Ahad, 7 Februari 2010

SYED

Dah lama jugak la ana tak menulis kat sini sebab terlalu sibuk sampai tak punya masa untuk hadap komputer..tapi hari ni ada sikit peluang kebetulan tugas pun tak berapa banyak,jadi dapat la ana sambung balik  penulisan kat sini..seperti yang ana catatkan pada posting yang terdahulu bahawa segala yang tercatat di blog ni bukan lah tuduhan atau tohmahan belaka,tetapi semuanya berdasarkan pengalaman yang ana sendiri alami,saksikan dan hadapi..termasuk juga lah ianya berlaku keatas diri ana sendiri..sebab kita tak dapat lari dari hakikat yang kita ni sebuah keturunan pilihan,jadi bila datang kesedaran dan ana sendiri tak mahu ianya terus berlaku keatas saudara2 syed dan muhibbin yang dalam keghairahan..terpaksa ana kritik walaupun ana sudah di nasihatkan mungkin segala tulisan ana akan mengeruhkan lagi keadaan..dan ana juga tidak akan tarik balik segala posting disini dan juga tidak akan serik menegur dan mengkritik jika berlaku lagi suasana habib habiban dan muhib muhibbinan diantara kita kerana ana mencari cinta habib yang abadi dan di cintai oleh Habaib yang sudah menemui Cinta..bukan lah semata-mata nak cari pengaruh antum atau pun musuh dikalangan keluarga ana sendiri,tak kiralah siapa pun syed itu,yang hak tetap hak,dan yang bathil tetap bathil.
Banyak kan bertafakkur dan bermuhasabah dengan memperbanyak membaca kisah Mujahadah para salaf soleh(tok nenek antum) bukan dengan banyak membaca kisah dan bercerita tentang Karamah dan Kewalian tok nenek antum.Al afu..

3 ulasan:

  1. Bagus sekali penulisan enta di blog ini. Ana lagi suka dari kalangan Syed sendiri yang menegur Syed daripada orang luar menegur keluarga ini, kerana ia akan mendatangkan nama & tanggapan yg buruk.

    Teruskan teguran, teruskan cerita saudara ; sebenarnya banyak perangai/mentaliti yg tak sepatutnya ada di kalangan Syed di Malaysia ini.

    Amal Makruf Nahi Mungkar.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  2. assalamualaikom,

    tak salah menegur kesalahan sesama kita,insya ALLAH. Maklum saja,lalai adalah fitrah..

    BalasPadam
  3. akhi ben yahya..jgn lambung ana tinggi-tinggi..takut ana pulak jadik habib habiban..hehe..syukran atas dukungan

    Amar Ma'ruf Nahi Mungkar///

    BalasPadam