Sabtu, 26 Disember 2009

AJK MASJID

ASSALAMUALAIKUM..ana doakan diri ana dan antum semua terus di kurniakan tsabat dalam iman terhadap ALLAH dan RASUL sehingga kematian menjemput kita..amin...
Seminggu yang lalu,heboh didalam berita dan internet tentang AJK-AJK Masjid.perkara ni berlaku di Perak.Ana baca punya baca,rupa-rupanya ada permainan Politik di situ.So tak pa lah.Ana pon tak lah pandai sangat nak main-main politik ni,maklom,orang mengaji pondok.
Cuma nak habaq sikit la kat antum semua..apa yang berlaku di Perak tu,bukanlah hanya berlaku di Perak.Sekarang ni,di mana-mana masjid pon sama.KL ni lagi la.Yang syok tu,puak-puak yang nak mempertahan kan jawatan depa tu adalah puak-puak yang,kalau bab suruh jadik Imam tu,bukanlah tak buleh,tapi tak gheti.Tapi Haram(istilah utara)nak nampak batang idung depa kat mesjid.Apa yang depa mau sangat tanggungjawab jaga masjid tu ntah.Mana ada bayaran apa pun.Teringat sahabat ana cakap..depa nak penuhkan resume depa kot..mana la tau.kalau-kalau tercalon dalam pilihanraya ka?pemilihan parti ka?nampak la sikit Islamic thinking ;}(thin kong kot).Kalau di fikir-fikir ada betul jugak cakap sahabat ana tu.
Kita mau orang-orang yang nak ambik tanggungjawab jaga masjid ni,adalah orang-orang yang ikhlas dan faham tentang peranan masjid dan ahli-ahlinya untuk maslahat seluruh ummat.Buat apa kalau sijil berguni-guni,pangkat nampak tinggi-tinggi,tapi tak faham nak urus tadbir masjid.
Contoh bab kewangan masjid ja la..duit tabung yang para jemaah dok infaq,bukan buleh dok simpan-simpan..buat apa kalau akaun bank masjid ada beratus-ratus ribu,tapi masjid tidak memberi keselesaan kat para jamaah misalnya,toilet tak cukup..dan macam-macam hal lagi..ni masjid,segala duit yang ada di tabung adalah hak ALLAH kerana masjid tu Rumah ALLAH.Bukan syarikat!kalau syarikat tu,kot la nak kena berjimat.
Kalau dok sibuk nak indahkan atau besarkan masjid,tapi masjid tu tak ma'mur pun nak buat apa? dan macam mana masjid nak ma'mur dah kalau AJK sendiri pun tidak mema'murkan masjid itu sendiri.
Mema'murkan mesjid,tak semestinya mencari berjuta-juta peruntukan untuk mengindahkan masjid..tapi,mema'murkan masjid adalah menghadiri solat jemaah dan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang dapat bagi munafaat kat umat..hang pa para AJK yang bijak pandai..reti ka nak buat semua kerja ni?
Pasal tu la ALLAH sebut dalam ALQUR AN=(Hanya sesungguhnya mereka-mereka yang mema'murkan masjid-masjid ALLAH adalah dikalangan yang BERIMAN dengan ALLAH dan hari AKHIRAT,dan juga golongan yang MENDIRIKAN SOLAT..hingga akhir ayat..tengok surah taubah.
Kalau solat pun dok lintang pukang toksah la dok rasa diri tu layak sangat-sangat nak jaga mesjid.
Akhir kata teringat sabda kekasih ALLAH,Rasul(saw)yang bermaksud,apabila sesuatu urusan di serahkan kapada yang bukan ahli nya..maka tunggula SA'AH(Qiyamat)..Wallahu A'lam..wal afu..wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan