,maka dengan hati terbuka ana akur dan ana akan berterus-terang di sini atas segala yang tersirat dalam hati ana dan sebahagian kecil syed dan melayu yang mereka juga hampir kecewa dan  keliru dengan perasaan mereka kerana melihat kepada perangai dan tingkah laku golongan ahli bait..maka sedikit renungan dulu tentang ahlil bait...Supaya ana dan antum yang membaca dan terbaca blog ini dapat ambil manfaat dan iktibar...Keturunan nabi saw. merupakan golongan yang memiliki fadhilah dzatiyyah (keutamaan dzat) yang dikurniakan Allah swt. kepada mereka melalui hubungan darah/pertalian nasab dengan manusia pilihan Allah swt. dan paling termulia Rasulallah saw. Jadi bukan pilihan atau kehendak mereka sendiri untuk menjadi keturunan nabi saw. dan bukan berdasarkan fadhilah pengamalan baik mereka melainkan telah menjadi qudrat dan kehendak Ilahi sejak mula. Karena itu tidak ada alasan apapun untuk merasa iri hati,dengki terhadap keutamaan mereka. Hal inilah justru yang ditanyakan Allah swt. dalam firman-Nya:

 








اَمْ يَحْسُدُوْنَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللهُ مِنْ فَضْلِهِ


“..Ataukah (apakah) mereka (orang-orang yang dengki) merasa irihati (hasad )terhadap orang-orang yang telah diberi kurnia oleh Allah “ (An-Nisa’ : 54)




Orang-orang yang dii dengki dan yang diberi kurnia dalam ayat tersebut adalah Keturunan/Ahlul Bait Rasulallah saw. faddhal rujuk:
Syawahidut Tanzil, oleh Al-Hakim Al-Haskani Al-Hanafi, jilid 1, hal.143 hadits ke 195, 196,197,198; Manaqib Al-Imam Ali bin Abi Thalib, oleh Al-Maghazili Asy-Safi’I, hal.467 hadits ke 314 ; Yanabi’ul Mawaddah, oleh Al-Qundusi Al-Hanafi, hal.142, 328  dan 357 cet, Al-Haidariyah hal.121, 274 dan 298, cet.Istanbul ; Ash-Shawa’iqul Muhriqah, oleh Ibnu Hajar Asy-Syafi’i, hal.150 cet.Al- Muhammadiyah, hal. 91 cet. Al-Maimaniyah, Mesir ; Nurul Abshar oleh Asy-Syablanji hal.101, cet.Al-’Utsmaniyah, hal.102 cet.As- Sa’idiyah ; Al-Ittihaf Bihubbil Asyraf, oleh Asy-Syibrawi Asy-Syafi’i, hal. 76 ; Rasyafah Ash-Shadi, oleh Abu Bakar Al-Hadrami, hal. 37 ; Al-Ghadir, oleh Al-Amini jilid 3, hal. 61 dan masih banyak lagi lainnya.


Juga fadhilah dzatiyyah yang dikrniakan Allah swt. kepada para keturunan Rasulallah saw. sama sekali tidak lepas dari rasa tanggung jawab mereka yang lebih berat dan lebih besar daripada yang harus dipikul orang lain. Mereka ini harus selalu menyedari kedudukannya ditengah-tengah ummat Islam. Mereka wajib menjaga diri dari ucapan-ucapan, perbuatan dan sikap yang dapat mencemarkan kemuliaan keturunan Muhammad Rasulallah saw. Mereka wajib pula menyadari tanggung jawabnya yang lebih besar atas citra Islam dan ummatnya.


Dengan demikian maka kewajipan menghormati mereka yang dibebankan oleh syari’at kepada kaum muslimin dapat diwujudkan dengan sebaik-baiknya. Tidak akan ada kesan bahwa para keturunan Rasulallah saw. menonjol-nonjol diri menuntut penghormatan dari orang lain, karena kaum muslimin yang menghayati syari’at Islam pasti menempatkan mereka pada kedudukan sebagaimana yang telah menjadi ketentuan syari’at. Kami rasa kemuliaan dan kedudukan mereka perlu dipahami oleh kaum muslimin, terutama oleh orang-orang keturunan Ahlul Bait sendiri sebagai pihak yang paling berkewajiban menjaga kemuliaan martabat Rasulallah saw. dan Ahlul Bait beliau saw..


“Suatu kesalahan atau kekeliruan tidak akan disorot oleh masyarakat setajam kesalahan atau kekeliruan yang diperbuat oleh orang-orang keturunan Ahlul-Bait. Apalagi pandangan masyarakat yang dengki atau tidak senang dengan Ahlul-Bait, mereka ini akan lebih memperuncing dan mempertajam kesalahan dan kekeliruan yang diperbuat oleh orang keturunan Ahlul-Bait serta menyembunyikan hadits-hadits yang berkaitan dengan kemuliaan mereka ini.


Ada lagi orang yang karena tidak senang atau dengki kepada keturunan Nabi saw. berani mengatakan dengan konkrit bahwa keturunan ini telah putus dan tidak ada sama sekali atau masih belum konkrit adanya nasab tersebut. Perkataan mereka ini tida bezanya dengan perkataan orang kafir Quraisy kepada Rasulallah saw. waktu putra baginda saw. yang terakhir wafat dan belum sempat memiliki keturunan. Mendengar bisikan-bisikan golongan pengingkar ini kita teringat akan peristiwa nyata pada masa-masa kelahiran agama Islam. Kisah ringkasnya seperti berikut:


“Ketika putera Rasulallah saw. yang bernama Qasim wafat dalam usia kecil, salah seorang tokoh musyrikin Quraisy bernama ‘Ash bin Wa’il bersorak-sorak gembira. Ia bersorak bahwa Rasulallah saw. tidak akan mempunyai keturunan lebih lanjut. Ejekan dan ucapan ‘Ash bin Wa’il inilah yang menjadi sebab turunnya wahyu Ilahi Surah Al-Kautsar kepada Rasulallah saw. Ayat terakhir surat Al-Kautsar (uraian singkat ayat ini dihalaman berikutnya) telah menegaskan: ‘Sungguhlah, orang yang membencimu itu lah yang abtar (putus keturunan)’. Firman Allah swt. terbukti dalam kenyataan yaitu: Keturunan Rasulallah saw. berkembang-biak dimana-mana, sedangkan keturunan ‘Ash bin Wa’il putus dan hilang ditelan sejarah” ! ‘Ash bin Wa’il sudah tiada bersisa, tetapi teriakannya masih mengiang-ngiang ditelinga golongan pengingkar pembenci keturunan Rasulallah saw. tersebut.


Bila Rasulallah saw. tidak mempunyai keturunan, tentu beliau saw. tidak menentang kaum Nasrani, Najran bermubahalah. Kisah peristiwanya terabadikan dalam Al-Qur’an surat Aali ‘Imran : 61 (baca keterangan singkat selanjutnya). Kecuali ini pun, Rasulallah saw. tidak akan diperintah Allah swt. supaya berkata kepada kaum musyrikin Quraisy: “Katakanlah (hai Muhammad) Aku tidak minta upah apa pun dari kalian kecuali kasih sayang dalam (hubungan) kekeluargaan (yakni keluarga/ahlul-bait Muhammad saw.)”. (Asy-Syura : 23). Ayat Asy-Syura ini turun untuk keluarga Rasulallah saw. yakni Imam ‘Ali, Siti Fathimah Az-Zahra, Al-Hasan dan Al-Husain [ra]. Kita boleh rujuk dalam:
Syawahidut Tanzil, oleh Al-Hakim Al-Haskani Al-Hanafi jilid 2, hal.130, hadits ke 822 s/d 828 dan hadits ke 832, 833, 834 dan 838 ; Ash-Shawa’iqul Muhriqah, oleh Ibnu Hajar Asy-Syafi’i cet.Al-Maimaniyah, Mesir hal. 101,135 dan 136, dalam cet.Al-Muhammadiyah, Mesir hal. 168 dan 225 ; Tafsir Ath-Thabari jilid 25, hal.25 cet.ke 2 Mushthafa Al-Halabi, Mesir, hal.14 dan 15 cet.Al-Maimaniyah, Mesir ; Manaqib Ali bin Abi Thalib oleh Ibnu Al-Maghazili Asy-Syafi’i hal.307 hadits ke 352 ; Dzhakhairul ‘Uqba oleh Ath-Thabari Asy-Syafi’i hal.25 dan 138 ; Kifayah Ath-Thalib oleh Al-Kanji Asy-Syafi’i hal.91,93,313 cet.Al-Haidariyah, hal.31,32,175,178 cet.Al-Ghira ; Al-Fushul Al-Muhimmah oleh Ibnu Shabagh Al-Maliki hal.11 ; Ad-Durrul Mantsur oleh As-Suyuthi jilid 6 hal.7; Al-Mustadrak Al-Hakim jilid 3 hal.172 ; Ihyaul Mayt oleh As-Suyuthi Asy-Syafi’i (catatan pinggir) Al-Ittihaf hal.110 ; Tafsir Al-Qurthubi jilid 16 hal.22 ; Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 hal.112 ; Tafsir Fakhrur Razi jilid 27 hal.166 cet.Abdurrahman Muhammad, Mesir jilid 7 hal.405-406 ; Tafsir Al-Baidhawi jilid 4 hal.123, cet.Mushthafa Muhammad, Mesir, jilid 5 hal.53 cet.Darul Kutub, hal. 642 cet.Al’Utsmaniyah ; Tafsir An-Nasafi jilid 4, hal. 105 ; Majma’uz Zawaid jilid 7, hal.103 dan jilid 9 hal. 168 ; Fathul Bayan fi Maqashidil Qur’an oleh Shiddiq Al-Hasan Khan jilid 8 hal.372 ; Yanabi’ul Mawaddah oleh Al-Qundusi hal.106,194,261 cet.Istanbul, hal.123,229,311 cet.Al-Haidariyah ; Fathul Qadir oleh Asy-Syaukani jilid 4 hal.537 cet.kedua, jilid 4 hal.22 cet.pertama, Mesir…
Wallahu A'lam..











Khamis, 21 Januari 2010

Al Kisah Masjid Arab P.Pinang

Ada sebuah masjid yang sederhana terletak di negeri Pulau Pinang.Masjid ni di urus tadbir oleh komuniti arab-arab di Pulau Pinang..tak kira lah mereka tu syed ka sheikh ka..yang penting majoriti jawatankuasa pentadbiran masjid itu berbangsa arab..seingat ana antara Pengasas dan pengusaha pembangun masjid tersebut Almarhum Shieikh Husein Rafei'..Beliau antara tokoh ugama di pulau pinang..oleh kerana commitee orang arab,maka jadilah nama masjid tersebut masjid arab.

Masjid arab juga mempunyai Imam di kalangan bangsa Arab..beliau adalah Habib Mustaffa Alhaddad.Habib Mustafa menjadi Imam disana lebih kurang 2atau3 tahun.Alhamdulillah ramai jemaah menyayangi beliau kerana mereka bukan sahaja dapat bersolat jemaah disana,tetapi Habib Mustafa juga berjasa dengan anak-anak mereka sehingga anak-anak para jemaah masjid arab boleh membaca AlQur'an dengan lancar dan baik.Habib Mustafa di bantu oleh seorang Bilal atau noja yang dikenali sebagai Pin.
Pada mulanya,hubungan mereka amat baik sekali..Pin sangat-sangatlah menghormati Tuan Imam Habib Mustafa..setelah Habib Mustafa mendirikan rumahtangga..maka commitee memutuskan tingkat atas masjid berkenaan sebagai kediaman Imam.
Masjid arab terletak di tengah-tengah pekan pulau pinang,lokasinya sebuah rumah kedai dua tingkat..Lantai bawah di jadikan ruang solat,dan lantai atas sebelum kediaman Imam sebagai setor atau dapur masjid.Lantai atas besar..maka Pin sang bilal/noja masjid tersebut menjadi irihati kerana tidak diberi peluang untuk mendiami tingkat dua masjid tersebut..krana Pin dah lama kahwin,anaknya ramai..dan Habib Mustafa baru berkahwin.
Macam-macam fitnah dan tuduhan dilemparkan terhadap Tuan Imam supaya dapatlah beliau tinggal di lantai dua masjid tersebut,nak jadi cerita,fitnah si Pin telah di tanggapi oleh Pengerusi Masjid dan sebahagian AJK-AJK Masjid Arab.Akhirnya Pengerusi memanggil Tuan Imam tanpa menyatakan sebab dan menujukkan sebab,Tuan Imam terus di pecat..Para Jemaah masjid arab sangat-sangat terkejut apabila mendapat berita Tuan Imam dipecat tanpa ada sebarang sebab yang kukuh..maka mereka beramai-ramai datang berkampung di masjid berkenaan..ada yang melahirkan simpati dengan memberikan makann seperti beras gula dan sebagainya..ada yang memberi sokongan moral supaya tuan Imam membawa perkara ini ke mahkamah..akhirnya Imam Habib mustafa pun membawa kes ini ke mahkamah.
Mereka para AJK pulak seboleh-boleh tak mahu mengaku kalah..sehingga suatu hari,mereka membawa seorang sayyid yang memang datang dari hadramaut..kebetulan masyarakat dan jemaah masjid berkenaan sangat-sangatlah kenal dengan sayyid tersebut.(perkara yg keji la,nak crita tak baik,org tu dah meninggal dunia pun).Sayyid yang mereka bawak tu sebagai pengganti Habib Mustafa sebagai Imam Masjid Arab.Maka Habib Mustafa meminta sendiri jemaah-jemaah masjid arab memilih siapa yang mereka mahukan sebagai Imam.Dan Jemaah memilih Habib Mustafa.
Ringkaskan cerita,suatu hari Habib membeli suratkhabar berita harian..suratkhabar tu pulak tidak pernah beliau baca..dan pembelian tu adalah sebagi satu kebetulan.
Tiba-tiba didalam ruangan iklan suratkhabar tersebut ada sebuah iklan..iklan itu menghebahkan bahawa sebuah surau di tengah-tengah kuala lumpur amat memerlukan Imam.setelah berbincang dengan isteri maka Habib Mustafa membuat keputusan untuk menghadiri temuduga di surau berkenaan..maka nyata temuduga tersebut membuka nafas baru untuk kehidupan Habib Mustafa sekeluarga.yang menemuduga beliau waktu itu adalah Alfadhil Alustaz Ismail Kamus,Datuk Abdurrahman Abbas dan Arwah Tan Sri Yusuf..dan merka bertiga ni bukanlah calang-calang orang dalam kefahaman mereka kepada ugama.
Setelah Habib di terima bertugas sebagai Imam secara rasmi di surau baitul aman kuala lumpur..bermula lah episod baru dan bahagia Habib sekeluarga di baitul aman.Beliau bekerja dibawah pentadbiran tokoh-tokoh yang Tawaduk dan penyayang..suasana hidup Habib Mustafa sekeluarga bersama jemaah datuk,tan sri tengku di jalan damai amat harmoni bagai sebuah keluarga.Walhasel tiada Sayyid dan arab di kalangan mereka..
Dua puluh tiga tahun dengan tanpa meminta imbuhan dan habuan yang tinggi,Habib berkhidmat di baitul aman..sayangnya..masuk saja puak-puak syed(habib habiban ni)suasana menjadi kelam kabut..Habib Mustafa mula di kebelakangkan..segala keputusan yang berkaitan dengan masjid,sepatutnya tanggungjawab Imam,mereka lakukan tanpa berbincang dengan Habib selaku Imam di situ..tak cukup dengan tu,akhirnya mereka berniat untuk menyingkir Habib Mustafa dari baitul aman.Mereka-mereka itu lah waris kepada puak-puak sayyid yang memecat Habib Mustafa ketika di masjid arab..
Bayangkan lahh....apa maksud dan motif mereka mengganggu kehidupan Habib..sedangkan dari keduniaan mereka sangat-sangatlah mewah....

Isnin, 18 Januari 2010

Imam Imaman

Bercerita lagi pasal serban besar dan macam-macam hal lagi...ana ada la sorang kawan ni,nak kata hebat sangat ilmu dia tu,ana tak berapa pasti la..yang pasti dikalangan syed-syed yang murakkab,hebat sangat lah dia kot,kalau tak,takkan mereka sanggup notis Habib Mustafa Alhaddad kerana Habib Mustafa tidak perlukan khidmat dia di baitul aman..Bercerita pulak pasal baitul aman,pastilah ada kait mengait dengan Habib Mustafa.Kerana para habib habiban atau syed syedan ni mula-mula dapat tapak selesa adalah kerana Habib Mustafa adalah antara Imam yang paling lama dan berpengaruh dikalangan para vvip di kawasan tersebut.Dua puluh lima tahun Habib Mustafa berkhidmat di masjid tersebut bermula dengan Gaji RM400,Dan beliau tak pernah merungut apalagi bercuti.Selama dua puluh lima tahun itu lah,Habib Mustafa memimpin solat dan segala-segalanya dengan aman dan tenang tanpa memerlukan bantuan sesiapa pun.Dari zaman di pengerusikan YM Tunku Tan Sri Muhammad bin Tunku Besar Burhanuddin hinggalah zaman pengerusi Tun Salleh Abbas,tiada apa-apa masalah pun berlaku..malah mereka sangat-sangat menghormati Habib Mustafa,bukan sekadar Imam,Beliau juga di angkat oleh mereka sebagai Penasihat Jawatankuasa Masjid..Dan Pengerusi-Pengerusi yang ana sebutkan tadi,bukan sekadar Tokoh Negarawan,mereka juga boleh dan sering mengIMAMkan solat jika Tuan Imam keuzuran..
Apabila Pentadbiran Masjid beralih kepada Puak Habib habiban ni..macam-macamlah yang berlaku..yang lain-lain tu malas la ana nak ceritakan,panjang sangat..tapi yang kelakar ni cerita pasal seorang Hamba ALLAH yang namanya Shahrul Nizam(macam nama sultan bahlol di permainkan ahli nujum),kemudian katanya di tukarlah nama beliau oleh tok guru beliau sebagai Ahmad Syahdan..
Si Shahrul ni,dah banyak tempat dah dia cuba jadi Imam..tapi bukan lah Imam Besar pun,setakat Imam simpanan ajalah..tapi semua tempat yang dia pernah Imam,orang komplen..mana tak nya,Imam empat berlagak macam Imam satu..Baru baca Alif sampai Jim,berlagak macam dah sampai wassalamu.
Baru-baru ni,dia diminta untuk mengosongkan jawatan pembantu Imam di baitul aman,tapi dek kerana dia rasa mungkin dia lebih hebat dari Sudais atau ghamidi. maka surat yang di berikan oleh Habib Mustafa supaya kosongkan jawatan tersebut,di tolak mentah-mentah dihadapan Habib Mustafa..tak cukup dengan tu,dia cipta satu ketegangan dan provokasi kepada sekerat jawatangilakuasa yang selama ni membahlol dan di bahlolkan dia dan diri mereka sendiri..konon nya Habib Mustafa kejam!
Macam tu ka akhlaq orang mengaku pernah mengaji Hadramaut..macam tu ka akhlaq orang yang mengaku anak murid kepada Allamah Alhabib Umar?macam tu kah akhlaq orang yang kepalanya tak pernah lepas serban bertingkat-tingkat?
Ana nak bagitau kat sini,kalau si Ahmad syahdan belom tahu pasal blog ni,sapa-sapa yang tahu,tolong bagitahu dia..Habib Umar tak ajar kita hanya menghormati Ahli Bait yang Kaya dan ada kedudukan dunia sahaja..Habib Umar juga tidak ajarkan anda bersikap Biadap terhadap orag-orang tua,apa lagi orang tua tu Anak Cucu Baginda Rasulullah(saw)yang hidup dalam ibadah dan khidmah kepada ALLAH..Ingat tu!!
Kalau anda hebat sangat,cuba pergi apply kat masjid lain..mungkin mereka amat perlu khidmat kamu..tapi Baitul Aman..Bukan lah kelayakan kamu walau setinggi manapun tangga universiti sudah kamu panjat..Baitul Aman tak perlu Imam yang penting diri sendiri dan sering berbohong!INGAT TU?Wal afu

Muhabelasahh 2!

Rentetan dari perjalanan dakwah Habib Umar benhafidz di malaysia..kita dapati bahawa segala-segalanya Habib sudah sampaikan,amaran sudah,nasihat sudah dan tangisan pun sudah..tinggal kita aja lah bagaimana untuk menterjemahkan atau menyambung kembali lidah beliau untuk umat-umat yang kehausan diluar.Jangan lagi jadi macam dulu-dulu..waktu bersama Habib semuanya seolah-olah Pendakwah hebat yang mula-mula datang membawa akhlaq dan adab di bumi melayu ni..tapi bila pulang je sang Habib..semuanya dah seolah-olah Habib..yang mintak penghormatan..senang cerita habib habiban lah.
Ilmu baru huruf jim..dah berlagak macam wassalamu..kalau tak berlagak dari segi perbualan pun..dari segi pakaian sama-sama kita tengok..serban dah macam tangga karen klcc..besarnya pun dah hampir sama dengan tayar container..Kalau di tarim agak-agaknya berani tak diorang pakai serban sebesar yang ana contohkan tadi?

Ahad, 17 Januari 2010

Muhabelasahh!

Alhamdulillah dah empat hari Habib Umar tinggalkan malaysia..dan dengar-dengar khabar semua majlis berjalan lancar..majlis di sungai udang melaka pun ramai yang hadir,dan dengar khabar kebanyakan hadirin dari tempat yang berbeza sebab banyak bas kelihatan di tempat berlangsungnya majlis.
Apa-apa pun Alhamdulillah kerana perjalanan Habib Umar semuanya di mudahkan ALLAH(swt)..cuma ana nak ajak sama-sama mengingat ja lah..Habaib ni bukan macam kita.Habaib berdakwah dengan harapan keluarnya golongan berkualiti..bukan mengharap kepada kuantiti..kalau berdakwah mengharapkan kuantiti..ana rasa hebat lagi golongan-golongan yang hanya gila kan glamour..kalau setakat dapat mengumpulkan lima bijik bas untuk memenuh dan memeriahkan acara anjuran kita,ana rasa UMNO lagi hebat..zaman dr mahathir,kalau dia nak ceramah mana-mana tempat,Kerajaan atau Pembodek-pembodeknya akan menghantar lima puluh bijik bas untuk memenuhkan suasana atau mencukupkan korum..al afu

Selasa, 12 Januari 2010

Isu Kalimah ALLAH Adalah Isu Politik

Afwan ana lari topik sikit tentang isu kalimah ALLAH yang dah semakin panas dan ganas di malaysia niAna semak punya semak perkembangan isu ni..dalam macam-macam website,tiba-tiba ana sangat-sangat tertarik ngan pandangan dan tulisan Ketua angkatan muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin..so..ana rasa amat-amat lah perlu untuk ana berkongsi pandangan dia ngan sahabat-sahabat kat sini..Biar sama-sama kita tahu sikit isu-isu semasa ni..takdak lah orang luar ingat syed-syed ni tak ambil kisah hal-hal masyarakat.
Nasi sudah menjadi bubur Oleh Amin Iskandar

Segala maki-makian, penghinaan dan kutukan ditujukan kepada perancang, perlaku dan yang menyokong serangan-serangan terhadap rumah ibadat penganut agama Kristian di Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengesahkan tujuh buah gereja telah menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme. Kejadian serangan gereja yang terbaru dilaporkan di Melaka, Perak dan Sarawak.

Pelbagai cara dilakukan dalam serangan-serangan keatas gereja tersebut termasuklah menggunakan “Molotov cocktail”, membaling batu dan menyimbah cat hitam.

Apa sekalipun akan dilakukan selepas ini baik oleh kerajaan, NGO dan masyarakat, kita tidak akan dapat mengubah satu fakta yang telah terjadi dan telah dirakamkan melalui berita, penulisan, gambar dan video bahawasanya di Malaysia yang kita cintai, rumah ibadat kepada penganut agama Kristian telah dibakar dan menjadi mangsa kepada vandalisme.

Dalam sekelip mata, imej Malaysia sebagai sebuah negara berbilang agama dan kaum yang hidup secara bertoleransi musnah begitu sahaja. Kini, Malaysia dipandang hina sepertimana dunia memandang hina kepada kerajaan Afghanistan ketika di perintah oleh Taliban kerana mengebom patung Buddha di Bamiyan pada Mac 2001.

IMEJ MALAYSIA MUSNAH DI MATA DUNIA

Secara “ranking” nya, Malaysia kini boleh diletakkan sebaris dengan Afghanistan sewaktu diperintah oleh Taliban. Pastinya selepas ini masyarakat antarabangsa akan meluat untuk menonton iklan “Malaysia. Truly Asia” yang boleh dilihat jika menonton CNN atau BBC setelah membaca berita mengenai pembakaran gereja di Malaysia.

Tidak kurang juga pelancong-pelancong yang akan membatalkan rancangan mereka untuk melawat Malaysia setelah membaca berita mengenai “religious tension” di Malaysia.

Itu belum lagi dihitung mengenai pelabur-pelabur asing yang akan membatalkan hasrat mereka untuk melabur di Malaysia. “Economic recovery” yang dicita-citakan oleh perdana menteri mungkin tidak akan menjadi kenyataan dalam jangkamasa yang terdekat ini.

Sudah pasti yang akan menanggung akibat daripada “tindakan bodoh” ini adalah rakyat jelata yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Orang Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan lah yang akan menanggung susah daripada peristiwa yang menyayat hati ini. Apabila kerajaan gagal untuk memulihkan kegawatan ekonomi, rakyatlah yang akan “dicukaikan”.

Sama ada kalimah “Allah” boleh digunakan oleh penganut agama Kristian atau tidak, apabila goods and service tax (GST) diperkenalkan nanti, rakyat Malaysia akan mempunyai peluang untuk membeli teh tarik dengan harga yang boleh dibanggakan seperti RM 2 atau RM 2.50 di kedai-kedai Mamak. Bukankah apabila barang menjadi mahal petanda kepada negara sudah maju?

Beberapa tahun lalu, seorang teman saya yang beragama Kristian dari Indonesia pernah memuji toleransi antara kaum dan agama di Malaysia. Kata beliau, perayaan Krismas meriah di Malaysia walaupun majoriti rakyat beragama Islam. Tidak tahu pula apa yang beliau fikir kini setelah membaca berita mengenai pembakaran gereja di Malaysia.

ISU ALLAH ISU POLITIK BUKAN AGAMA

Sejak dari awal lagi saya melihat isu Allah ini bukan isu agama tetapi lebih kepada isu politik. Sepertimana dalam sejarah dunia, apa yang dikatakan dengan “religious war” itu sendiri tidak pernah berlaku kerana ajaran agama akan tetapi berlaku kerana elit politik yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Islam itu sendiri tidak pernah mengajar penganutnya untuk membakar atau memusnahkan rumah ibadat kepada penganut agama lain. Malahan didalam perperangan sekalipun tidak dibenarkan umat Islam untuk membakar rumah ibadat kepada penganut agama lain.

Semenjak dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan pada 31 Dis 2009 bagi membenarkan akhbar The Herald untuk menggunakan kalimah Allah, ahli-ahli politiklah yang menyimbah “petrol” untuk menyemarakkan lagi kemarahan umat Islam di Malaysia.

Apakah kita sudah terlupa dengan kenyataan seorang ahli politik bahawa keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian itu boleh diumpamakan seperti kes “Natrah” pada tahun 1950an dulu? Bagi yang masih belum tahu mengenai kes “Natrah”, silalah gunakan khidmat “Google” untuk mendapatkan meklumat mengenainya. Selepas anda faham mengenai kes “Natrah”, barulah anda faham mengapa saya katakan ahli politik tersebut menyimbah “petrol” di api yang marak.

Apakah kita sudah terlupa dengan kenyataan ahli politik yang satu lagi bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah disebabkan oleh orang Melayu yang berpecah dari segi politik?

Itu baru dua contoh kenyataan daripada ahli-ahli politik yang boleh diumpamakan sebagai menyimbah “petrol” di api yang marak. Jika disenaraikan kesemuanya, maka bermuka-mukalah artikel ini dan boleh mencapai beribu-ribu muka surat sehingga tidak ada siapapun yang larat membacanya.

Itu belum lagi di senaraikan bagaimana akhbar dan siaran televisyen yang turut sama menyumbang kepada berlakunya tindakan ekstrim membakar gereja ini. Kita pun tahu akhbar mana dan siaran televisyen mana yang dimaksudkan.

Kita juga terkejut bagaimana Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri menjadi “sangat demokratik” apabila mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa jika rakyat mahu berdemonstrasi menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Cuba imbas kembali apabila rakyat berdemonstrasi menentang ISA dan PPSMI satu ketika dahulu, apakah kerajaan “sedemokratik” ini? Apakah salah jika saya katakana bahawa kerajaan terlibat dalam “menyimbah petrol” untuk menyemarakkan kemarahan rakyat dalam isu Allah ini?

ANGGOTA KESELAMATAN TIDAK MEMBANTU UNTUK MENAMATKAN KRISIS

Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bahawasanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai cukup anggota untuk mengawal gereja adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan boleh dilihat sebagai memberikan “signal” yang tidak baik.

Selepas Musa Hassan mengeluarkan kenyataan tersebut, kejadian “terrorism” terhadap gereja terus berlaku dan telah merebak ke negeri-negeri lain. Seharusnya, jika benar sekalipun PDRM tidak mempunyai cukup anggota, mengapa perlu diumumkan dalam sidang akhbar?

Bukankah lebih baik perkara tersebut didiamkan dan PDRM boleh berbincang dengan kerajaan tentang bagaimana untuk mengatasi masalah kekurangan anggota seperti mendapatkan bantuan tentera, bomba dan anggota Rela?

Akan tetapi, bagi yang sudah mempunyai pengalaman melihat bagaimana anggota PDRM mengawal demonstrasi seperti Perhimpunan Bersih dan pilihanraya-pilihanraya kecil yang berlangsung selepas 8 Mac 2008, tentu sukar untuk percaya dengan kenyataan KPN tersebut.

Mungkin telah sampai waktunya untuk Musa Hassan untuk berundur dan menyerahkan jawatan KPN kepada Timbalannya. Daripada kenyataan yang beliau keluarkan, seolah-olah beliau sudah tidak mampu lagi untuk mengawal keadaan.

Diharapkan agar keganasan keatas rumah ibadat tidak lagi berterusan. Jika kerajaan dan pemimpin gagal untuk mengawal keharmonian diantara agama, sudah tiba masanya untuk rakyat keluar untuk menunjukkan contoh. Walaupun “nasi telah menjadi bubur”, masih banyak yang boleh dilakukan untuk menenangkan keadaan.

Sejuk hati apabila terbaca berita bahawa NGO Islam ingin membantu Rela untuk mengawal gereja daripada terus diganasi. Sejuk juga hati apabila terdengar bahawa ada orang Islam mengutip derma untuk diserahkan kepada gereja yang terbakar teruk di Desa Melawati.

Umat Islam di Malaysia kini harus bekerja keras untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka bukanlah “pengganas”. Sudah sampai masanya untuk buktikan bahawa mereka adalah pengikut ajaran Allah dan bukannya hanya bising ketika nama “Allah” digunakan oleh bukan Islam.
.

Isnin, 11 Januari 2010

Tausiyyah Al Habib Umar Di Masjid Alfalah Usj



MasyaALLAH,dalam pukul dua belas malam ana dapat panggilan dari seorang sahabat yang cukup ana hormat dan sayangi.Dalam perbualan telefon,beliau berkongsi cerita detik-detik indah beliau di Taman Syurga bersama AlHabib Umar Benhafidz Di Masjid Alfalah.
Walaupun ana tidak berkesempatan untuk bersama di Taman Syurga tersebut,tetapi ana puas hati dan tidak merasa ralat kerana sebuah komitmen yang lebih penting.Sekurang-kurangnya ana masih mempunyai sahabat yang sudi berkongsi dan sentiasa menghadirkan ana di setiap kehadiran beliau bersama orang-orang soleh..ALHAMDULILLAH.
Antara bebrapa perkara yang beliau kongsi dengan ana melalui email adalah seperti yang di catitkan di sini.Beberapa petikan daripada Tausiyyah Al Habib Umar yang di iringi dengan tangisan ribuan ummah di masjid Alfalah Usj.
 Org yg tak boleh mengucap, tidak berguna lah dia walaupun masih hidup di muka bumi ini.Syahadah adalah anugerah ALLAH.
> Perbaharui janji dgn Allah.. Sambil Habib Umar memimpin Kalimah LailaHaillallah..di iringi dengan sambutan ribuan ummah.Kalimah ini menjadi bekalan ketika kita meninggal kan dunia ini dalam
> keadaan kita beriman kepada Allah.
Habib Umar membawa hadirin menghayati kisah kematian Sayyidina  Bilal Rabah dan SaYidina Abu Bakar Siddiq(ra) bagaimana mereka gembira ketika sakaratul maut menjelang tiba.
Kesulitan dan kesakitan ketika sakarat mereka tempuh dengan gembira kerana terlalu Rindu untuk bersama kekasih ALLAH Rasulullah(saw).
 Begitu juga dengan Sayyidina Abu bakar,Beliau selalu berharap untuk meniggal dunia di hari yang sama dgn Rasulullah,tetapi beliau meninggal dunia pada hari selasa.Seterusnya Alhabib Umar membawa kita mengingat sejenak Akhlaq dan Tanggungjawab Sayyidina Abu Bakar(ra).
Walau ketika menjadi Khalifah, SaYidina Abu Bakar tetap mempunyai  masa untuk menjalankan kewajipan beliau sebagai seorang Mu’min. SaYidina Abu Bakar tetap menjaga hak yg utama iaitu
menjaga perhubungan dgn keluarga Baginda Nabi(SAW).. Sayidina Omar ketika sedang menunaikan solat di tusuk tombak,Beliau meneruskan solat beliau tanpa mengerang sebarang kesulitan pun.
 Beliau menyuruh anaknya Sayidina Abdullah supaya  meminta izin dari SaYidatina Aisyah(ra) untuk mengebumikannya di rumah Baginda Nabi(saw), Maka Aisyah izinkan walaupun mulanya beliau sediakan tempat itu untuk beliau. Ketika SaYidina Osman(ra) dikepung.. Maka SaYidina Ali(ra) menyuruh kedua puternya yaitu  Hasan dan Husin menghantar makanan dan air.. Beliau bermimpi  bertemu Rasulullah dan beliau di beri pilihan,maka Sayidina Osman(ra) memilih untuk bersama Rasulullah lalu pada malam yang sama beliau dibunuh..
Begitu juga dengan Saidina Ali(ra)yang menunggu untuk dibunuh... Pada malam itu beliau bermimpi
 dan bagi pilihan dan beliau memilih untuk bersama Rasulullah..selepas itu beliau dibunuh... Orang yang paling celaka adalah orang yang membunuh SaYidina Ali tetapi Sayidina Ali menyuruh untuk tidak disiksa orang yang membunuh beliau.
 Sayidina Hasan memaafkan org yg telah meracuninya dan menyembunyikan  nama peracun tersebut.. Beliau menangis takut jika beliau tidak di bangkitkan ditempat bapa dan datuk beliau..
Kesyahidan Sayidina Hussin.. Beliau berjalan keluar walaupun tahu akan dibunuh cuma tidak mahu darah beliau tertumpah di Madinah..
 Hadis dari Saidina Anas(ra).. Rasulullah masuk rumah, Husin mintak minuman dari rasulullah..Ketika itu mereka sedang berebut untuk minum dari rasulullah.. Rasulullah mendahului Husin kerana Husin lebih awal meminta dari Baginda..
Setakat ni sajalah yang sahabat ana dapat kongsikan sama-sama,kebetulan penterjemah pun dah tak sanggup untuk terjemah dalam keadaan jiwa yang sangat-sangat meruntun.Lautan tangisan Taubat,tangisan Penyesalan,Tangisan Kasih-sayang,tangisan Kecintaan dan Kerinduan sedang bergema di rumah ALLAH Alfalah,di tengah-tengah Taman Ilmu bersama Alim lagi Soleh mempunyai darah pertalian yang amat erat dengan Junjungan Mulia Sayyidina Muhammad(saw).
Sebarang kekurangan dan kesilapan dalam menyampaikan Dakwah Habib Umar di sini,mohon di komen dan perbetulkan.Wallahu A’lam.

Kenyataan-Penggunaan Kalimah Allah=ABIM

1.Merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam penerbitan buletin Gereja ‘Herald-The Catholic Weekly’, pihak MISG-ABIM UK dan Eire ingin menyatakan pendirian sebagai mewakili sebahagian daripada umat Islam Malaysia yang berada di luar negara. Pihak kami ingin melahirkan kekesalan, dukacita dan sedih dengan keputusan tersebut yang dilihat mampu membuka ruang ketidakharmonian beragama di Malaysia.

2.Secara umumnya, kami berpendirian bahawa bantahan penggunaaan kalimah Allah ini bukan bermakna ianya menghalang kebebasan beragama atau mencabar hak asasi mana-mana pihak. Kami juga tidak sama sekali ingin mempersoalkan kewibawaan Mahkamah bahkan menghormati keputusan yang telah dibuat melainkan hanya dengan beberapa persoalan dan pemerhatian.

