Isnin, 28 Disember 2009

HABIB HARTA

Ada sikit lagi cerita pasal habib habiban ni..yang ni lagi parah dari post yang semalam.
Bila kita sebut syed dah tentu orang faham yang mereka berketurunan nabi(saw),bila mereka keturunan nabi sudah pasti la mereka ini berbangsa arab sebab nabi berbangsa arab.Tapi dek kerana dah berbelas keturunan bermustautin di tanah melayu,maka syed-syed yang ada sekarang sudah kurang lah arabnya,mestilah seluruh kehidupan mereka jadi melayu.Tapi yang ana musykil ni..walaupun asal usul mereka arab maka dek kerana duduk di tanah melayu kehidupan mereka jadi orang putih pulak dah,malah kadang-kadang lebih dahsyat dari orang putih yang tinggal di tanah melayu.Cuba antum bergaul dengan golongan syed yang hartawan,sumpah dia akan speeking english punya..hehe.kita ajak cakap melayu,dia balas sepatah dan yang berpatah-patah lagi bahasa orang putih.Kalau setakat bahasa tak apalah,ni semuanya orang putih(pakaian,makanan dan cara hidup)..ana sangat-sangat musykil..
Ok lah bila dah majoriti syed ni dah macam orang putih,tiba waktu mereka nak meng ARABkan kembali diri mereka,dah susah lah.
Bukti nya ana pernah hadir dalam sebuah majlis..sudah menjadi adat kami,bila duduk dalam majlis di situ ada orang tua maka kita beri penghormatan kepada mereka dengan meletakkan mereka di hadapan mengadap jemaah yang hadir dalam majlis.
Kalau di tarim,mereka yang dikedepankan biasanya orang tua yang terkenal dengan keSALEHannya apatahlagi yang tinggi ilmu dan adabnya nya.Kerana kita di malaysia ketandusan orang tua yang sebegini,maka cukuplah sekadar orang tua kita kedepankan.
Masalah nya orang tua yang di kedepankan tu,dah la tak cukup terkenal dengan kesolehan..ilmu lagi lah..Duduk aja lah diam-diam di depan..toksah nak buat-buat pandai semua perkara.Kalau diam lagi selamat.
Ana malu dengan satu kejadian yang ana sendiri hadir,orang tua ni tak mau kalah dengan anak-anak muda yang punya ilmu yang tinggi..maka ambik lah dia kesempatan untuk memimpin bacaan doa.Doa tu pulak dalam bahasa arab siap dengan baris..apa yang ana dapati orang tua ni baca sangat-sangat mengesalkan ana..kalau setakat tak fasih bahasa arab,ana tak hairan pasal dah biasa cakap omputih,so lidah pun dah keras macam kayu gaharu.Ini dari mula bacaan nya sehingga akhir,salah semua.
Kalau lah ada orang yang masyhadnya tinggi terhadap habaib,dan mereka hadir dengan harapan yang tinggi,kebetulan juga ilmu mereka amatlah tinggi..Siapa Yang Malu?
Lebih baik dok diam jaga kemaluan daripada menyibuk sambil tunjuk kemaluan.
Majlis ilmu bukan untuk orang kaya,ilmu juga bukan untuk orang kaya bahkan ahli ilmu juga bukan untuk orang kaya!Maka apbila antum duduk di taman-taman ilmu,cari lah orang yang akan memimpinnya adalah di kalangan ahli.Tak guna juga kita kedepankan orang-orang hartawan kerana manfaat mereka di majlis itu pun tak lah sebesar mana pun..manfaat mereka hanya lah sekadar menanggung makan dan minum hadirin ke majlis.
Kami di tarim pun beratus-ratus majlis ilmu yang tanpa di sediakan makan minum pun orang tetap hadir kerana sekurang-kurangnya dapat berkat hadir dan duduk bersama ulama' dan orang-orang soleh.Wallahu A'lam..wal afu..

6 ulasan:

  1. memalukan jamaah btul... dah la ramai org skarang tak menghormati kita... ditambah lagi dgn musibah mcm ni... wallahualam bissawab....

    BalasPadam
  2. Hbib Segaff?macam marah je bunyinya?apa yg musibah tu?penulis ka penulisan di sini?

    BalasPadam
  3. salam tuan empunya blog..

    ana juga merasa tempias dgn penulisan ini...walaupun ana x tau ana berada didlm golongan kaya / miskin...semoga kita menjadi org kaya yg syukur & org miskin yg sabar..

    wal 'afu minkum

    BalasPadam
  4. bib.. kayu gaharu kalau dibakar wangi bib...

    BalasPadam
  5. salam..akhi muhammad..punya panjang ana berleter kt sini,kesimpulan nt kat kaya miskin plak dah..ala kulli hal,syukran atas doa antum..amin@-akhi abdullah:kadang-kadang gaharu boleh jadik tak wangi beb..1 lagi kalau org yg tk pandai,susah jugak nak bakar gaharu ni beb.hehe

    BalasPadam