Rabu, 30 Disember 2009

HABIB HAKIKI

Salam..
Mungkin ada orang yang merasa tak perlu ana tuliskan cerita-cerita semacam ini..kerana ia akan menjadikan orang yang sedang membara-bara api kebencian kepada golongan sayyid bertambah benci.Dan mungkin juga akan ada orang memikirkan yang perlunya cerita-cerita yang semacam ini,kerana ianya mungkin akan menjadikan golongan sayyid itu lebih merendahkan diri dan akan kembali mentelaah diri.
So bagi ana yang fagir lagi hagir ni(cewah tawaduk la pulak)dua-duanya ana terima,kerana golongan yang amat hasad dengan sayyid ni,adalah golongan yang di pilih ALLAH untuk menegur dan membaiki keturunan Kekasih ALLAH.Kerana tanpa adanya para hasidin,para pembenci maka tak lengkap dan tak sempurna lah keSayyidan mereka.Sebab kalau kita baca sejarah, dari Sayyidas Sadaat(saw)hinggalah ke peristiwa hijrah AlImam Muhajir ilallah semuanya di penuhi dengan bermacam-macam ranjau.Semuanya dapat merasai akan apa yang telah di rasa oleh Datuk mereka Habib Rabbil Alamin(saw).Mereka mencapai magam yang tinggi dan mulia di sisi ALLAH kerana golongan hasidin ini.Paling dekat sekarang kita masih lagi dalam bahang 10 muharram,tak perlulah ana memanjang lebar,kerana peristiwa yang telah berlaku pada tarikh tersebut antum sangat-sangatlah mengetahuinya.Cuma ana nak petik sebuah hikmah dalam peristiwa tersebut bahawasanya datuk ana dan antum,Al-Imam Husein(ra)mencapai magam Siddigin dan Syuhada',dek kerana penghasad dan dan pembenci kepada keturunan Junjungan Agung Sayyidina Muhammad(saw).Apa yang ana faham,sekiranya ALLAH tidak mengendahkan cucu cicit KekasihNYA,Maka dah lama ALLAH akan membiarkan mereka hidup dalam kerosakan dan kesenangan dek kerana semua umat manusia mengasihi mereka.Bezanya kasih KHALIQ dan kasihnya MAKHLUQ adalah di dalam ujian..dan ujian adalah sesuatu yang amat perit di tempuh dan di lalui oleh tabiat insan.Banu Ishaq(yahudi)menjadi rosak,dan ALLAH membiarkan mereka terus rosak kerana mereka tidak di benci malah di kagumi seluruh dunia sehingga mereka ghurur(merasa keturunan paling hebat dan mulia).
Dan perkara yang kedua adalah apabila seorang Sayyid yang merasakan dirinya adalah Sayyid maka mereka akan berusaha bagaimana menjadi seorang Sayyid.Bagaimana Sayyid menghias bumi ALLAH!Bagaimana mereka menghiasi siang mereka dengan bekerja menuntut keredhaan ALLAH,Bagaimana mereka menghias malam mereka juga dengan menuntut keredhaan ALLAH.Hayatilah perjalanan Imam Ali Zeinalabidin,Imam Muhammad Bagir,Imam Ja'far Sadig,Imam Muhajir Ahmad,Imam Fagih Mugaddam,Imam Abd Gadir Jailani,Imam Haddad dan yang lain-lain Ridhwanullah 'Alaihim.
Kalau sudah sampai Jumpa perjalanan mereka walaupun bukan seluruhnya maka itulah tujuan ana dan antum di kurniakan ALLAH pertalian darah yang amat-amat tinggi harga dan nilainya Dan itu lah Sayyid hakiki,Itu lah Habib yang hakiki.
Sayyid yang sudah jumpa perjalanan dan yang sedang menuju ke perjalanan,maka hari-hari mereka akan sentisa di penuhi dengan perkara yang menguntungkan ummat bukan diri sendiri.
Keuntungan umat adalah di khidmat antum pada umat.Kerugian umat adalah di kepentingan diri para Sayyid.Penting diri bermakna mintak di kasihi tetapi tidak menghargai kasih sayang.
Penuhilah waktu kita dengan melebihkan kepentingan ummah.Penuhilah masa kita dengan menghargai seluruh makhluq ALLAH di bumi maka kita akan dihargai oleh seluruhnya.
Sharifah yang tidak menghargai pertalian dengan Ummaz Zahra',bagaimana mahu dihargai,Sharifah yang tidak memelihara kesucian dan kehormatan Al Batul(ra) bagaimana mahu di sucikan dan di hormati,Pelihara lah kehormatan dan kesucian itu dengan meneladani dan mengikuti segala perkara yang pernah di lakukan oleh Kekasih Rasul Fatimah Al Batul(ra)serba serbi(di tutur kata,pakaian dan segala2nya).
Dan bagaimana mungkin Sharifah akan melakukan semua perkara tersebut jikalau Sayyid sendiri tidak menunjukkan dan memulakannya dahulu.hehe panjang lebar dah ana berleter ni,mohon ampun kalau-kalau tertunjuk pandai..apa-apa pun itu lah yang ana rasa perlu untuk di luahkan supaya sekurang-kurangnya,jika tiadalah manfaatnya bagi antum,tetapi amat-amatlah bermanfaat untuk diri ana dan keluarga..Wallahu A'lam..

3 ulasan:

  1. salam..mohon hujah yg kukuh bila anta sentuh tentang istisyhad Imam Hussin a.s.Serata kan dalil yang yg tepat ketika anta membuat kesimpulan tentang istisyhad Imam Hussin a.s.
    Afwan

    BalasPadam
  2. salam tuan syed..maaf ana memberitahu anta bahawa ana tiada masa utk melayan kefahaman anta yg sgt2 bathil!jgn lah buang masa anta,ana dan sedara-sedara ana yg lain utk membenarkan kefahaman bathil anta di sini.afwan!

    BalasPadam
  3. beb,tul ckp ente.ana sokong sgt2 maksud ente tentang kebathilan syi'ah.jgn layan diorang beb.kalau layan kita pun dah jadi macam diorang..sesat!!

    BalasPadam