3.Bantahan penggunaan kalimah Allah ini di dalam konteks masyarakat dan uruf di Malaysia adalah berdasarkan faktor etimologi bahasa yang secara totalnya jauh berbeza dan terpisah daripada apa yang difahami oleh Gereja Herald-Catholic sama ada dari segi konsep, budaya mahupun metafizik, teologi dan falsafah Islam. Kebenaran menggunakan kalimah Allah sesuka hati ini tanpa melihat kepada aspek etimologi, konsep, budaya, metafizik, teologi dan falsafah ini bakal menyebabkan timbul kekeliruan di dalam beragama yang seterusnya mampu mengancam keharmonian, keamanan dan keharmonian masyarakat awam dan komuniti Islam.

4.Sehubungan dengan itu, kami menggesa kerajaan untuk mempercepatkan proses rayuan dan memohon menggantung perintah Mahkamah yang dikeluarkan. Di samping itu, jika perlu, kami memohon campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai penaung agama Islam untuk membantu menyelesaikan sebarang polemik penggunaan kalimah Allah ini.

5.Umat Islam diminta bertenang, beretika dan berakhlak serta tidak melakukan sesuatu perkara yang melanggar undang-undang. Badan-badan agama dan NGO Islam juga perlu mempergiatkan dakwah dan memberikan penerangan mengenai kekeliruan yang ditimbulkan melalui penggunaan kalimah Allah ini. Sudah tiba masanya pihak berkuasa agama negeri-negeri menguatkuasakan secara serisu Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam. Marilah bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala agar kedudukan Islam sebagai agama rasmi dapat dipertahankan dan dalam masa yang sama memelihara keharmonian beragama di Malaysia.

"Menegakkan Kebenaran & Keadilan"


Ustaz Hasri Harun
Presiden MISG ABIM UK-EIRE

Pandangan Prof Dato' Dr Haron Din Berkenaan Penggunaan Kalimah ALLAH

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguanHerald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
“Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
“Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.
“Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.
“Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran,” katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.
Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.
Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.
Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.
“Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.
“Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam… sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah,” katanya.
Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.
“Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.
“Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah,” katanya.
Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.
“Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing,” katanya.  MSTAR

Ahad, 10 Januari 2010

Lagi Tentang Kalimah ALLAH

Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan.

Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.... See More

Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible.

Gereja Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’.

Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakannya.

Dari segi linguistik pula, perkataan atau kalimat ‘Allah’ adalah berasal dari bahasa Arab iaitu ‘Al-Ilah’. Dalam bahasa Arab, kata dasar ‘Ilah’ bermaksud “Tuhan yang mempunyai sifat yang tunggal”. Sifat kata dasar ‘Ilah’ juga tidak mempunyai kata ganda yang menunjukkan bilangan (plural) seperti god (singular) dan gods (plural) atau tuhan (bilangan satu) dan tuhan-tuhan (bilangan lebih dari satu). Selain itu, kata dasar ‘Ilah’ juga tidak menunjukkan jantina (gender) seperti god (male) dan goddess (female) atau dewa dan dewi seperti tuhan-tuhan Mesir Purba iaitu Osiris (lelaki) dan Isis (Perempuan). Kata dasar ‘Ilah’ itu sendiri adalah bersifat satu atau tunggal yang bertentangan dengan doktrin Kristian iaitu Trinity. ‘Ilah’ bersifat Uno yakni satu manakala doktrin Trinity pula tuhan itu terdiri daripada 3 oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus yang bertindak secara berasingan.

Jika diteliti dengan sepenuhnya terdapat pebezaan yang ketara antara sifat ‘Ilah’ dengan doktrin Trinity tersebut.

Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible.
Secara rasionalnya Paderi Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El.

Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Bible.

Persoalannya sekarang, kenapa Paderi Murphy Pakiam tidak menggunakan nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible tersebut? Sebagai contoh, Jesus pernah bersuara dengan nada yang kuat menyebut salah satu nama Tuhan seperti yang dirakamkan oleh Injil.

Jesus menyebut “Eli, Eli lama sabachtani” sebagai kata-kata terakhir beliau. Maksud Eli ialah Tuhanku. Bahasa ibunda Jesus ialah bahasa Aramaic iaitu salah satu dialek bahasa Ibrani (Hebrew). Saya berpendapat adalah lebih realistik bagi penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakan nama Tuhan seperti yang keluar dari lidah Jesus sendiri. 1.3 billion orang Islam seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bertutur dalam pelbagai bahasa menggunakan kalimat Allah yang berasal daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan Baginda Rasululllah kerana baginda berbangsa Arab.

Orang-orang Islam tidak menterjemahkan Allah kepada bahasa ibunda masing-masing. Ini adalah kerana kalimat Allah tidak sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Begitu juga dengan orang-orang Kristian, mereka sepatutnya mengikuti Jesus dengan menyebut nama Tuhan dalam bahasa asal iaitu bahasa Aramaic yakni bahasa ibunda Jesus.

Dari segi perundangan, sudah terang dan nyata menunjukkan bahawa perkataan Allah adalah hak eksklusif untuk orang-orang Islam. Saya menyarankan kepada KDN, Jakim dan Persatuan Peguam Islam menggunakan sumber Al-Quran di mahkamah nanti.

Secara logik dan rasional Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Oleh kerana itu, semua orang tahu bahawa sumber agama Islam adalah Al-Quran.

Kewajaran Al-Quran sebagai dokumen yang telah didokumentasikan oleh para sahabat Rasullullah sebagai sumber yang authentik untuk dijadikan hujah di mahkamah nanti.

Surah Al-Ikhlas dengan jelas menyatakan bahawa Allah adalah hak eksklusif bagi orang-orang Islam. Maksud Surah Al-Ikhlas-“Katakanlah Allah Itu Esa(1). Allah tempat bergantung sekelian makhluk(2). Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan(3). Dan tiada satu pun yang setara denganNya(4)”.

Perhatikan ayat pertama dengan jelas menunjukkan Allah adalah Esa. Secara eksklusifnya hanya untuk orang-orang Islam kerana orang-orang Islam berima kepada Allah yang Esa. Ayat yang kedua pula dengan jelas bertentangan dengan doktrin Trinity.-Sumber salah seorang sahabat dalam facebook..Wallahu A'lam

Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah ALLAH

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah
1) Ulasan/Hujah
Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
2) Keputusan
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Biografi Al Habib Umar

Beliau ialah Habib Umar putera dari Muhammad putera dari Salim putera dari Hafiz putera dari Abdullah putera dari Abi Bakr putera dari Aidarus putera dari Hussein putera dari Syeikh Abi Bakr putera dari Salim putera dari Abdullah putera dari Abdul Rahman putera dari Abdullah putera dari Syeikh Abdul Rahman al-Saqqaf putera dari Muhammad Maula al-Dawilah putera dari Ali putera dari Alawi putera dari al-Faqih al-Muqaddam Muhammad putera dari Ali putera dari Muhammad Shahib Mirbat putera dari Ali Khali Qasam putera dari Alawi putera dari Muhammad putera dari Alawi putera dari Ubaidillah putera dari Imam al-Muhajir Ahmad putera dari Isa putera dari Muhammad putera dari Ali al-Uraidi putera dari Ja’far al-Sadiq putera dari Muhammad al-Baqir putera dari Ali Zainal Abidin putera dari Hussein sang cucu lelaki, putera dari pasangan Ali putera dari Abu Talib dan Fatimah az-Zahra puteri dari Rasul Muhammad s.a.w.. Beliau dilahirkan di Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan berlimpahnya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan kota ini selama berabad-abad. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya adalah seorang pejuang yang terkenal, Intelektual, Seorang Da’i Besar, Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Shaikh Abu
Bakr bin Salim.
Ayahnya ialah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidup demi penyebaran Islam dan pengajaran hukum suci serta aturan-aturan mulia dalam Islam. Beliau secara kejam diculik oleh kelompok komunis dan dianggap telah meninggal dunia, semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Demikian pula kedua datuk beliau, Habib Salim bin Hafiz dan Habib Hafiz bin Abdullah yang merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ulama dan intelektual Muslim pada masanya.
Beliau telah menghafal al-Quran pada usia yang sangat muda dan ia juga menghafal berbagai kitab dalam ilmu fiqh, hadis, bahasa Arab dan berbagai ilmu-ilmu keagamaan yang membuatnya termasuk dalam lingkaran keilmuan yang dipegang teguh oleh begitu banyaknya ulama-ulama tradisional seperti Al Habib Muhammad bin Alawi bin Shihab dan Syeikh Fadl Baa Fadl serta para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari berbagai ilmu termasuk ilmu-ilmu spiritual keagamaan dari ayahnya yang meninggal syahid, Habib Muhammad bin Salim. Ayahnya begitu mengambil berat terhadap beliau kerana di waktu kecil lagi beliau selalu berada di sisi ayahnya di dalam lingkaran ilmu dan zikir.

Namun,Suatu ketika Habib ‘Umar sedang menemani ayahnya untuk solat Jumaat, ayahnya diculik oleh golongan komunis dan beliau pulang ber sendirian ke rumahnya dengan masih membawa syal milik ayahnya. Perjuangan dan usahanya yang keras demi melanjutkan pekerjaan ayahnya mulai membuahkan hasil. Kelas-kelas mulai dibuka bagi anak muda maupun orang tua di mesjid-mesjid setempat dimana ditawarkan berbagai kesempatan untuk menghafal al-Quran dan untuk belajar ilmu-ilmu tradisional.
Dia sesungguhnya telah benar-benar memahami Kitab Suci sehingga ia telah diberikan sesuatu yang khusus dari Allah meskipun usianya masih muda. Namun hal ini mulai mengakibatkan kekhawatiran akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan beliau dikirim ke kota al-Baydha’ yang terletak di tempat yang disebut Yaman Utara yang menjadikannya jauh dari jangkauan mereka yang ingin membunuh dan menyeksa beliau.
Disana dimulai babak penting baru dalam perkembangan beliau. Masuk sekolah Ribat di al-Bayda’ ia mulai belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan ahli dari yang mulia Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah bimbingan ulama mazhab Syafie, Habib Zain bin Sumait, semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya dia ditunjuk sebagai seorang guru tak lama sesudahnya. Dia juga terus melanjutkan perjuangannya yang melelahkan dalam bidang dakwah.
Kali ini tempatnya adalah al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa disekitarnya. Tiada satu pun yang terlewat dalam usahanya untuk mengenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w pada hati mereka seluruhnya. Kelas-kelas dan majelis didirikan, pengajaran dimulai dan orang-orang dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkannya kekurangan tidur dan istirahat mulai menunjukkan hasil yang besar bagi mereka tersentuh dengan ajarannya, terutama para pemuda yang sebelumnya telah terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan dangkal, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka sadar bahwa hidup memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentitas baru mereka sebagai orang Islam, mengenakan serban/selendang Islam dan mulai memusatkan perhatian mereka untuk meraih sifat-sifat luhur dan mulia dari Sang Rasul Pesuruh Allah s.a.w..
Sejak saat itu, sekelompok besar orang-orang yang telah dipengaruhi beliau mulai berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam perjuangan dakwah maupun keteguhan beliau dalam mengajar di berbagai kota besar maupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mulai mengunjungi banyak kota-kota maupun masyarakat diseluruh Yaman, mulai dari kota Ta’iz di utara, untuk belajar ilmu dari mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mulai menunjukkan pada beliau perhatian dan cinta yang besar sebagaimana ia mendapatkan perlakuan yang sama dari Habib Muhammad al-Haddar sehingga ia memberikan puterinya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran yang agung.
Tak lama setelah itu, beliau melakukan perjalanan melelahkan demi melakukan ibadah Haji di Mekkah dan untuk mengunjungi makam Rasul s.a.w di Madinah. Dalam perjalanannya ke Hijaz, beliau diberkahi kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab dari para ulama terkenal disana, terutama dari Habib Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang menyaksikan bahwa di dalam diri ‘Umar muda, terdapat semangat pemuda yang penuh cinta kepada Allah dan RasulNya s.a.w. dan sungguh-sungguh tenggelam dalam penyebaran ilmu dan keadilan terhadap sesama umat manusia sehingga beliau dicintai al-Habib Abdul Qadir salah seorang guru besarnya. Begitu pula beliau diberkahi untuk menerima ilmu dan bimbingan dari kedua pilar keadilan di Hijaz, yakni Habib Ahmad Mashur al-Haddad dan Habib Attas al-Habshi.
Sejak itulah nama Habib Umar bin Hafiz mulai tersebar luas terutama dikeranakan kegigihan usaha beliau dalam menyerukan agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopularan dan ketenaran yang besar ini tidak sedikitpun mengurangi usaha pengajaran beliau, bahkan sebaliknya, ini menjadikannya mendapatkan sumber tambahan dimana tujuan-tujuan mulia lainnya dapat dipertahankan.
Tiada waktu yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingat Allah dalam berbagai manifestasinya, dan dalam berbagai situasi dan lokasi yang berbeda. Perhatiannya yang mendalam terhadap membangun keimanan terutama pada mereka yang berada didekatnya, telah menjadi salah satu dari perilaku beliau yang paling terlihat jelas sehingga membuat nama beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke Dunia Baru.
Negara Oman akan menjadi fase berikutnya dalam pergerakan menuju pembaharuan abad ke-15. Setelah menyambut baik undangan dari sekelompok Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan menggebu untuk menerima manfaat dari ajarannya, beliau meninggalkan tanah kelahirannya dan tidak kembali hingga beberapa tahun kemudian. Bibit-bibit pengajaran dan kemuliaan juga ditanamkan di kota Shihr di Yaman timur, kota pertama yang disinggahinya ketika kembali ke Hadramaut, Yaman.
Disana ajaran-ajaran beliau mulai tertanam dan diabadikan dengan pembangunan Ribat al-Mustafa. Ini merupakan titik balik utama dan dapat memberi tanda lebih dari satu jalan, dalam hal melengkapi aspek teoritis dari usaha ini dan menciptakan bukti-bukti kongkrit yang dapat mewakili pengajaran-pengajaran di masa depan.
Kepulangannya ke Tarim menjadi tanda sebuah perubahan mendasar dari tahun-tahun yang ia habiskan untuk belajar, mengajar, membangun mental agamis orang-orang disekelilingnya, menyebarkan seruan dan menyerukan yang benar serta melarang yang salah. Dar-al-Mustafa menjadi hadiah beliau bagi dunia, dan di pesantren itu pulalah dunia diserukan. Dalam waktu yang dapat dikatakan demikian singkat, penduduk Tarim akan menyaksikan berkumpulnya pada murid dari berbagai daerah yang jauh bersatu di satu kota yang hampir terlupakan ketika masih dikuasai para pembangkang komunis.
Murid-murid dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comoro, Tanzania, Kenya, Mesir, Inggris, Pakistan, Amerika Serikat dan Kanada, juga negara-negara Arab lain dan negara bagian di Arab akan diawasi secara langsung oleh Habib Umar. Mereka ini akan menjadi perwakilan dan penerus dari apa yang kini telah menjadi perjuangan asli demi memperbaharui ajaran Islam tradisional di abad ke-15 setelah hari kebangkitan. Berdirinya berbagai institusi Islami serupa di Yaman dan di negara-negara lain dibawah manajemen al-Habib Umar akan menjadi sebuah tonggak utama dalam penyebaran Ilmu dan perilaku mulia serta menyediakan kesempatan bagi orang-orang awam yang kesempatan tersebut dahulunya telah dirampas dari mereka.
Habib Umar kini tinggal di Tarim, Yaman dimana beliau mengawasi perkembangan di Dar al-Mustafa dan berbagai sekolah lain yang telah dibangun dibawah manajemen beliau. Beliau masih memegang peran aktif dalam penyebaran Islam, sedemikian aktifnya sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahunnya mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan mulianya.
Sumber : Taman Habaib(Afwan banyak bahasa indonesia,maklum ni ana copy dari pondok habib yang di copy juga dari sumber yang di sebutkan,begitu juga beberapa tulisan di sini agak keterlaluan dari perihal Habib Umar sendiri..Wallahu A'lam.)

Jumaat, 8 Januari 2010

Al Allamah Alhabib Umar


Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum..Selamat Datang Guru Kami!Selamat Datang Pencinta ALLAH dan Rasul!Selamat Datang Kekasih ALLAH dan Rasul!
Habib,walau apa pun para pencinta mu berkata tentang kamu,ketahui lah bahawa Faqir ini lebih mencintaimu bahkan melebihi dari kata-kata mereka.
Walau apa pun para Pembenci mu berkata tentang kamu,ketahui lah bahawa Faqir ini lebih membenci mereka bahkan melebihi dari kebencian mereka terhadap mu.
Pegang lah tangan ku,Bawa lah aku bersama mu menuju ke Alam yang Abadi..Benamkan lah Faqir ini di dalam lautan Mahabbatullah Wa Rasulih sehingga aku Lemas di dalam nya.
Hadirkan lah Faqir ini dalam setiap khalawat dan jalawat mu.
Ya ALLAH!Aku sangat sayang Guru ku kerana beliau sangat sayang padaMU!Ya Rasulallah!Aku sangat sayang guru ku,kerana beliau sangat sayang pada mu.Dan beliau juga mengajar dan mendidik ku agar sentiasa menyintai dan menyayangi Mu Wahai ALLAH dan Rasul.
Kekal kan lah kasih sayang ini,supaya Faqir ini lebih mengenal erti kasih sayang..Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Gila Glamour

Kenapa bila kedatangan Habib-habib besar je..semua jadi melatah dan kelam kabut?semua nak tunjuk sibuk,muncul lah habib habiban,muncul lah muhibbin muhibbinan(pinjam istilah indo),wal hasel macam-macam hal la.
Macam-macam versi ana dengar..maklom ana ni kutu mana layak untuk khidmat habib habib ni,apa lagi habib yang hebat dan berpengaruh.Bukan saja tak layak khidmat..nak ambik tahu pasal jadwal habib pun sori.Habib hanya untuk sepupu sepapat,sedara mara,murid muridan harta hartawan dan Da'i Da'ian.Pasal apa ana tulis begini?pasal ana tidak pernah dan tidak akan di beritahu pun akan kunjungan beliau..walaupun mereka bermesyuarat di tempat ana,di depan mata ana..Ana hanya mendapat sms dari seorang murid yang kebetulan bersaudara dengan habib ni tentang majlis beliau di masjid alfalah dan melaka.
Tiba-tiba ada lagi beberapa majlis penting yang menjadi rahsia di antara mereka.Yang kelakar nya pulak mereka menganjurkan sebuah majlis yang mereka cipta sebagai majlis bersama atau pertemuan Ulama' Muslimin..Wah betapa besar peranan mereka dalam penganjuran acara yang sedemikian rupa..bererti mereka menganjurkan sebuah perjumpaan antara Ulama' ngan Habib.Tak pa lah Alhamdulillah!Majlis yang hebat!majlis yang berkat!
Tapi sayang..bila si Jahil nak mengatur orang Alim,maka terbongkar la kejahilan mereka..Apa kejahilan tersebut?
Kejahilannya adalah mereka menjadikan majlis itu sebagai majlis tertutup!dan yang akan attend dalam majlis tersebut,mungkin dua puluh peratus sahaja Ulama' pondok..lagi lapan puluh peratus,ustaz-ustaz,cikgu-cikgu,datuk-datuk dan mereka yang sama waktu dengannya.Buat apa korang buang masa Habib?dah alang-alang nak temukan habib ngan segelintir Ulama',tak payahlah tutup-tutup perjumpaan tu,biarlah semua orang dapat manfaat dan barakah bersama habib dan segelintir ulama' tersebut ..Takkan semuanya korang nak sapu?
Tolong lah buang sikap muka-muka antum!tolonglah jangan letak maruah Guru antum sedemikian rupa.Bila antum bersikap double standard,maka orang ramai akan menilai anda sama lah dengan golongan-golongan pencinta dunia..kalau korang saja yang terpalit takpa,sebab memang korang carik glamour pun..tapi jangan sampai nama baik guru anda Habib Umar pun akan menjadi buah mulut orang.Mungkin Habib tak kisah di cerca,di hina dan sebagainya tapi ana dan ramai lagi yang akan kisah apabila Habib di perlakukan sedemikian rupa..Wallahu A'lam.

