Ahad, 27 Disember 2009

MACAM-MACAM HAL

Assalamualaikum...
Tajuk ni berkenaan dengan kisah-kisah atau lagat manusia di akhir-akhir zaman ni,tak kira la sapa pun mereka,ustaz ka,ahli politik ka,peniaga ka semuanya ada bermacam-macam hal tersendiri.Tapi yang kita nak fokus ni ustaz la,pasal di kalangan empat yang di sebutkan tadi,ustaz lah yang lebih sikit dari mereka.
Cerita pasal ustaz ni,boleh jugak la kita sebut pendakwah..sebab ustaz mesti berdakwah,dan pendakwah tidak semesti nya ustaz.Yang jadi hal nya,bila pendakwah itu ustaz,sudah semestinya lah mereka ini menguasai banyak bidang ilmu.Tapi yang hairan nya,zaman sekarang,Para Ustaz pendakwah-pendakwah kita seolah-olah menggunakan platform dakwah untuk maslahat peribadi..Contohnya golongan-golongan yang baca tak sampai 10 000 buah kitab pun mahu menonjolkan diri masing-masing dengan sewenang-wenang meng-AL kan diri mereka,So apa yang kita nampak depan mata kita,sekarang ni dah jadi trend,bila sebut ustaz polan al hadrami,al yamani,kalau pakai al jenderami ka,al rembawi ka allembahi keramati ka takpa la jugak.Ni idung dah sama saiz pipi ngan telinga,apa yang nak di hadrami kan..Alhadrami yang biasa orang tau dan faham,berketuranan dari hadramaut,negeri di selatan Yaman.
Persoalan nya,Apa maksud kita memakai gelaran-gelaran sedemikian?kalau masyarakat yang menggelarkan tak pa lah jugak..ni kita sendiri yang bubuh tanpa arahan sesiapapun.Adakah untuk mempromosi diri?kalau itu niat andanmaka layaklah taraf anda di samakan dengan artis/selebriti.Buat apa kita sibuk mempromosi diri di khalayak dengan berjubahkan rasul dan ulama' sedangkan anda bukan pun di kalangan mereka..
Sahabat sekalian!selagi antum berdakwah untuk memberitahu sahabat yang lain anda mempunyai 10 000 anak murid,maka tidak ada apa-apa yang akan kamu kecapi melainkan 10000 anak murid lah,begitu juga jika anda berdakwah untuk membina sebuah pondok,kemudian kamu jaja hingga 7 keturunan yang yang pondok itu terbina hasil qorban dan susah payah anada,maka pondok itu lah yang selayak nya untuk anda.
Sahabat sekalian!Berdakwah lah kerana Dakwah itu Perintah ALLAH dan RASUL!Berdakwah lah,kerana itu lah kerja rasul dan salafussoleh.Jangan berdakwah untuk mengukir nama(mencari kemasyhuran),jangan berdakwah untuk mengumpul lalu menyimpan ummat!apatahlagi berdakwah supaya hidup sentiasa di sponsor!!.
Akhir nya umat yang akan berselerak kerana karenah-karenah pendakwah seperti ana dan antum..Wallahu a'lam..Wal afu.

6 ulasan:

  1. ana sokong antum 1000%.sbb yg ana tahu,AL ini di nisbahkan dgn keluarga besar(qabilah)dan kebiasaan ini di gunakan oleh org arab.dan ada juga nisbah pada tempat kelahiran seperti imam bukhari.yg ana pelik mana fakta atau bukti sesetengah ustaz melayu kita nak AL AL kan diri mereka.kalau keluarga,mana salasilah/nasabnya?tq

    BalasPadam
  2. hehe,jgn pedas-pedas sgt tulisan tu,kesian kawan-kawan kita yg nk cari mkn,nanti orang terpengaruh,orang tak mahu panggil mereka lagi.kalau ana mesti antum letak al senyumi la..pasal ana suka senyum.hehe

    BalasPadam
  3. salam, ana mmg stuju dgn pendapat anta. zaman skarang mmg banyak ustaz2 yg berfikiran mcm ni. mereka smua boleh dkategorikan dalam golongan GILA GLAMOUR. ana pun tak faham masalah mereka ni. nak pakai al-al. mcm la mereka tak boleh pergi jauh dgn nama biasa. yg pakai al-hadrami dah macam qabilah pulak dah. mereka ni perasan arab kot. patut la skarang ni smua sibuk2 nak hisap shisha..ya Allah, ya Rab, tetapkanlah kami di jalan yg benar. amin. wallahualam...

    BalasPadam
  4. waalaykum salam..sahabat lama bgtau ana jgn tulis pedas-pedas,hehe apa yg pedas nye?betol jgk kata nya nnt kwn-kwn dh tak dapat cari mkn.ana bkn apa,heran sbb istilah AL AL ni dh mcm ulat,asal ust ngaji negri arab je,kluar al.mana itsbat nya?tu yg ana contohkan,sbnrnya bnyak lg ulama'2 kita di gelar al,tp mereka tidak tajarru',contoh syeikh daud fatani,dia ingat asal usul maka di guna al fatani sedangkan kalau ikut mustautin,beliau tinggal di alharam amatlah lama.@pak selamat:shisha pulak dah.untung anta tk tahu nama rokok buatan arab,kalau tak,naya lah wahai al ust al ustz skalian..

    BalasPadam
  5. ader tk ust yg pakai al-tantuya?

    BalasPadam
  6. ustaz al tantuya?macambest nama tu..al tantaik pun boleh kot..takpa nanti ana cuba suggestkan kat kawan-kawan yang belom bubuh al..huhu

    BalasPadam