Khamis, 21 Januari 2010

Al Kisah Masjid Arab P.Pinang

Ada sebuah masjid yang sederhana terletak di negeri Pulau Pinang.Masjid ni di urus tadbir oleh komuniti arab-arab di Pulau Pinang..tak kira lah mereka tu syed ka sheikh ka..yang penting majoriti jawatankuasa pentadbiran masjid itu berbangsa arab..seingat ana antara Pengasas dan pengusaha pembangun masjid tersebut Almarhum Shieikh Husein Rafei'..Beliau antara tokoh ugama di pulau pinang..oleh kerana commitee orang arab,maka jadilah nama masjid tersebut masjid arab.

Masjid arab juga mempunyai Imam di kalangan bangsa Arab..beliau adalah Habib Mustaffa Alhaddad.Habib Mustafa menjadi Imam disana lebih kurang 2atau3 tahun.Alhamdulillah ramai jemaah menyayangi beliau kerana mereka bukan sahaja dapat bersolat jemaah disana,tetapi Habib Mustafa juga berjasa dengan anak-anak mereka sehingga anak-anak para jemaah masjid arab boleh membaca AlQur'an dengan lancar dan baik.Habib Mustafa di bantu oleh seorang Bilal atau noja yang dikenali sebagai Pin.
Pada mulanya,hubungan mereka amat baik sekali..Pin sangat-sangatlah menghormati Tuan Imam Habib Mustafa..setelah Habib Mustafa mendirikan rumahtangga..maka commitee memutuskan tingkat atas masjid berkenaan sebagai kediaman Imam.
Masjid arab terletak di tengah-tengah pekan pulau pinang,lokasinya sebuah rumah kedai dua tingkat..Lantai bawah di jadikan ruang solat,dan lantai atas sebelum kediaman Imam sebagai setor atau dapur masjid.Lantai atas besar..maka Pin sang bilal/noja masjid tersebut menjadi irihati kerana tidak diberi peluang untuk mendiami tingkat dua masjid tersebut..krana Pin dah lama kahwin,anaknya ramai..dan Habib Mustafa baru berkahwin.
Macam-macam fitnah dan tuduhan dilemparkan terhadap Tuan Imam supaya dapatlah beliau tinggal di lantai dua masjid tersebut,nak jadi cerita,fitnah si Pin telah di tanggapi oleh Pengerusi Masjid dan sebahagian AJK-AJK Masjid Arab.Akhirnya Pengerusi memanggil Tuan Imam tanpa menyatakan sebab dan menujukkan sebab,Tuan Imam terus di pecat..Para Jemaah masjid arab sangat-sangat terkejut apabila mendapat berita Tuan Imam dipecat tanpa ada sebarang sebab yang kukuh..maka mereka beramai-ramai datang berkampung di masjid berkenaan..ada yang melahirkan simpati dengan memberikan makann seperti beras gula dan sebagainya..ada yang memberi sokongan moral supaya tuan Imam membawa perkara ini ke mahkamah..akhirnya Imam Habib mustafa pun membawa kes ini ke mahkamah.
Mereka para AJK pulak seboleh-boleh tak mahu mengaku kalah..sehingga suatu hari,mereka membawa seorang sayyid yang memang datang dari hadramaut..kebetulan masyarakat dan jemaah masjid berkenaan sangat-sangatlah kenal dengan sayyid tersebut.(perkara yg keji la,nak crita tak baik,org tu dah meninggal dunia pun).Sayyid yang mereka bawak tu sebagai pengganti Habib Mustafa sebagai Imam Masjid Arab.Maka Habib Mustafa meminta sendiri jemaah-jemaah masjid arab memilih siapa yang mereka mahukan sebagai Imam.Dan Jemaah memilih Habib Mustafa.
Ringkaskan cerita,suatu hari Habib membeli suratkhabar berita harian..suratkhabar tu pulak tidak pernah beliau baca..dan pembelian tu adalah sebagi satu kebetulan.
Tiba-tiba didalam ruangan iklan suratkhabar tersebut ada sebuah iklan..iklan itu menghebahkan bahawa sebuah surau di tengah-tengah kuala lumpur amat memerlukan Imam.setelah berbincang dengan isteri maka Habib Mustafa membuat keputusan untuk menghadiri temuduga di surau berkenaan..maka nyata temuduga tersebut membuka nafas baru untuk kehidupan Habib Mustafa sekeluarga.yang menemuduga beliau waktu itu adalah Alfadhil Alustaz Ismail Kamus,Datuk Abdurrahman Abbas dan Arwah Tan Sri Yusuf..dan merka bertiga ni bukanlah calang-calang orang dalam kefahaman mereka kepada ugama.
Setelah Habib di terima bertugas sebagai Imam secara rasmi di surau baitul aman kuala lumpur..bermula lah episod baru dan bahagia Habib sekeluarga di baitul aman.Beliau bekerja dibawah pentadbiran tokoh-tokoh yang Tawaduk dan penyayang..suasana hidup Habib Mustafa sekeluarga bersama jemaah datuk,tan sri tengku di jalan damai amat harmoni bagai sebuah keluarga.Walhasel tiada Sayyid dan arab di kalangan mereka..
Dua puluh tiga tahun dengan tanpa meminta imbuhan dan habuan yang tinggi,Habib berkhidmat di baitul aman..sayangnya..masuk saja puak-puak syed(habib habiban ni)suasana menjadi kelam kabut..Habib Mustafa mula di kebelakangkan..segala keputusan yang berkaitan dengan masjid,sepatutnya tanggungjawab Imam,mereka lakukan tanpa berbincang dengan Habib selaku Imam di situ..tak cukup dengan tu,akhirnya mereka berniat untuk menyingkir Habib Mustafa dari baitul aman.Mereka-mereka itu lah waris kepada puak-puak sayyid yang memecat Habib Mustafa ketika di masjid arab..
Bayangkan lahh....apa maksud dan motif mereka mengganggu kehidupan Habib..sedangkan dari keduniaan mereka sangat-sangatlah mewah....

3 ulasan:

  1. Nota=Yang memecat Habib Mustafa..Almarhum Tan Sri Syed Abbas Alhabsyi..beliau pernah bertemu habib mustafa di kl,dan melihat kehidupan habib di sini lalu memohon maaf.antara AJK yG Terlibat dlm pemecatan habib..Almarhum Tuan Syed Sheikh Aljunid..mereka yg lain yg tk perlu ana sebutkan stelah peninggalan habib mustafa,masing2 di uji ALLAH Dgn mcm2 kejadian..ada yg kantoi khalwat ngan org gaji..ada yg mati trjatuh ktika mabuk dan sbagainya.dan nama-nama yg ana sbutkan,marilah sama2 kita hadiahkan Fatihah..

    BalasPadam
  2. Ana rasa kisah-kisah seperti ini tidak perlu untuk paparan umum, segala yang berlaku ada hikmahnya, eloklah kita merapatkan hubungan silaturrahim sesama Habaib...jangan di ungkit perkara lama ....sabarlah dalam menghadapi dugaan Allah.

    BalasPadam
  3. syukran atas teguran tapi afwan ana tetap rasa perlu utk menyedarkan habaib koprat yg dah tenggelam dgn harta mereka.

    BalasPadam