Selasa, 6 April 2010

Menteri: AJK masjid bukan punca perpecahan

Posting ni ana copy dari malaysiakini..ini jawapan jamil khir..menteri ugama kita berkenaan pertanyaan MP Padang Terap di Dewan Rakyat hari ini..Mengikut apa yg kami lalui selama mentadbir masjid,apa yg di jawap oleh beliau seolah-olah menegak benang basah la..pasal memang AJK Masjid ni di tentukan oleh kerakusan hawa nafsu dan selera politik mereka..
Perpecahan di kalangan umat islam di masjid tidak berkait dengan kaedah pelantikan ahli jawatankuasanya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya, kata beliau, perpecahan tersebut berlaku disebabkan perbezaan pendapat antara pegawai masjid yang tidak menghormati perbezaan pendapat.

"Sama ada diberikan pelantikan tersebut oleh pihak kerajaan ataupun lantikan tersebut dibuat oleh pihak masjid sendiri, sentiasa berlaku perpecahan daripada kedua-dua belah pihak sebab wujudnya pandangan berbeza dan mereka tidak boleh bersepadu dalam perbezaan pendapat.

"Apa yang boleh dikatakan mereka tidak menghomati perbezaan pandangan, siapa yang menang akan dianggap sebagai musuh kepada yang kalah dan kalah akan dianggap musuh oleh yang menang," katanya ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sebelum itu diajukan soalan tambahan oleh Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) yang mendakwa pelantikan terus ahli jawatankuasa masjid telah menjejaskan perpaduan di kalangan ahli kariah.

Dalam penjelasan seterusnya, Jamil Khir berkata, pelantikan jawatankuasa masjid dibuat bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.

"Untuk memulakan lantikan ini, Padang Terap boleh bawa usul ini nanti ke negeri kedah supaya lantikan dibuat oleh ahli kariah masing-masing," katanya.

Menjawab soalan asal dari Matulidi Jusoh (BN-Dungun), Jamil Khir berkata, kerajaan memperuntukkan RM76 juta tahun lalu untuk menjaga kebajikan 6,119 masjid dan 18,227 surau di seluruh negara.

Selain itu, katanya, kerajaan juga membayar RM9 juta untuk pengimarahan takmir, selain peruntukan RM1.7 juta setahun bagi bayaran pegawai penyelaras pembangunan daerah.

"Di samping itu, jabatan agama Islam negeri dari semasa ke semasa memberi sumbangan dana, dari pusat dan kerajaan negeri juga beri sumbangan untuk pengimarahan masjid dan surau," katanya.



Tak nampak pun respon menteri berkenaan tentang usul dan pertanyaan dari Rakyat..Macam belum bersedia nak serahkan Amanah Perlantikan AJK Masjid kepada Ahli-Ahli Qariyah..


Kalau ada benda nak komen komen laa..kalau tak suka Politik tolong jangan menyemak dengan komen bodoh antum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan