Rabu, 30 Disember 2009

HABIB HAKIKI

Salam..
Mungkin ada orang yang merasa tak perlu ana tuliskan cerita-cerita semacam ini..kerana ia akan menjadikan orang yang sedang membara-bara api kebencian kepada golongan sayyid bertambah benci.Dan mungkin juga akan ada orang memikirkan yang perlunya cerita-cerita yang semacam ini,kerana ianya mungkin akan menjadikan golongan sayyid itu lebih merendahkan diri dan akan kembali mentelaah diri.
So bagi ana yang fagir lagi hagir ni(cewah tawaduk la pulak)dua-duanya ana terima,kerana golongan yang amat hasad dengan sayyid ni,adalah golongan yang di pilih ALLAH untuk menegur dan membaiki keturunan Kekasih ALLAH.Kerana tanpa adanya para hasidin,para pembenci maka tak lengkap dan tak sempurna lah keSayyidan mereka.Sebab kalau kita baca sejarah, dari Sayyidas Sadaat(saw)hinggalah ke peristiwa hijrah AlImam Muhajir ilallah semuanya di penuhi dengan bermacam-macam ranjau.Semuanya dapat merasai akan apa yang telah di rasa oleh Datuk mereka Habib Rabbil Alamin(saw).Mereka mencapai magam yang tinggi dan mulia di sisi ALLAH kerana golongan hasidin ini.Paling dekat sekarang kita masih lagi dalam bahang 10 muharram,tak perlulah ana memanjang lebar,kerana peristiwa yang telah berlaku pada tarikh tersebut antum sangat-sangatlah mengetahuinya.Cuma ana nak petik sebuah hikmah dalam peristiwa tersebut bahawasanya datuk ana dan antum,Al-Imam Husein(ra)mencapai magam Siddigin dan Syuhada',dek kerana penghasad dan dan pembenci kepada keturunan Junjungan Agung Sayyidina Muhammad(saw).Apa yang ana faham,sekiranya ALLAH tidak mengendahkan cucu cicit KekasihNYA,Maka dah lama ALLAH akan membiarkan mereka hidup dalam kerosakan dan kesenangan dek kerana semua umat manusia mengasihi mereka.Bezanya kasih KHALIQ dan kasihnya MAKHLUQ adalah di dalam ujian..dan ujian adalah sesuatu yang amat perit di tempuh dan di lalui oleh tabiat insan.Banu Ishaq(yahudi)menjadi rosak,dan ALLAH membiarkan mereka terus rosak kerana mereka tidak di benci malah di kagumi seluruh dunia sehingga mereka ghurur(merasa keturunan paling hebat dan mulia).
Dan perkara yang kedua adalah apabila seorang Sayyid yang merasakan dirinya adalah Sayyid maka mereka akan berusaha bagaimana menjadi seorang Sayyid.Bagaimana Sayyid menghias bumi ALLAH!Bagaimana mereka menghiasi siang mereka dengan bekerja menuntut keredhaan ALLAH,Bagaimana mereka menghias malam mereka juga dengan menuntut keredhaan ALLAH.Hayatilah perjalanan Imam Ali Zeinalabidin,Imam Muhammad Bagir,Imam Ja'far Sadig,Imam Muhajir Ahmad,Imam Fagih Mugaddam,Imam Abd Gadir Jailani,Imam Haddad dan yang lain-lain Ridhwanullah 'Alaihim.
Kalau sudah sampai Jumpa perjalanan mereka walaupun bukan seluruhnya maka itulah tujuan ana dan antum di kurniakan ALLAH pertalian darah yang amat-amat tinggi harga dan nilainya Dan itu lah Sayyid hakiki,Itu lah Habib yang hakiki.
Sayyid yang sudah jumpa perjalanan dan yang sedang menuju ke perjalanan,maka hari-hari mereka akan sentisa di penuhi dengan perkara yang menguntungkan ummat bukan diri sendiri.
Keuntungan umat adalah di khidmat antum pada umat.Kerugian umat adalah di kepentingan diri para Sayyid.Penting diri bermakna mintak di kasihi tetapi tidak menghargai kasih sayang.
Penuhilah waktu kita dengan melebihkan kepentingan ummah.Penuhilah masa kita dengan menghargai seluruh makhluq ALLAH di bumi maka kita akan dihargai oleh seluruhnya.
Sharifah yang tidak menghargai pertalian dengan Ummaz Zahra',bagaimana mahu dihargai,Sharifah yang tidak memelihara kesucian dan kehormatan Al Batul(ra) bagaimana mahu di sucikan dan di hormati,Pelihara lah kehormatan dan kesucian itu dengan meneladani dan mengikuti segala perkara yang pernah di lakukan oleh Kekasih Rasul Fatimah Al Batul(ra)serba serbi(di tutur kata,pakaian dan segala2nya).
Dan bagaimana mungkin Sharifah akan melakukan semua perkara tersebut jikalau Sayyid sendiri tidak menunjukkan dan memulakannya dahulu.hehe panjang lebar dah ana berleter ni,mohon ampun kalau-kalau tertunjuk pandai..apa-apa pun itu lah yang ana rasa perlu untuk di luahkan supaya sekurang-kurangnya,jika tiadalah manfaatnya bagi antum,tetapi amat-amatlah bermanfaat untuk diri ana dan keluarga..Wallahu A'lam..