Da'i Di Jalan Allah dan Rasul

Dengar-dengar lagi sehari dua ni kita akan menerima kunjungan seorang Habib yang bukan Habib habiban.Habib ni pulak kalau di timur tengah,bukanlah calang-calang ulama'.Beliau amatlah di kasihi dan di hormati oleh kebanyakan Tokoh ulama-ulama' ahli sunnah di timur tengah begitu juga di barat.Akhlaq dan Ilmu beliau sangat-sangatlah tinggi dan terpuji.Kalau tidak melebih had puji,bolehlah ana gelarkan Beliau adalah terjemahan/copy dari peribadi Junjungan Agung,Sayyidina Muhammad(saw)dalam semua segi.
Kedatangan/kunjungan beliau amatlah di nanti-nanti para Pencinta dan Pendengki.Kerana beliau adalah Da'i Ilallah warrasul.Beliau tidak pernah berharap dan mengharap sanjungan atau keistimewaan.Tapi oleh kerana Adab kita terhadap orang Alim,Apalagi Alim yang berdarah keturunan Rasul mulia(saw)maka tanggungjawab kitalah untuk merai/mengistimewakan dan memuliakan beliau.Tak salah kan memuliakan tetamu?
Kunjungan beliau adalah kerana ALLAH dan Rasul begitu juga untuk ALLAH dan RASUL.Kehadiran dan keberkatan bersama beliau untuk Ummah.Tugas beliau untuk Ummah!Visi beliau adalah Ummah!
Beliu bukanlah untuk keluarga besar beliau di sini!beliau bukan untuk Tok-tok Imam,tok-tok lebai ataupun tok-tok guru pondok sahaja!
Yang nyata adalah Ad Da'i ILaLLAH warrasul Alhabib Umar ben Hafidz adalah untuk semua umat,tak kira kaya,miskin,hina,jahil,alim,jahil dan lain-lain walau Kafir sekalipun!Ingat tu!

Selasa, 5 Januari 2010

Akhil Hayy Menulis Tentang Ahlul Bayt

Tengahari tadi ana dapat panggilan telefon dari seorang sahabat..dia bagitahu dia terbaca nota tulisan akhil hayy dalam facebook yang menyentuh tentang ahlul bayt.Oleh kerana ana taklah berkawan dengan akhil dalam facebook dan tak minat pun nak add dia,maka ana mintak kawan ana tadi email kan nota tersebut kepada ana.
Selepas membaca email tersebut,ana rasa perlu untuk berkongsi ngan antum penulisan akhil hayy..ana pun copy seperti yang tertera di sini..
Ahlil bait itu keturunan rasullullah. Keturunan rasullullah ada dua. Keturunan Jasmani, dan keturunan Rohani. Keturunan Jasmani itu anak baginda, cucu dan seterusnya. Keturunan ini Allah wafatkan sebagaimana keadaan ibu dan bapa kepada Rasullullah. Kerana nak tunjukkan Rasullullah bukan mendapat ilmu dari keturunan(ibu atau bapa) begitu juga anak dan cucu baginda tidak mendapat iman yg tinggi atas kelebihan rasul itu bapa atau datuk mereka. Begitulah Allah nak sampai kan kepada kita bahawa iman itu tidak dapat dari keturunan. Kalau bapa beriman, anak mesti beriman..tidak.

Jadi kenapa rasullullah suruh ikut ahlil bait?
Maksud rasullullah dengan ahlil bait itu adalah keturunan Rohani. kerana Rasullullah diberi ilmu oleh allah..ilmu yg tak terfikir oleh manusia juga melalui rohani bukan melalui ibu atau bapa baginda(jasmani)

Siapa keturunan rohani rasullullah?
Keturunan rohani ialah keturunan talian dari kita kepada Allah melalui rasullullah. Keturunan ini tidak putus dengan Allah..begitu juga ilmu, ilham, kefahaman, hidayah dam amalan semuanya dibimbing rohani yang dibimbing oleh Rasullullah yang setiasa berhubung dengan Allah.

Kenapa allah menurunkan hidayah melalui Rohani? tidak jasmani?
Kerana manusia itu tercipta dari seketul darah(hati). atau Dinamakan manusia apabila seketul hati itu bersih.. (kholakal insana min alak). Iqra warabbukal akram - Bacalah (bacalah wahai hati yg bersih@manusia kerana tuhannmu maha pemurah terhadap kamu.)

Sekali pandang dengan mata kasar, yang berpakaian, ada tangan, ada kepala, berdiri tegak itu manusia. Tetapi pandangan allah tidak, sebgaimana allah beritahu didalam ayat diatas dipandangnya manusia itu dari hati. Dianggap manusia itu bila punyai hati yg bersih. Kemudian dikatakan kepada hatinya bersih tadi..bacalah..tuhanmu maha pemurah.. artinya..bila hati dah bersih baru disuruh baca dan dapatlah sifat pemurah allah s.w.t. maka kalau tak dibersihkan hati itu kita hanyalah haiwan yang bertopengkan manusia. Boleh kah kita ikut orang seperti ini?

"yaitu dihari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna kecuali orang yang mengadap allah dengan hati yang bersih" assyuraa 87-89

Apa itu hati? hati itu jalan perhubungan rohani. kalau manusia yg punyai nafsu(roh) amarah, hatinya kotor barulah digambarkan dengan perlakuannya. kalau manusia punyai hati nafsu mutmainnah, hatinya bersih dahulu kemudian barulah terpancar kebaikan pada perlakuannya. Hati itu tempat berhubungnya hamba dgn allah. kerana itulah tempat iman.
Jadi keturunan yang hatinya bersih suci ikut rasullullah inilah yg dinamakan ahlilbait. yg dinamakan insan, atau manusia yang hatinya ada iman .

"Rasullullah mengajak mereka kepada beriman, dan kamu telah berjanji menjaga amanah (didalam perut ibu) - Al- hadid:8".

"Wahai nafsu (jiwa/roh) yang bersih lagi suci(Mutmainnah). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan redha dan diredhai. Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)

Bila hati telah bersih, maka barulah datang nafsu mutmainnah (rohani yg baik) kedalam jasad badan kita.(rohani) Bila hati rohani yg baik terus menerus mengingati allah, (iman yg kekal) barulah dapat hidayah. Kalau belajar alquran, kaji alquran belum tentu dapat kefahaman alquran. kerana kefaham alquran itu perlu iman dahulu, kemudian taqwa baru faham.

"Al-quran itu petunjuk dan penawar kepada org beriman" Al-fusilat : 44

"Siapa yg beriman allah akan beri hidayah pada hatinya" At-Taghabun 11

"Allah mengurniakan alhikmah (kefahaman Al-Quran kepada org2 yg dikehendainya" Al-Baqarah 269

"kami menjadikan alquran itu cahaya yg kami tunjuki dgn dia siapa yg kami kehendaki diantara hamba2 kami" asyura 52

"Hai org beriman, sekiranya kamu bertakwa kepada allah, allah akan berikan furqan*. Dan akan menghapuskan keslahan dan dosa kamu "anfaal :29
(*Furqan itu kefahaman alquran)

Maka hati yang bersih ini mendapat cahaya iman dan berhubung dengan nur rasullullah. inilah yang kita sebut (hati nurani) inilah keturunan / salasilah keturunan rasullullah. Nur itu adalah rasullullah. Cahaya iman itu cahaya nur rasullullah. Allah tidak bercahaya..kerana cahaya itu sifat makhluk. Jadi hati yang bersih mendapat pula hidayah inilah yang disuruh ikut oleh rasullullah. (ahlil baits) kerana dengan hidayah manusia tidak akan sesat dan tidak pula lalai dari mengingati Allah.

Keturunan rasullullah itu dekat aje dengan kita Jasmani > Rohani > Nurani(Berhubung dengan nur rasulullah) seterusnya kepada Allah. 3 salasilah sahaja. punyalah rapat kita dengan rasullullah. bukankah allah itu maha adil?

"Allah mengutus muhammad kepada kaum yg belum pernah baginda ketemu (Kaum terkemudian selepas rasullullah)" al-jumuah:3

Kerana kaum ini bertemu rasullullah dengan cara rohani, iaitu kaum selepas wafatnya rasullullah.

"Siapa yg beriman allah akan beri hidayah pada hatinya at" taghabun 11

Nur ini yang membawa hidayah. Ini yang allah sebut didalam alquran "tidak diutuskan rasullulah melainkan untuk mebawa rahmat kepada seluruh alam. Maka carilah nur ini, cari ilmu amal untuk mendapat nur ini, carilah jalan untuk bertemu dengan keturunan yang dipanggil tali allah. "berpeganglah kamu kepada tali allah". ini yang selama ini ada didalam diri kita sendiri tapi tak pernah kita ketahui.

