Sabtu, 26 Disember 2009

SAMBUNG CERITA HAL AJK MASJID

ALHAMDULILLAH,perut pun dah kenyang,baru lepaih pekena nasi lemak ngan kopi radix,biaq segaq mata ngan otak di pagi yang ceria ni.
Ok sambung balik cerita Tok Imam kita tadi..di ringkaskan cerita,suatu hari Pengerusi bagi penggal 2000m ada terima surat dari jab agama..surat tu meminta agar mengadakan mesyuarat baru untuk membentuk sebuah AJK sesi baru.Ada lah salah faham sikit dari pihak Pengerusi dan jawatankuasa lalu,maka mereka membuat keputusan untuk tidak meneruskan khidmat mereka.Maka terkapai-kapai lah Tok Imam ni,sebab segala amanah sudah terletak di bahu beliau.
Setelah berbincang dengan jab agama,maka jab agama menyerahkan sepenuhnya kepada Tok Imam untuk mencari sesiapa yang layak untuk memegang amanah sebagai AJK.Tok Imam pun ikhtiar la mencari,akhirnya jumpa seorang anak muda,yang kebetulan ada pertalian keluarga ngan Tok Imam..Oleh kerana Tok Imam amat-amatlah kenal hamba ALLAH ni,malah ayahandanya juga adalah rakan baik kepada Tok Imam.Maka Tok Imam pun menawarkan dia untuk menggalas amanah masjid,dan dia pun bersetuju.
Maka pada mulanya pentadbiran pun berjalan dengan lancar..Setelah beberapa penggal memikul amanah sebagai AJK,terus terang apa yang ana lihat dan dengar dan rasa,anak muda tadi bukan sahaja mula menjauhkan diri dari masjid..banyak urusan-urusan yang patut dia uruskan tergendala malah di uruskan oleh orang lain.Lagi pulak,kerja yang takdak kena mengena dengan dia,dia sibuk buat..Dia kutip ntah mana-mana punya hamba ALLAH,Di lantiknya sebagai Pembantu Imam,tanpa persetujuan dan permintaan dari Tok Imam serta AJK-AJK yang lain..malah dia sendiri putuskan untuk masjid mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar gaji pem imam tersbut.Pembantu Imam ni pulak ok lah,sijil memang bergulung-gulung,tapi dari segi bacaan,disiplin dan akhlaq dengan para makmum..hampeh..kalau ada PHD sekalipun kalau seseorang itu althagh(tidak dapat melafazkan ra' dengan baik)tak guna jugak..apatahlagi tidak baik keseluruhan bacaannya..sehingga artikel ini di taip,lebih dari 40 makmum yang mahukan pembantu imam ini keluar dari masjid..Apabila di tegur Tok Imam,dia tak terima.Maka dengan rasa tanggungjawab,maka Tok Imam pun ambil keputusan untuk menggantikan orang yang lebih baik dan layak untuk menggantikan tempat seorang AJK yang gila kuasa dan bodoh sombong tadi..
Bila si AJK ni dapat tahu yang dia nak di tukar,dia melawan..mula-mula dia ajak AJK-AJK yang lain adakan mesyuarat khas untuk memecat Tok Imam yang melantiknya dahulu..Tapi perbuatannya tadi tak berjaya sebab tak ada alasan kukuh dia boleh memecat Tok Imam yang tidak pernah melanggar undang-undang baik syara' maupun dunia.
Ringkaskan cerita,orang-orang yang bodoh dan gila kuasa,ataupun orang yang bukan ahli tetapi mahu jugak memikul tanggungjawab,mereka tidak akan dapat kekal dengan sifat rakus mereka.Akhirnya penipuan,penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa sang AJK yang rakus tadi,terbongkar sedikit demi sedikit.
Artikel ini di tulis berdasarkan cerita yang benar yang telah di ceritakan sendiri oleh Tok Imam yang sangat ana kagumi,cerita asalnya sangat lah panjang,tapi sengaja ana ringkaskan biaq antum tak boring ketika membacanya.Sehingga sekarang juga AJK ni belum meletakkan jawatan nya malah masih buat kerja-kerja bodoh yang mungkin akan memakan dirinya sendiri.
Sama-samalah kita doakan agar ALLAH memberi petunjuk kepada AJK tadi dan golongan-golongan yang spesis dengannya,dan juga mudah2an ALLAH mengembalikan keamanan dan kedamaian di masjid tersebut supaya Imam dan makmum-makmum yang lain dapat beribadah dengan tenang dan sempurna..AMIN..Wallahu A'lam..wassalam...

2 ulasan:

  1. salam..hehe macam kenal jer ajk-ajk yang di maksudkan tu..tok imam tu pun rase nye aku kenal..apa2pun kirim salam kat tok imam tu..cakap ngan dia,apa pun orang nak buat kat dia,aku tetap sayang dia.dia guru qur'an aku dulu.

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam..hehe kalau kanal ok la tu,insya ALLAH salam kamu akan saya sampaikan..trima kasih atas sokongan.

    BalasPadam