Isnin, 28 Disember 2009

HABIB HARTA

Ada sikit lagi cerita pasal habib habiban ni..yang ni lagi parah dari post yang semalam.
Bila kita sebut syed dah tentu orang faham yang mereka berketurunan nabi(saw),bila mereka keturunan nabi sudah pasti la mereka ini berbangsa arab sebab nabi berbangsa arab.Tapi dek kerana dah berbelas keturunan bermustautin di tanah melayu,maka syed-syed yang ada sekarang sudah kurang lah arabnya,mestilah seluruh kehidupan mereka jadi melayu.Tapi yang ana musykil ni..walaupun asal usul mereka arab maka dek kerana duduk di tanah melayu kehidupan mereka jadi orang putih pulak dah,malah kadang-kadang lebih dahsyat dari orang putih yang tinggal di tanah melayu.Cuba antum bergaul dengan golongan syed yang hartawan,sumpah dia akan speeking english punya..hehe.kita ajak cakap melayu,dia balas sepatah dan yang berpatah-patah lagi bahasa orang putih.Kalau setakat bahasa tak apalah,ni semuanya orang putih(pakaian,makanan dan cara hidup)..ana sangat-sangat musykil..
Ok lah bila dah majoriti syed ni dah macam orang putih,tiba waktu mereka nak meng ARABkan kembali diri mereka,dah susah lah.
Bukti nya ana pernah hadir dalam sebuah majlis..sudah menjadi adat kami,bila duduk dalam majlis di situ ada orang tua maka kita beri penghormatan kepada mereka dengan meletakkan mereka di hadapan mengadap jemaah yang hadir dalam majlis.
Kalau di tarim,mereka yang dikedepankan biasanya orang tua yang terkenal dengan keSALEHannya apatahlagi yang tinggi ilmu dan adabnya nya.Kerana kita di malaysia ketandusan orang tua yang sebegini,maka cukuplah sekadar orang tua kita kedepankan.
Masalah nya orang tua yang di kedepankan tu,dah la tak cukup terkenal dengan kesolehan..ilmu lagi lah..Duduk aja lah diam-diam di depan..toksah nak buat-buat pandai semua perkara.Kalau diam lagi selamat.
Ana malu dengan satu kejadian yang ana sendiri hadir,orang tua ni tak mau kalah dengan anak-anak muda yang punya ilmu yang tinggi..maka ambik lah dia kesempatan untuk memimpin bacaan doa.Doa tu pulak dalam bahasa arab siap dengan baris..apa yang ana dapati orang tua ni baca sangat-sangat mengesalkan ana..kalau setakat tak fasih bahasa arab,ana tak hairan pasal dah biasa cakap omputih,so lidah pun dah keras macam kayu gaharu.Ini dari mula bacaan nya sehingga akhir,salah semua.
Kalau lah ada orang yang masyhadnya tinggi terhadap habaib,dan mereka hadir dengan harapan yang tinggi,kebetulan juga ilmu mereka amatlah tinggi..Siapa Yang Malu?
Lebih baik dok diam jaga kemaluan daripada menyibuk sambil tunjuk kemaluan.
Majlis ilmu bukan untuk orang kaya,ilmu juga bukan untuk orang kaya bahkan ahli ilmu juga bukan untuk orang kaya!Maka apbila antum duduk di taman-taman ilmu,cari lah orang yang akan memimpinnya adalah di kalangan ahli.Tak guna juga kita kedepankan orang-orang hartawan kerana manfaat mereka di majlis itu pun tak lah sebesar mana pun..manfaat mereka hanya lah sekadar menanggung makan dan minum hadirin ke majlis.
Kami di tarim pun beratus-ratus majlis ilmu yang tanpa di sediakan makan minum pun orang tetap hadir kerana sekurang-kurangnya dapat berkat hadir dan duduk bersama ulama' dan orang-orang soleh.Wallahu A'lam..wal afu..