"dan didalam diri kamu, apa sebab kamu tidak melihat ": az-zariyat 21

Islam itu mudah. tapi iman itu payah. Rasullullah duduk didalam Gua hiraq selama 13 tahun menyendiri, semata2 mengingati Allah untuk mendapat iman dan menyuci hati kalbu. meniggalkan perniagaan, meniggalkan anak isteri meniggalkan duniawi semata2 ingat allah. itu rasullullah, kita ni orang biasa bleh senang2 dapat iman dengan solat 2-3 minit satu waktu, kita ada anak bini nak bagi makan..

"Jgn kamu lalai oleh harta dan anak2 dari mengingati allah" - Al-Munafiqun 9

Setelah 13 tahun didalam gua mengingati allah, barulah dibacakan jibrail : Iqraq bismirabkial lazi kholak. Bacalah nama tuhanmu yang menjadikan. iqraq itu artinya : bacalah, sebutlah, ingatlah, amalkanlah, sentiasalah, bismirabika itu maksudnya nama tuhanmu iaitu ALLAH. bukan ar-rahman, ar-rahim, subhanallah itu semua nama sifat, pangkat nama pujian bagi allah. tetapi alif lam lam ha. (ALLAH)

Rasullullah disuruh sebut nama allah. dimana nak sebut?? kholakal insan namin alak. menjadikan manusia dari hati. maka hati lah tempatnya menyebut nama allah. jangan sebut dilidah kerana sebut allah dilidah itu tasbih puji allah bukan mengingati Allah. Puji ni macam manusia lah..puji dimulut, tapi hati boleh mengutuk. tapi kalau puji dihati itu maksudnya benar2 puji. begitu juga sebut nama allah itu dihati. kalau sebut allah dilidah, dihati duk teringat ke anak bini, teringat kerja, teringat hutang dan sebagainya..

"kerana itu ingatlah padaku nescaya aku ingat padamu" albaqarah:152

Kerana allah pesan :

"Dan SEBUTLAH serta INGATLAH akan Tuhanmu(Allah) DI DALAM HATIMU, dengan perasaan takut, dan dgn tidak menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang" AL-araaf 205.

Usahakan diri, amalkan amalan iman, dapat iman baru solat. Solat bukan tanda iman, solat itu amalan orang yang beriman. begitu juga puasa bukan tanda beriman..tetapi puasa itu amalan orang yang beriman. Tanda iman itu ialah menyebut dan mengingati allah dihati. iman itu yang membersihkan hati....

"yaitu dihari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna kecuali orang yang mengadap allah dengan hati yang bersih" assyuraa 87-89

Kalau hati tak bersih mengadap allah tak dapat apa2..maka utamakan iman dahulu..kerana iman ini amalan rasullullah amalan ahlil bait.

"demi sesungguhnya adalah bagi kamu rasullullah itu contoh ikutan yg baik. Iaitu bagi org yg sentiasa mengharapkan allah dan hari akhirat. Serta pula menyebut dan mengingati allah banyak2.(al-ahzab:21)

Jadikan rasullullah itu contoh. jangan kita cari alasan untuk melebihkan dia kerana dia rasullullah, padahal apa yang ditunjukkan rasul itu contoh ikutan. Siapa yang ikut itu lah ahlil baits..kalau tak ikut rasullullah, maka ikut syaitan lah jadinya.

“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah. Mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah golongan syaitan itu gologan merugi” – Mujadillah 19

Kesimpulannya ahlil baits itu ialah keturunan rohani rasullullah yang menurut amalan rasullullah jasmani dan rohani (jasad dah hati) yang mengutamakan bersih hati. Hati nya pula tidak pernah lupa dari mengingati Allah. Mereka ini adalah orang mukmin yg rasullullah pesan takkan lari ilmu dan akidahnya dari ajaran rasullullah.. ikut, amal, dan sesiapa sahaja boleh jadi keturunan ini tidak perlu tunggu nak kahwin dengan keturunan rasulullah...

"Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya Al-ahzab : 33

Bersih itu nafsu mutmainnah...

Salam..
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Al Baqarah Ayat 216 )

Kafa 'ah

Lagi satu,bila kita bercerita pasal syed-syed ni selalunya mereka tak dapat elak dari isu kafaah atau kufu'(taraf/darjat)..dan kufu' yang selalu berlegar di kalangan mereka mestilah pasal syed kena kawin sharifah dan syarifah mesti kawin ngan syed.Baca betul-betul maksud ana kt sini.
Isunya bukan syed ngan shraifah ka,shrifah kawin ngan syed ka.Tapi isu nya kat sini adalah antara syed dengan syed dan shrifah dengan shrifah.kalau di kl ni masih ada syed yang menjaga darjat di antara mereka..contohnya syed kaya tak kan boleh berkawan syed miskin,syed yang pekat rupa arabnya prejudis ngan syed yang dah rupa ikan patin sangkar.syed yang jelas salasilahnya prejudis lalu menghukum syed-syed yang terputus nasab mereka.Begitu juga dengan dengan sharifah-shrifah.
Ana luah disini sebab ana sendiri sudah dan sedang melalui nya.Pernah satu hari ana nak tolong seorang syed ni untuk carikan seorang shrifah untuk di jadikan isteri.Syed yang mintak tolong ana tu,nak kata hensem tak pun,rupa dia dah jadi macam budu cap ketereh..tak pa lah..ana pun cuba lah rekemenkan seorang shrifah yang tak la berapa arab rupa dia.Ana tak marah kalau si Syed ni tolak sebab tak berkenan pasal itu hak dia,yang ana marah sangat-sangat,dah la tak nak dia boleh cakap ngan ana,"beb nt takder taste la..apsal nt rekemen ana sharifah gelap takder ruper arab langsung".
Ini lah sebahagian syed-syed di sekitar kl(tempat lain ana tak berapa arif)begitu jugak ngan shrifah-sharifah.
Kalau macam ni tabiat syed dan sharifah.Sama-sama sendiri pun masih fikirkan rupa,darjat dan kedudukan.Sampai bila pun matlamat Nabi,Salaf soleh dan tok nenek kita nak jaga rantai yang suci dan mulia ni takkan tercapai.
Perbetul kan kufu' di antara kita,sebelum kita sibuk pasal kufu' dengan orang luar..Wallahu A'lam

Jangan Langgar Kawasan Orang Lain!

Ada la segelintir syed kat kl ni,mereka dapat jer satu jawatan yang tak penting pun di mata seluruh rakyat m'sia,jawatannya kira nombor tiga atau empat la kot dalam hiraki parti dia,tapi dia dah pergi peringkat negeri.Dah rasa macam negara ni dia pimpin.Otak dan Jasa dia konon sangat-sangatlah besarr..Piiirahhh!!bahagian antum pun dudk bawah pimpinan kafir.toksah ANGKUH la,hari ni anda di atas,besok mungkin anda dalam lobang taik,sapa tahu..
Baru jawatan peringkat negeri,itupun majoriti bukan parti anda yang layak memerintah..jangan la fudul(menyibuk)sampai urusan kawasan orang lain pun kamu campur.
Sudah-sudahla..hentikan lah tabiat buruk anda.Anda pasti akan tersungkur dalam keadaan yang sangat-sangat hina!

GILA KUASA

Kenapa masih ada syed yang gilakan KUASA?Syed yang sangat gila-gila kan kuasa ni pulak,bukan lah di kalangan syed yang hebat dan berpengaruh sangat pun.
Dalam blog ni,ana memberi AMARAN dan per iNGATAN!Tolong lah serah urusan yang anda tak boleh dan tak layakpikul kepada yang ahli dan berhak..
INGAT!Tok nenek kita datang ke sini untuk berdakwah,membawa kasih sayang.bukan menjajah!
Kalau setakat berpangkat dato'(mungkin beli),main politik murahan yang dah tak ada apa-apa pengaruh kecuali di bahagian anda..itupun tak pernah menjadi calon yang betul-betul di iktiraf rakyat..ukur-ukur sendiri lah baju di badan anda!
Simpanlah pangkat anda!simpanlah harta anda!sebab kalau kata di akhirat nak di tanya pun,anda mungkin golongan ke berapa ntah yang akan dipanggil pasal anda bukan pemimpin pun,apa lagi pemimpin yang hebat!!
WASSALAM..

Ahad, 3 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Alhamdulillah,tahun dah berganjak,maka usia pon berganjak,bila usia dah berganjak maka Amal ibadah kita lah bagaimana?sebab Nabi bagitau kalau kita nak jadi umat baginda yang paling terbaik,apabila kita Dipanjangkan umur oleh ALLAH,Maka bertambah-tambah la kita taat kepada ALLAH,Kalau taat masih ditakuk lama,apalagi makin kurang,apatah lagi takdak langsung..Maka sesal lah sebelum tibanya waktu ALLAH tidak layan kekesalan kita.Tahun baru memang amat di galak dan di suruh oleh baginda Nabi(saw)untuk berazaam,tapi bukan azam azaman azamlah seperti yang telah di ajar baginda dalam sebuah hadith yang telah di catat dan bahas oleh Al Imam Nawawi dalam kitab hadith 40..di awal-awal hadith.
Baca,hafal dan faham kan lah betul-betul hadith tersebut,mudah-mudahan dengan bertambah umur dan kehidupan kita di dunia ini,akan bertambah juga lah taat bakti kita kepada MAHA PENCIPTA kita ALLAH(swt).
Wal afu