Isnin, 28 Disember 2009

NAK JADI HABIB LA SANGAT

Assalamuaikum..
Sebut-sebut tentang nama blog ni,ada la kawan-kawan bertanya apa kena mengena tajuk blog ni dengan segala tulisan-tulisan yang ana post kat sini.Maka ana jawab ada kena mengena,cuma untuk tidak mengeruhkan keadaan,ana hanya gunakan bahasa-bahasa kiasan sahaja supaya tiada sesiapapun yang akan marah dan tersinggung,bagi ana cukuplah orang-orang yang kenal dan faham ana sahaja akan faham dengan maksud tersirat di sebalik tulisan ni.
Untuk pengetahuan antum,segala tulisan-tulisan yang ana kongsikan di sini adalah perkara yang berkaitan dengan apa yang telah berlaku dan sedang berlaku,dan mereka-mereka yang ana maksudkan di sini adalah dari golongan habib.
So maksud habib di sini mengikut kefahaman ana adalah keturunan sayyid,atau di malaysia kita sebut syed.Habib di gunakan kepada sayyid yang sudah tua umurnya dan juga yang tinggi ilmu agamanya.Itu yang ana faham la..Pasal di tarim bukan semua syed di panggil habib,dan bukan semua sayyid yang masih muda tidak di panggil habib.Mereka akan di gelar habib apabila mereka mengasihi orang sehinggalah mereka di kasihi.
Tapi sekarang tidak lagi.Ana menulis dengan apa yang ana nampak,dengar dan rasa.Kat malaysia ni banyak sayyid yang dah tak tau malu,tak ada perasaan..sudah bodoh lagi sombong..Itu yang ana istilahkan mereka ni habib habiban.(syok orang panggil habib)
dah title habib ni macam tan sri la pulak..kalau ada puak yang kenal,yang biasa menghadiri majlis anjuran mereka tapi tak panggil mereka habib,maka puak-puak ni akan di gelar tak muhibbin.Maknanya syed yang ada sekarang ni,hanya mahu orang lain muhibbin(cinta kat depa)tapi mana muhibbin nya syed ni kepada para muhibbinnya?
Jangan nafikan tulisan ana ni,kerana penafian anda akan menjadikan anda lebih angkuh dari sebelum ni.
Nabi di cintai kerana baginda mencintai.Tok nenek kalian di cintai kerana mereka mencintai.So kalau antum mahu di cintai.kerana kecintaan pada zat antum sebagai darah keturunan baginda rasul itu adalah fardhu,maka cintai lah semua umat muhammad.Mencintai semua ummat Muhammad(saw)bukan memilih puak-puak kalian sahaja di dalam apa-apa urusan,tetapi mencintai mereka adalah dengan melaksanakan hak-hak mereka(berlaku adil).
Umat tidak perlu habib surah(nama),tapi umat perlu habib yang membawa mereka ke jalan terang.Jap lari tajuk jap,kenapa antum melenting bila tuan guru nik aziz menegur antum?salah kah nik aziz bercakap jujur?salah kah nik aziz membangunkan antum dari tidur?agaknya habib-habib kita ni hanya suka dengan orang-orang yang bodek,puji melayut dan sebagainya.
Ingat!orang-orang yang betul-betul sayangkan antum,adalah orang yang berani bercakap jujur apabila melihat antum menyimpang!
Pendekkan cerita lah sebab mata pun dah tinggal suku inci ja nak bukak.Jangan terlalu sibuk nak suruh orang hormat dan cinta kita,pada masa yang sama kehormatan kita sendiri telah kita cabul.Letak lah diri kita pada kadar kita(ukur baju badan sendiri).Kalau kita takdak ilmu,maka hormatilah orang yang ber ilmu walau pun mereka bukanlah syed.Kerana ukuran yang sebenar di sisi ALLAH adalah Taqwa..dan mustahil orang yang jahil tinggi Taqwa nya berbanding orang Alim.
Wallahu A'lam..Wal afu..

5 ulasan:

  1. Wah!tahniah la bro..ayat-ayat lu mmng ayat2 cinta ler..gua bkn apa la,tp gua nk bg tau lu kdng2 muhibbin2 ni mangkok gak.pasal yg gua tngok,diorang bkn syg kt habib2 ni,tp takut.ader plak yg syg pilih2,habib yg kayer,beriya-iya diorang nk cium tngn.hbib miskin tkder diorang pedulik pon,walau hebat maner pon hbib tu..yg gua bengkek tu,yg wat prangai cmtu,bdk2 lepasan hadramut..sori la bro kalo lu t'singgung..gua nk mntk lu ulas je bab nie..pe2 pun gua caya lah sama lu HABIB..hehe

    BalasPadam
  2. wah!hang tala syed umno ka ni?

    BalasPadam
  3. agak-agaknya syed yg saudara maksud tu adalah puak yg memusuhi n mengganggu nabi kot.mcm kata tok guru.

    BalasPadam
  4. salam tuan empunya blog...

    setelah terbaca posting ini, terpercik juga air ke muka ana akan isi kandungan posting ini..Mudah2an ia menjadi inspirasi bagi diri ana yang tak berilmu ini supaya menjadi lebih beradab dgn orang lain...shukran

    BalasPadam
  5. wa alaykum salam..akhi muhammad alkaff.sam-sama kita ubah diri kita,doakan ana habibi..

    BalasPadam