NAK JADI HABIB LA SANGAT

Assalamuaikum..
Sebut-sebut tentang nama blog ni,ada la kawan-kawan bertanya apa kena mengena tajuk blog ni dengan segala tulisan-tulisan yang ana post kat sini.Maka ana jawab ada kena mengena,cuma untuk tidak mengeruhkan keadaan,ana hanya gunakan bahasa-bahasa kiasan sahaja supaya tiada sesiapapun yang akan marah dan tersinggung,bagi ana cukuplah orang-orang yang kenal dan faham ana sahaja akan faham dengan maksud tersirat di sebalik tulisan ni.
Untuk pengetahuan antum,segala tulisan-tulisan yang ana kongsikan di sini adalah perkara yang berkaitan dengan apa yang telah berlaku dan sedang berlaku,dan mereka-mereka yang ana maksudkan di sini adalah dari golongan habib.
So maksud habib di sini mengikut kefahaman ana adalah keturunan sayyid,atau di malaysia kita sebut syed.Habib di gunakan kepada sayyid yang sudah tua umurnya dan juga yang tinggi ilmu agamanya.Itu yang ana faham la..Pasal di tarim bukan semua syed di panggil habib,dan bukan semua sayyid yang masih muda tidak di panggil habib.Mereka akan di gelar habib apabila mereka mengasihi orang sehinggalah mereka di kasihi.
Tapi sekarang tidak lagi.Ana menulis dengan apa yang ana nampak,dengar dan rasa.Kat malaysia ni banyak sayyid yang dah tak tau malu,tak ada perasaan..sudah bodoh lagi sombong..Itu yang ana istilahkan mereka ni habib habiban.(syok orang panggil habib)
dah title habib ni macam tan sri la pulak..kalau ada puak yang kenal,yang biasa menghadiri majlis anjuran mereka tapi tak panggil mereka habib,maka puak-puak ni akan di gelar tak muhibbin.Maknanya syed yang ada sekarang ni,hanya mahu orang lain muhibbin(cinta kat depa)tapi mana muhibbin nya syed ni kepada para muhibbinnya?
Jangan nafikan tulisan ana ni,kerana penafian anda akan menjadikan anda lebih angkuh dari sebelum ni.
Nabi di cintai kerana baginda mencintai.Tok nenek kalian di cintai kerana mereka mencintai.So kalau antum mahu di cintai.kerana kecintaan pada zat antum sebagai darah keturunan baginda rasul itu adalah fardhu,maka cintai lah semua umat muhammad.Mencintai semua ummat Muhammad(saw)bukan memilih puak-puak kalian sahaja di dalam apa-apa urusan,tetapi mencintai mereka adalah dengan melaksanakan hak-hak mereka(berlaku adil).
Umat tidak perlu habib surah(nama),tapi umat perlu habib yang membawa mereka ke jalan terang.Jap lari tajuk jap,kenapa antum melenting bila tuan guru nik aziz menegur antum?salah kah nik aziz bercakap jujur?salah kah nik aziz membangunkan antum dari tidur?agaknya habib-habib kita ni hanya suka dengan orang-orang yang bodek,puji melayut dan sebagainya.
Ingat!orang-orang yang betul-betul sayangkan antum,adalah orang yang berani bercakap jujur apabila melihat antum menyimpang!
Pendekkan cerita lah sebab mata pun dah tinggal suku inci ja nak bukak.Jangan terlalu sibuk nak suruh orang hormat dan cinta kita,pada masa yang sama kehormatan kita sendiri telah kita cabul.Letak lah diri kita pada kadar kita(ukur baju badan sendiri).Kalau kita takdak ilmu,maka hormatilah orang yang ber ilmu walau pun mereka bukanlah syed.Kerana ukuran yang sebenar di sisi ALLAH adalah Taqwa..dan mustahil orang yang jahil tinggi Taqwa nya berbanding orang Alim.
Wallahu A'lam..Wal afu..

Ahad, 27 Disember 2009

MACAM-MACAM HAL

Assalamualaikum...
Tajuk ni berkenaan dengan kisah-kisah atau lagat manusia di akhir-akhir zaman ni,tak kira la sapa pun mereka,ustaz ka,ahli politik ka,peniaga ka semuanya ada bermacam-macam hal tersendiri.Tapi yang kita nak fokus ni ustaz la,pasal di kalangan empat yang di sebutkan tadi,ustaz lah yang lebih sikit dari mereka.
Cerita pasal ustaz ni,boleh jugak la kita sebut pendakwah..sebab ustaz mesti berdakwah,dan pendakwah tidak semesti nya ustaz.Yang jadi hal nya,bila pendakwah itu ustaz,sudah semestinya lah mereka ini menguasai banyak bidang ilmu.Tapi yang hairan nya,zaman sekarang,Para Ustaz pendakwah-pendakwah kita seolah-olah menggunakan platform dakwah untuk maslahat peribadi..Contohnya golongan-golongan yang baca tak sampai 10 000 buah kitab pun mahu menonjolkan diri masing-masing dengan sewenang-wenang meng-AL kan diri mereka,So apa yang kita nampak depan mata kita,sekarang ni dah jadi trend,bila sebut ustaz polan al hadrami,al yamani,kalau pakai al jenderami ka,al rembawi ka allembahi keramati ka takpa la jugak.Ni idung dah sama saiz pipi ngan telinga,apa yang nak di hadrami kan..Alhadrami yang biasa orang tau dan faham,berketuranan dari hadramaut,negeri di selatan Yaman.
Persoalan nya,Apa maksud kita memakai gelaran-gelaran sedemikian?kalau masyarakat yang menggelarkan tak pa lah jugak..ni kita sendiri yang bubuh tanpa arahan sesiapapun.Adakah untuk mempromosi diri?kalau itu niat andanmaka layaklah taraf anda di samakan dengan artis/selebriti.Buat apa kita sibuk mempromosi diri di khalayak dengan berjubahkan rasul dan ulama' sedangkan anda bukan pun di kalangan mereka..
Sahabat sekalian!selagi antum berdakwah untuk memberitahu sahabat yang lain anda mempunyai 10 000 anak murid,maka tidak ada apa-apa yang akan kamu kecapi melainkan 10000 anak murid lah,begitu juga jika anda berdakwah untuk membina sebuah pondok,kemudian kamu jaja hingga 7 keturunan yang yang pondok itu terbina hasil qorban dan susah payah anada,maka pondok itu lah yang selayak nya untuk anda.
Sahabat sekalian!Berdakwah lah kerana Dakwah itu Perintah ALLAH dan RASUL!Berdakwah lah,kerana itu lah kerja rasul dan salafussoleh.Jangan berdakwah untuk mengukir nama(mencari kemasyhuran),jangan berdakwah untuk mengumpul lalu menyimpan ummat!apatahlagi berdakwah supaya hidup sentiasa di sponsor!!.
Akhir nya umat yang akan berselerak kerana karenah-karenah pendakwah seperti ana dan antum..Wallahu a'lam..Wal afu.

Sabtu, 26 Disember 2009

Thorigah Al-Ba’alawi

Adalah sebuah Tharigah yang berpegang kepada prinsip Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang bersumber dari para Sahabat yang mulia, Tabi’in dan para pengikut Tabi’in yang utama.
Mempelajari hukum-hukum yang wajib bagi setiap orang muslim.
Mengikuti jejak langkah Nabi SAW yang dapat diketahui melalui perilaku beliau.
Berpegang teguh pada syariah yang bersandarkan pada perbuatan dan ucapan yang baik dan terpuji serta mencegah agar tidak terpengaruh oleh pikiran dan adat kebiasaan yang buruk
Maka untuk itu semua yang harus dilakukan oleh setiap orang yang mengikuti thariqah ini adalah:

Menuntut ilmu dengan didasari atas ketaqwaan.
Mencegah diri agar tidak memperturutkan hawa nafsunya.
Mengikuti thariqah ini dengan sebaik-baiknya.
Menjaga diri dalam menghadapi berbagai golongan dan berhati-hati dalam menghadapi berbagai ikhtilaf yang terjadi serta mengambil dari apa yang patut atau bermanfaat untuk dirinya, sebab Thariqah Alawiyah adalah suatu thariqah yang amat mulia yang telah dibina oleh para saadah Ba’alawi dari generasi ke generasi dan setapak demi setapak dari ayah ke datuk nya dan seterusnya sampai kepada baginda Nabi Muhammad SAW.
Oleh sebab itu banyak di antara para pendahulu kita yang sampai pada derajat (maqom) ijtihad, bahkan tidak sedikit yang sampai pada derajat tertinggi dari tingkat para wali yaitu derajat (maqom) as-sidqiyyah al-kubro. Begitulah keadaan mereka, selalu berjalan di jalur yang telah dilalui oleh para pendahulunya tanpa adanya penyimpangan sedikitpun.

Pada dzahir-nya mereka menjalankan ilmu-ilmu dan mengamalkannya, dan pada batinnya mereka selalu berusaha memantapkan derajat kedekatan kepada Allah dan menjaga keadaan hati (al-ahwaal). Sedangkan tingkah laku mereka adalah selalu menjaga keadaan-keadaan batin agar jangan sampai mengalami degradasi. Dan ilmu mereka adalah sesuai dengan yang diajarkan oleh para ulama.

Mereka tidak ingin menampakkan keadaan mereka yang sebenarnya. Mereka selalu ingin mendekatkan diri mereka kepada Allah Ta’ala dengan cara memberi wasiat yang baik kepada sesama manusia seperti bertaqwa pada Allah. Mereka juga mendekatkan diri mereka kepada Allah dengan banyak berdzikir, memakai khirqah (pakaian kesederhanaan yang biasanya dipakai oleh kaum sufi), ber-khalwat (menghindarkan diri dari kenistaan tingkah laku manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala), juga dengan mujahadah (memerangi hawa nafsu). Selain itu, mereka juga saling mengikat tali persaudaraan karena Allah Ta’ala. Cara mereka dalam bermujahadah adalah dengan membersihkan hati mereka dari segala sesuatu yang tidak baik, mempersiapkan diri untuk mendapatkan karunia-karunia dari Allah Ta’ala, dan selalu berjalan diatas jalan yang telah mendapat petunjuk.

Diantara mereka para Saadatuna Ba’alawy dalam dakwah mereka untuk mengajak manusia sesuai dengan yang mereka jalani adalah dengan cara mengadakan majlis-majlis ilmu. Selain itu, ada pula dengan cara ikut bergaul dengan masyarakat sambil menyebarkan dakwah mereka dan memberi manfaat bagi masyarakat.

Mereka adalah suatu golongan yang siapapun bergaul atau berkumpul dengan mereka maka dia tidak akan tersesat atau merasa terhina. Sedangkan orang yang memisahkan diri dari mereka baik orang tersebut dari golongan mereka atau tidak maka orang tersebut akan dikumpulkan nanti pada hari kiamat dengan golongan yang ia ikuti. Hal ini sesuai dengan hadist Nabi SAW bahwa seseorang akan dikumpulkan dengan orang yang dicintainya nanti pada hari kiamat.

