Sabtu, 26 Disember 2009

AJK MASJID 2

Assalamualaikum..Sambung balik cerita pasal masjid tadi..hehe,baru balik menunaikan solat suboh jemaah kt salah sebuah masjid di ibu kota ni.
Cerita pasal masjid,zaman sekarang ni masyaALLAH berbondong-bondong umat ISLAM nak khidmat masjid..ALHAMDULILLAH..sampai-sampai ada sesetengah masjid dah tak boleh nak terima lagi permintaan-permintaan orang ramai yang nak volunteer..dah penuh sangat dah.
Tapi di kl ni,ada sebuah masjid yang asalnya sebuah surau yang terbina hasil susah payah anak qaryah di sini..mereka bekerjasama membina dengan tenaga dan harta benda mereka..kebetulan anak-anak qaryah di sini pun bukanlah calang-calang..boleh la di katakan mereka ni super vvip la kot.Ada kalangan mereka yang pencen hakim,ketua pengarah jab kerajaan,doktor pakar malah kerabat-kerabat raja.
Dari awal tahun mereka berkhidmat,mengimarahkan masjid tersebut dalam keadaan aman damai,mereka hidup bagaikan sebuah keluarga..teringat ana masa kecik-kecik dulu abah rajin bawak ana solat jemaah kat masjid tersebut..yang indahnya bila pagi hari jumaat,mereka akan bergilir-gilir mengadakan kenduri kesyukuran..selesai solat suboh di sertai sujud sajdah dan tahlil ringkas,mereka berkumpul kemudian berborak-borak hingga masuk waktu dhuha..Ya ALLAH!Sungguh indah sekali suasana demikian.
Setelah beberapa tahun..sebahagian dari anak-anak qaryah sudahpun kembali ke rahmatullah..ada pula yang dah sangat-sangat uzur,terlantar sakit di rumah..sayangnya anak-anak mereka pun kurang aktif seperti mereka,ada yang di luar negara,ada yang terlalu sibuk dan sebagainya..tetapi mereka tetap hadir mengimarahkan masjid tersebut seperti hari jumaat dan hari raya..dan mereka,anak-anak qaryah disini amat sayang dengan tok imam dan tok bilal disini.
Mana tak sayang,25tahun Tok Imam dah bersama mereka,begitu juga Pak Bilal,15tahun bersama mereka..dan majoriti di kalangan mereka sudah mengkhatamkan Quran berkat didikan Pak Imam.
Setelah beberapa tahun..surau sudahpun naik taraf sebagai surau jumaat(masjid juga lah)..Maka makin terkenal lah masjid tersebut.AGONG saja dah beberapa kali menunaikan solat jumaat di masjid tersebut.Pendek cerita,kalau sebut ja nama masjid tu orang pasti kenal..
Tapi sayang,rupa-rupanya indah khabar dari rupa,segi zahir nampak tenang tapi dalam nya bergelora gara-gara sikap rakus.bodoh sombong,angkuh dan gila kuasa sebahagian AJK nya..AJK ni pulak bukanlah anak qaryah,mereka sendiri di lantik atas permintaan Tok Imam yang ikhlas nak mengimarahkan tempat dia berkhidmat.Mula-mula mereka amat menghormati Tok Imam,lama kelamaan kepala Tok Imam yang di pijak-pijaknya..Mereka bukanlah di lantik atas mesyuarat yang sah selama 3penggal..tapi mereka dipilih atas budi bicara dan bijaksana nya Tok Imam..
kita sambung nnt..nk pi minum kopi ngan kekawan...hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan