Isnin, 18 Januari 2010

Imam Imaman

Bercerita lagi pasal serban besar dan macam-macam hal lagi...ana ada la sorang kawan ni,nak kata hebat sangat ilmu dia tu,ana tak berapa pasti la..yang pasti dikalangan syed-syed yang murakkab,hebat sangat lah dia kot,kalau tak,takkan mereka sanggup notis Habib Mustafa Alhaddad kerana Habib Mustafa tidak perlukan khidmat dia di baitul aman..Bercerita pulak pasal baitul aman,pastilah ada kait mengait dengan Habib Mustafa.Kerana para habib habiban atau syed syedan ni mula-mula dapat tapak selesa adalah kerana Habib Mustafa adalah antara Imam yang paling lama dan berpengaruh dikalangan para vvip di kawasan tersebut.Dua puluh lima tahun Habib Mustafa berkhidmat di masjid tersebut bermula dengan Gaji RM400,Dan beliau tak pernah merungut apalagi bercuti.Selama dua puluh lima tahun itu lah,Habib Mustafa memimpin solat dan segala-segalanya dengan aman dan tenang tanpa memerlukan bantuan sesiapa pun.Dari zaman di pengerusikan YM Tunku Tan Sri Muhammad bin Tunku Besar Burhanuddin hinggalah zaman pengerusi Tun Salleh Abbas,tiada apa-apa masalah pun berlaku..malah mereka sangat-sangat menghormati Habib Mustafa,bukan sekadar Imam,Beliau juga di angkat oleh mereka sebagai Penasihat Jawatankuasa Masjid..Dan Pengerusi-Pengerusi yang ana sebutkan tadi,bukan sekadar Tokoh Negarawan,mereka juga boleh dan sering mengIMAMkan solat jika Tuan Imam keuzuran..
Apabila Pentadbiran Masjid beralih kepada Puak Habib habiban ni..macam-macamlah yang berlaku..yang lain-lain tu malas la ana nak ceritakan,panjang sangat..tapi yang kelakar ni cerita pasal seorang Hamba ALLAH yang namanya Shahrul Nizam(macam nama sultan bahlol di permainkan ahli nujum),kemudian katanya di tukarlah nama beliau oleh tok guru beliau sebagai Ahmad Syahdan..
Si Shahrul ni,dah banyak tempat dah dia cuba jadi Imam..tapi bukan lah Imam Besar pun,setakat Imam simpanan ajalah..tapi semua tempat yang dia pernah Imam,orang komplen..mana tak nya,Imam empat berlagak macam Imam satu..Baru baca Alif sampai Jim,berlagak macam dah sampai wassalamu.
Baru-baru ni,dia diminta untuk mengosongkan jawatan pembantu Imam di baitul aman,tapi dek kerana dia rasa mungkin dia lebih hebat dari Sudais atau ghamidi. maka surat yang di berikan oleh Habib Mustafa supaya kosongkan jawatan tersebut,di tolak mentah-mentah dihadapan Habib Mustafa..tak cukup dengan tu,dia cipta satu ketegangan dan provokasi kepada sekerat jawatangilakuasa yang selama ni membahlol dan di bahlolkan dia dan diri mereka sendiri..konon nya Habib Mustafa kejam!
Macam tu ka akhlaq orang mengaku pernah mengaji Hadramaut..macam tu ka akhlaq orang yang mengaku anak murid kepada Allamah Alhabib Umar?macam tu kah akhlaq orang yang kepalanya tak pernah lepas serban bertingkat-tingkat?
Ana nak bagitau kat sini,kalau si Ahmad syahdan belom tahu pasal blog ni,sapa-sapa yang tahu,tolong bagitahu dia..Habib Umar tak ajar kita hanya menghormati Ahli Bait yang Kaya dan ada kedudukan dunia sahaja..Habib Umar juga tidak ajarkan anda bersikap Biadap terhadap orag-orang tua,apa lagi orang tua tu Anak Cucu Baginda Rasulullah(saw)yang hidup dalam ibadah dan khidmah kepada ALLAH..Ingat tu!!
Kalau anda hebat sangat,cuba pergi apply kat masjid lain..mungkin mereka amat perlu khidmat kamu..tapi Baitul Aman..Bukan lah kelayakan kamu walau setinggi manapun tangga universiti sudah kamu panjat..Baitul Aman tak perlu Imam yang penting diri sendiri dan sering berbohong!INGAT TU?Wal afu

7 ulasan:

  1. Sila jawab soalan dibawah.

    1) Apakah kelayakan untuk menjadi imam di Baitul Aman??
    a) anak Habib Mustafa
    b) cucu Habib Mustafa
    c) cicit Habib Mustafa

    2) Adakah anda sudah mencermin diri sendiri sebelum mengata orang lain?

    3) Adakah teks yang diatas ini untuk menegur orang dan adakah cara itu betul?

    4) Berdasarkan teks diatas, adakah ini akhlak yang diajar oleh Habib Umar di Darul Mustafa?

    Diharap penulis dapat menjawab soalan-soalan diatas.

    Sekian terima kasih.
    Wal afu

    BalasPadam
  2. salam...kalau anak imam, cucu imam atau cicit imam itu layak, ape salahnye??erm..kalau saudara/ri yg brtanya mmg selayaknya mnjadi imam, silakan mohon..sekiranya tidak, trjawablah soalan kedua...

    BalasPadam
  3. Apa dah jadik lah dgn imam-imam kita ni....sudah2sudahlah..

    BalasPadam
  4. ana nak jawab la soalan cepumas ente...

    1) Apakah kelayakan untuk menjadi imam di Baitul Aman??

    jawapan : bukan ente.

    2) Adakah anda sudah mencermin diri sendiri sebelum mengata orang lain?

    jawapan : itu ente pun kena buat

    3) Adakah teks yang diatas ini untuk menegur orang dan adakah cara itu betul?

    jawapan : teks diatas kelihatan seperti kisah benar. kalau tak takkan ente kasi soalan2 cepumas ni. dan teks di atas juga pengajaran buat yang lain.

    4) Berdasarkan teks diatas, adakah ini akhlak yang diajar oleh Habib Umar di Darul Mustafa?

    jawapan : dari mana ente tau penulis dari darul musthofa? ente kenal? dendam ke....

    BalasPadam
  5. Lebih baik kita berbincang isu yang lebih panas dan bermanfaat kepada ummah daripada berbincang pasal isu siapa yg layak jadik imam Baitul Aman, kalau dah iman celaru, makmum macamna oi..!astagfirullahhalazdim

    BalasPadam
  6. apa isu panas yg boleh bawak manfaat tu?

    BalasPadam
  7. yang buat kuiz di atas,kalau berani tunjukkan diri hang!!
    Apa yg paham kt posting ni?dan apa yg cuba nk bagtau?ckp biar terang..kenapa kalau anak ka,cucu ka cicit ka habib mustafa,tp layak dan ada kriteria Imam...terus jadik Imam?hang dengki ka?

    BalasPadam