Maka oleh karena itu kamu akan menyaksikan mereka melakukan amalan yang wajib dan meninggalkan segala hal-hal yang diharamkan. Mereka selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan seluruh perbuatan yang disunnahkan dalam agama, dan menjauhkan diri dari perbuatan yang makruh menurut syariat. Mereka, bahkan, meninggalkan yang sesuatu yang mubah (hal-hal yang boleh dilakukan) bila di dalamnya masih mengandung nuansa syahwat.

Mereka menghiasi diri mereka dengan budi pekerti dan sifat-sifat yang luhur. Mereka menghilangkan dari diri mereka segala sifat-sifat buruk dan aniaya sehingga nampaklah dari mereka karomah seperti mereka bisa mengetahui hal-hal yang ghaib dan sebagainya yang diluar jangkauan akal manusia biasa. Sebenarnya mereka tidaklah menginginkan karomah yang luar biasa itu tampak dari mereka. Mereka merasa bahwa dengan beristiqomah dalam amalan mereka itu maka cukuplah hal itu adalah suatu karomah. Tetapi tampaknya karomah mereka itu merupakan suatu bukti dari Allah Ta’ala bahwa mereka inilah pewaris dan pengikut yang sempurna dari jejak Nabi Muhammad SAW.

Wahai saudaraku sekalian, berusahalah dengan sekuat tenagamu untuk berjalan diatas thariqah yang mulia ini, karena sesungguhnya untuk mengikutinya dengan sempurna memang sangatlah sulit bagi orang awam kecuali orang yang telah diberi karunia oleh Allah Ta’ala seperti para Auliya yang tinggi kedudukannya di sisi Allah Ta’ala, seperti yang disabdakan oleh Rasul SAW,

“Luruskanlah, dekatilah, gembirakanlah (objek dakwahmu) dan ketahuilah olehmu sekalian bahwa sesungguhnya seseorang tidak akan masuk surga disebabkan oleh amalannya, begitu juga aku, kecuali Allah telah memberikan rahmat dan ampunanNya padaku.” (H.R. Imam Ahmad)

Diriwayatkan di dalam hadist Bukhori dan Muslim dari Sayyidatina Aisyah RA berkata (mengenai hadist tersebut diatas) yaitu “dekatilah” bahwa beliau SAW tidaklah mengatakan kira-kiralah, sempurnakanlah, selesaikanlah suatu urusan itu sampai pada puncaknya. Hal itu disebabkan oleh keterbatasan manusia dalam melaksanakan suatu amalan. Oleh sebab itu seseorang apabila mendekati suatu urusan maka bagaimanapun juga dia akan mendapatkan balasan dari urusan itu.

“Ya Allah, berilah kami taufiq untuk mendapatkan keridhoanmu, dan jadikanlah kami orang yang engkau cintai, dan berilah kenikmatan dari curahan rahmatmu. Amiin”

Barang siapa ingin mengetahui keadaan orang-orang yang mempunyai silsilah emas (para Wali Allah ), maka bacalah bagian akhir dari kitab Asaasul Islam, dan barang siapa yang ingin mengetahui riwayat hidup mereka, silahkan membaca kitab Kanzil Baroohin dan Masyrour Rowy.

Berkata Sayyidina Syaikh Al-Ja’fari dalam syairnya:

Sesungguhnya jalan yang benar sangatlah mudah untuk dilalui
Oleh orang yang mendapatkan nur ilahi dalam perbuatan dan perkataannya
Mereka melihat jalan lurus terbentang didepan matanya
Yang tidak ada lagi jalan yang lebih benar dari pada jalan itu
Jalan itu tidak akan didapat hanya dengan mengingat dan berpikir
Atau dengan ajakan dan mengikut hawa nafsu untuk saling berbantahan
Tidaklah para penyeru ke jalan ini mendapatkannya
Kecuali dengan hati yang bersih dan menghapus segala yang merusaknya

[Diambil dari Al-Maslak Al-Qorib, karya Al-Imam Thohir bin Husin Bin Thohir Ba'alawi]

KEUTAMAAN AHLA BAITIN NABI MUHAMMAD(saw)

Ketika Al-Imam Syafi’ie dituduh termasuk pengikut golongan Rofidhah (Syi’ah), kerana beliau mencintai dan menghormati Ahlul Bait, beliau menjawab dengan syair yang artinya : “Jika yang dimaksud dengan golongan Rafidhah hanya semata-mata mereka yang mencintai Ahlul Bait, maka saksikanlah wahai bumi dan langit, bahawa aku adalah termasuk dari golongan Rofidhah.” Ada banyak sekali hujjah mahupun Hadits-Hadits yang menyatakan keutamaan Ahlul Bait, bahkan al-Imam as-Suyuthi menulis sebuah kitab yang khusus memuat beberapa Hadits yang menunjukkan keutamaan Ahlu Bait. Berikut fagir kutip beberapa Hadits. “Perumpamaan ahli bait-ku, seperti perahu Nabi Nuh. Barang siapa yang berada di atasnya ia akan selamat, dan yang meninggalkannya akan tenggelam.” (H.R. Thabrani) “Aku meninggalkan kepada kamu semua yang apabila kamu semua ber pegang teguh tidak akan tersesat. Kitab Allah, dan keturunanku.” (H.R. Turmudzi) “Umatku yang pertama kali aku beri pertolongan (Syafa’at) kelak di hari Kiamat, adalah yang mencintai Ahli bait-ku.” (H.R. al-Dailami) “Didiklah anak-anak MU atas tiga hal. Mencintai Nabi MU. Mencintai Ahli bait-ku. Membaca al-Qur’an. (Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Mardaweih, dan at-Thabrani dalam kitab tafsir-nya) Ketika turun ayat: “Katakanlah wahai Muhammad, Aku tidak meminta balasan apapun dari kamu semua melainkan cinta kerabat.” Kemudian Ibnu Abbas ra bertanya pada Rasulullah: Wahai Rasulullah, siapakah yang dimaksud dengan kerabat yang wajib kami cintai? Rasulullah SAW menjawab: Ali, Fatimah, dan anak keturunannya. Demikian sebagian dalil-dalil dari Hadits Rasulullah SAW yang secara jelas menyatakan keutamaan Ahlu Bait. Bagaimana tidak, di dalam jasad mereka mengalir darah yang bersambung kepada makhluk yang paling utama, kekasih Allah, Rasulullah SAW. Untuk lebih jelasnya lagi, fagir menganjurkan antum untuk membaca sendiri kitab al-Imam as-Suyuthi yang berjudul Ihya’ al-Mayt fi Fadha’il Ahlil-Bait, yang memuat 60 Hadits tentang keutamaan Ahlu Bait. Semoga penjelasan ini, menjadikan kita semua ditakdirkan sebagai pencinta Rasulullah SAW dan para keturunannya, sehingga kelak akan mendapat Syafa’at dari Rasulullah SAW, sebagaimana yang Baginda SAW janjikan. Amin.

SAMBUNG CERITA HAL AJK MASJID

ALHAMDULILLAH,perut pun dah kenyang,baru lepaih pekena nasi lemak ngan kopi radix,biaq segaq mata ngan otak di pagi yang ceria ni.
Ok sambung balik cerita Tok Imam kita tadi..di ringkaskan cerita,suatu hari Pengerusi bagi penggal 2000m ada terima surat dari jab agama..surat tu meminta agar mengadakan mesyuarat baru untuk membentuk sebuah AJK sesi baru.Ada lah salah faham sikit dari pihak Pengerusi dan jawatankuasa lalu,maka mereka membuat keputusan untuk tidak meneruskan khidmat mereka.Maka terkapai-kapai lah Tok Imam ni,sebab segala amanah sudah terletak di bahu beliau.
Setelah berbincang dengan jab agama,maka jab agama menyerahkan sepenuhnya kepada Tok Imam untuk mencari sesiapa yang layak untuk memegang amanah sebagai AJK.Tok Imam pun ikhtiar la mencari,akhirnya jumpa seorang anak muda,yang kebetulan ada pertalian keluarga ngan Tok Imam..Oleh kerana Tok Imam amat-amatlah kenal hamba ALLAH ni,malah ayahandanya juga adalah rakan baik kepada Tok Imam.Maka Tok Imam pun menawarkan dia untuk menggalas amanah masjid,dan dia pun bersetuju.
Maka pada mulanya pentadbiran pun berjalan dengan lancar..Setelah beberapa penggal memikul amanah sebagai AJK,terus terang apa yang ana lihat dan dengar dan rasa,anak muda tadi bukan sahaja mula menjauhkan diri dari masjid..banyak urusan-urusan yang patut dia uruskan tergendala malah di uruskan oleh orang lain.Lagi pulak,kerja yang takdak kena mengena dengan dia,dia sibuk buat..Dia kutip ntah mana-mana punya hamba ALLAH,Di lantiknya sebagai Pembantu Imam,tanpa persetujuan dan permintaan dari Tok Imam serta AJK-AJK yang lain..malah dia sendiri putuskan untuk masjid mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar gaji pem imam tersbut.Pembantu Imam ni pulak ok lah,sijil memang bergulung-gulung,tapi dari segi bacaan,disiplin dan akhlaq dengan para makmum..hampeh..kalau ada PHD sekalipun kalau seseorang itu althagh(tidak dapat melafazkan ra' dengan baik)tak guna jugak..apatahlagi tidak baik keseluruhan bacaannya..sehingga artikel ini di taip,lebih dari 40 makmum yang mahukan pembantu imam ini keluar dari masjid..Apabila di tegur Tok Imam,dia tak terima.Maka dengan rasa tanggungjawab,maka Tok Imam pun ambil keputusan untuk menggantikan orang yang lebih baik dan layak untuk menggantikan tempat seorang AJK yang gila kuasa dan bodoh sombong tadi..
Bila si AJK ni dapat tahu yang dia nak di tukar,dia melawan..mula-mula dia ajak AJK-AJK yang lain adakan mesyuarat khas untuk memecat Tok Imam yang melantiknya dahulu..Tapi perbuatannya tadi tak berjaya sebab tak ada alasan kukuh dia boleh memecat Tok Imam yang tidak pernah melanggar undang-undang baik syara' maupun dunia.
Ringkaskan cerita,orang-orang yang bodoh dan gila kuasa,ataupun orang yang bukan ahli tetapi mahu jugak memikul tanggungjawab,mereka tidak akan dapat kekal dengan sifat rakus mereka.Akhirnya penipuan,penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa sang AJK yang rakus tadi,terbongkar sedikit demi sedikit.
Artikel ini di tulis berdasarkan cerita yang benar yang telah di ceritakan sendiri oleh Tok Imam yang sangat ana kagumi,cerita asalnya sangat lah panjang,tapi sengaja ana ringkaskan biaq antum tak boring ketika membacanya.Sehingga sekarang juga AJK ni belum meletakkan jawatan nya malah masih buat kerja-kerja bodoh yang mungkin akan memakan dirinya sendiri.
Sama-samalah kita doakan agar ALLAH memberi petunjuk kepada AJK tadi dan golongan-golongan yang spesis dengannya,dan juga mudah2an ALLAH mengembalikan keamanan dan kedamaian di masjid tersebut supaya Imam dan makmum-makmum yang lain dapat beribadah dengan tenang dan sempurna..AMIN..Wallahu A'lam..wassalam...

