Jumaat, 8 Januari 2010

Gila Glamour

Kenapa bila kedatangan Habib-habib besar je..semua jadi melatah dan kelam kabut?semua nak tunjuk sibuk,muncul lah habib habiban,muncul lah muhibbin muhibbinan(pinjam istilah indo),wal hasel macam-macam hal la.
Macam-macam versi ana dengar..maklom ana ni kutu mana layak untuk khidmat habib habib ni,apa lagi habib yang hebat dan berpengaruh.Bukan saja tak layak khidmat..nak ambik tahu pasal jadwal habib pun sori.Habib hanya untuk sepupu sepapat,sedara mara,murid muridan harta hartawan dan Da'i Da'ian.Pasal apa ana tulis begini?pasal ana tidak pernah dan tidak akan di beritahu pun akan kunjungan beliau..walaupun mereka bermesyuarat di tempat ana,di depan mata ana..Ana hanya mendapat sms dari seorang murid yang kebetulan bersaudara dengan habib ni tentang majlis beliau di masjid alfalah dan melaka.
Tiba-tiba ada lagi beberapa majlis penting yang menjadi rahsia di antara mereka.Yang kelakar nya pulak mereka menganjurkan sebuah majlis yang mereka cipta sebagai majlis bersama atau pertemuan Ulama' Muslimin..Wah betapa besar peranan mereka dalam penganjuran acara yang sedemikian rupa..bererti mereka menganjurkan sebuah perjumpaan antara Ulama' ngan Habib.Tak pa lah Alhamdulillah!Majlis yang hebat!majlis yang berkat!
Tapi sayang..bila si Jahil nak mengatur orang Alim,maka terbongkar la kejahilan mereka..Apa kejahilan tersebut?
Kejahilannya adalah mereka menjadikan majlis itu sebagai majlis tertutup!dan yang akan attend dalam majlis tersebut,mungkin dua puluh peratus sahaja Ulama' pondok..lagi lapan puluh peratus,ustaz-ustaz,cikgu-cikgu,datuk-datuk dan mereka yang sama waktu dengannya.Buat apa korang buang masa Habib?dah alang-alang nak temukan habib ngan segelintir Ulama',tak payahlah tutup-tutup perjumpaan tu,biarlah semua orang dapat manfaat dan barakah bersama habib dan segelintir ulama' tersebut ..Takkan semuanya korang nak sapu?
Tolong lah buang sikap muka-muka antum!tolonglah jangan letak maruah Guru antum sedemikian rupa.Bila antum bersikap double standard,maka orang ramai akan menilai anda sama lah dengan golongan-golongan pencinta dunia..kalau korang saja yang terpalit takpa,sebab memang korang carik glamour pun..tapi jangan sampai nama baik guru anda Habib Umar pun akan menjadi buah mulut orang.Mungkin Habib tak kisah di cerca,di hina dan sebagainya tapi ana dan ramai lagi yang akan kisah apabila Habib di perlakukan sedemikian rupa..Wallahu A'lam.

4 ulasan:

  1. salam bib.syukran kerana ente sudah mewakili suara kami-kami yang kerdil.sebenarnya sudah lama ana perasan dengan situasi yang sebegini.cuma maklumlah siapalah ana nak bercakap apa lagi menegur bab-bab ni,ana bukan murid Habib Umar.jangan kata Habib Umar,Tarim pun ana belum pernah jejak..Do'akan ana bib..syukran coz ente dah banyak mengingat kan kami-kami yang lalai ni.Afwan ana tanya..ente Muhammad Haddad ke?

    BalasPadam
  2. salam..la syukra ala wajib.ente tak bleh ckp camtu..kalo nt masih punya anggapan bgitu,seolah-olah nt biarkan mereka-mereka makin bongkak..smash je beb..jgn heran sangat..bab ana tkpalah cukup nt kenal ana hamba ALLAH paling HINA!hehe

    BalasPadam
  3. SALAM..SEMALAM MAJLIS YANG AMAT LUAR BIASA.TANGISAN BERIBU UMAT DI MASJID ALFALAH,USJ..MUDAH2AN DENGAN DOA DAN TANGISAN RIBUAN UMAT BERSAMA HABIB UMAR..SAMA-SAMA DAPT KITA BRUBAH MENJADI UMAT BAGINDA YANG LEBIH TAWADHU' DAN TERBAIK DARI MASA KE SEMASA..

    BalasPadam
  4. afwan kalau ana menganggu privasi ente bila bertanya siapa ente..apa-apa pun ana ucapkan syukran berbanyak-banyak atas segala kritikan membina dan realiti hidup kita sebagai Pewaris utama dari rasulullah(saw).Alhamdulillah semalam pun ana dapat hadir di masjid alfalah dan bersama-sama habib omar bermunajat memohon hidayah dan taufiq dari Allah.doakan ana bib.
    muhammad b abdurrahman assaggaf

    BalasPadam