AJK MASJID 2

Assalamualaikum..Sambung balik cerita pasal masjid tadi..hehe,baru balik menunaikan solat suboh jemaah kt salah sebuah masjid di ibu kota ni.
Cerita pasal masjid,zaman sekarang ni masyaALLAH berbondong-bondong umat ISLAM nak khidmat masjid..ALHAMDULILLAH..sampai-sampai ada sesetengah masjid dah tak boleh nak terima lagi permintaan-permintaan orang ramai yang nak volunteer..dah penuh sangat dah.
Tapi di kl ni,ada sebuah masjid yang asalnya sebuah surau yang terbina hasil susah payah anak qaryah di sini..mereka bekerjasama membina dengan tenaga dan harta benda mereka..kebetulan anak-anak qaryah di sini pun bukanlah calang-calang..boleh la di katakan mereka ni super vvip la kot.Ada kalangan mereka yang pencen hakim,ketua pengarah jab kerajaan,doktor pakar malah kerabat-kerabat raja.
Dari awal tahun mereka berkhidmat,mengimarahkan masjid tersebut dalam keadaan aman damai,mereka hidup bagaikan sebuah keluarga..teringat ana masa kecik-kecik dulu abah rajin bawak ana solat jemaah kat masjid tersebut..yang indahnya bila pagi hari jumaat,mereka akan bergilir-gilir mengadakan kenduri kesyukuran..selesai solat suboh di sertai sujud sajdah dan tahlil ringkas,mereka berkumpul kemudian berborak-borak hingga masuk waktu dhuha..Ya ALLAH!Sungguh indah sekali suasana demikian.
Setelah beberapa tahun..sebahagian dari anak-anak qaryah sudahpun kembali ke rahmatullah..ada pula yang dah sangat-sangat uzur,terlantar sakit di rumah..sayangnya anak-anak mereka pun kurang aktif seperti mereka,ada yang di luar negara,ada yang terlalu sibuk dan sebagainya..tetapi mereka tetap hadir mengimarahkan masjid tersebut seperti hari jumaat dan hari raya..dan mereka,anak-anak qaryah disini amat sayang dengan tok imam dan tok bilal disini.
Mana tak sayang,25tahun Tok Imam dah bersama mereka,begitu juga Pak Bilal,15tahun bersama mereka..dan majoriti di kalangan mereka sudah mengkhatamkan Quran berkat didikan Pak Imam.
Setelah beberapa tahun..surau sudahpun naik taraf sebagai surau jumaat(masjid juga lah)..Maka makin terkenal lah masjid tersebut.AGONG saja dah beberapa kali menunaikan solat jumaat di masjid tersebut.Pendek cerita,kalau sebut ja nama masjid tu orang pasti kenal..
Tapi sayang,rupa-rupanya indah khabar dari rupa,segi zahir nampak tenang tapi dalam nya bergelora gara-gara sikap rakus.bodoh sombong,angkuh dan gila kuasa sebahagian AJK nya..AJK ni pulak bukanlah anak qaryah,mereka sendiri di lantik atas permintaan Tok Imam yang ikhlas nak mengimarahkan tempat dia berkhidmat.Mula-mula mereka amat menghormati Tok Imam,lama kelamaan kepala Tok Imam yang di pijak-pijaknya..Mereka bukanlah di lantik atas mesyuarat yang sah selama 3penggal..tapi mereka dipilih atas budi bicara dan bijaksana nya Tok Imam..
kita sambung nnt..nk pi minum kopi ngan kekawan...hehe

AJK MASJID

ASSALAMUALAIKUM..ana doakan diri ana dan antum semua terus di kurniakan tsabat dalam iman terhadap ALLAH dan RASUL sehingga kematian menjemput kita..amin...
Seminggu yang lalu,heboh didalam berita dan internet tentang AJK-AJK Masjid.perkara ni berlaku di Perak.Ana baca punya baca,rupa-rupanya ada permainan Politik di situ.So tak pa lah.Ana pon tak lah pandai sangat nak main-main politik ni,maklom,orang mengaji pondok.
Cuma nak habaq sikit la kat antum semua..apa yang berlaku di Perak tu,bukanlah hanya berlaku di Perak.Sekarang ni,di mana-mana masjid pon sama.KL ni lagi la.Yang syok tu,puak-puak yang nak mempertahan kan jawatan depa tu adalah puak-puak yang,kalau bab suruh jadik Imam tu,bukanlah tak buleh,tapi tak gheti.Tapi Haram(istilah utara)nak nampak batang idung depa kat mesjid.Apa yang depa mau sangat tanggungjawab jaga masjid tu ntah.Mana ada bayaran apa pun.Teringat sahabat ana cakap..depa nak penuhkan resume depa kot..mana la tau.kalau-kalau tercalon dalam pilihanraya ka?pemilihan parti ka?nampak la sikit Islamic thinking ;}(thin kong kot).Kalau di fikir-fikir ada betul jugak cakap sahabat ana tu.
Kita mau orang-orang yang nak ambik tanggungjawab jaga masjid ni,adalah orang-orang yang ikhlas dan faham tentang peranan masjid dan ahli-ahlinya untuk maslahat seluruh ummat.Buat apa kalau sijil berguni-guni,pangkat nampak tinggi-tinggi,tapi tak faham nak urus tadbir masjid.
Contoh bab kewangan masjid ja la..duit tabung yang para jemaah dok infaq,bukan buleh dok simpan-simpan..buat apa kalau akaun bank masjid ada beratus-ratus ribu,tapi masjid tidak memberi keselesaan kat para jamaah misalnya,toilet tak cukup..dan macam-macam hal lagi..ni masjid,segala duit yang ada di tabung adalah hak ALLAH kerana masjid tu Rumah ALLAH.Bukan syarikat!kalau syarikat tu,kot la nak kena berjimat.
Kalau dok sibuk nak indahkan atau besarkan masjid,tapi masjid tu tak ma'mur pun nak buat apa? dan macam mana masjid nak ma'mur dah kalau AJK sendiri pun tidak mema'murkan masjid itu sendiri.
Mema'murkan mesjid,tak semestinya mencari berjuta-juta peruntukan untuk mengindahkan masjid..tapi,mema'murkan masjid adalah menghadiri solat jemaah dan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang dapat bagi munafaat kat umat..hang pa para AJK yang bijak pandai..reti ka nak buat semua kerja ni?
Pasal tu la ALLAH sebut dalam ALQUR AN=(Hanya sesungguhnya mereka-mereka yang mema'murkan masjid-masjid ALLAH adalah dikalangan yang BERIMAN dengan ALLAH dan hari AKHIRAT,dan juga golongan yang MENDIRIKAN SOLAT..hingga akhir ayat..tengok surah taubah.
Kalau solat pun dok lintang pukang toksah la dok rasa diri tu layak sangat-sangat nak jaga mesjid.
Akhir kata teringat sabda kekasih ALLAH,Rasul(saw)yang bermaksud,apabila sesuatu urusan di serahkan kapada yang bukan ahli nya..maka tunggula SA'AH(Qiyamat)..Wallahu A'lam..wal afu..wassalam

AHLAN WASAHLAN SAYYIDI HABIB UMAR!

Assalamualaikum..mudah-mudahan kita di bawah naungan ALLAH berserta kasih sayang baginda rasulullah(saw) hendaknya..
Ada la sikit cerita ana nak kongsi sangat-sangat ngan antum kat sini..cerita ni nak kata ada munafaat tu,antum sendiri lah nilaikan..cuma dalam seminggu dua ni,ada sesetengah pendakwah,NGO-NGO yang bermanhaj ahl sunnah(sufi)sedang sibuk membuat penyusunan untuk menyambut kedatangan seorang ulama' agung dari kota tarim..kher takdak masalah.cuma apa yang ana perhatikan dari beberapa tahun kebelakangan ni la..Kelompok-kelompok tu hanya melihat kepada ulama' yang ada nama(terkenal).
Cuba kalau yang datang tu,ulama' yang biasa-biasa saja(maksud ana tak pernah muncul didalam mana-mana kaca televisyen pon),jangan kata mesyuarat,nak mintak laluan untuk mereka(tetamu ulama')berceramah di teempat mereka pun,mereka dah tengok dari kaki sampai kepala.Ada pula di kalangan anak murid ulama' itu sendiri pun,bukan kata nak khidmat,nak hadir sama-sama dalam majlis gurunya pun berat.
Kenapa perlu jadi macam ni?kenapa perlu kita bermuka-muka?apa jasa kita untuk ummah dengan ada nya sikap double standard seperti ini?satu lagi,di mana antum ketika kehadiran Syeikh Yusuf AlQaradhawi?Syeikh Wahbah Azzuhaili?Syeikh Muhammad Yaaqoubi?
Adakah sebab mereka ini adalah bukan ulama' yang nk mengikut selera tuan-tuan?(tanpa prejudis sedikitpun terhadap ulama'2 tarim).
akhir kata wal afu kalau terksar dan tersalah bahasa...sebarang komentar,amat di alu-alukan..