Khamis, 13 Mei 2010

Amar Ma'ruf Nahi Munkar


Abu Dzar Alghifari menceritakan,suatu hari sayidina Abu Bakar(ra) bertanya kepada Rasulullah,Ya Rasulullah!apakah ada jihad lagi selain dari memerangi musyrikin?Rasulullah(saw) menjawab,”Sesungguhnya ALLAH memiliki para pejuang di muka bumi ini yang lebih utama dari para syuhada’.kehidupan mereka di muliakan ALLAH,malah mereka di beri rezeqi dan para malaikat yg di langit menghiaskan syurga untuk mereka..Maka Abu Bakar kembali bertanya;Siapa kah mereka Ya Rasulallah?Baginda(saw)menjawab;”Mereka adalah golongan yg memerintahkan kebaikan dan melarang/mencegah kemungkaran,mereka juga golongan yg saling mengasihi dan membenci kerana ALLAH.
Baginda(saw)bersabda lagi;”Demi dzat yg diri ku di dalam kekuasaanNYA,Sesungguhnya setiap dari mereka akan di kurniakan ALLAH bilik2 di atas bilik2nya para syuhada’,tiap2  bilik ada tiga ratus pintu dari yaqut dan zamrud berwarna hijau dan di atas tiap2 pintu bilik mereka ada nur.Golongan lelaki di antara mereka di kahwinkan dengan tiga ratus bidadari yang bermata indah,bidadari itu pula apabila dilihat oleh mereka akan berkata,Ingat lagi tak,dahulu kamu pernah memerintahkan kebaikan dan menegah kemungkaran?jika dia menoleh kepada bidadari yg lain,maka bidadari yang lain akan berkata juga..Ingat lagi tak,di dunia dulu,kamu ber Amar Ma’ruf,Nahi Munkar di sesuatu tempat?(Hadith)..Masya ALLAH..Hebat nya kurniaan ALLAH Untuk golongan ini!
Maka dengan  itu,Ana menyeru kepada diri sendiri dan seluruh ummah yg cinta akan ALLAH dan RASUL,sentiasalah kita memegang amanah yg ALLAH amanah kan kpd kita di dunia ini,selagi kita di berikan kesehatan untuk kita menyuruh,menggalakkan saudara2 kita yg lemah kepada kebaikan apalagi kalau kita lihat suasana sekarang yg mana perkara munkar mendominasi yg ma’ruf..tak cukup dgn itu,kita juga berada dalam sebuah suasana golongan ma’ruf(Alim Ulama’,Ustadz2 dan para Da’ie) di pandang remeh,kolot,lebih dahsyat lagi,mereka di persendakan dan di hina..manakala golongan munkar di tabal masyarakat sebagai hero mereka..mana2 sahaja mereka muncul,mereka akan di sanjung dan di muliakan,Bahkan didalam rumah kita sendiri,perkara munkar lebih mendekati keluarga kita..
Ayuh!! Bangkitlah sekalian Umat MUHAMMAD! Tegakkan Ma’ruf ! Tinggal kan Munkar..Renungkan Sebuah Hadith Baginda Rasulullah(saw)yg di riwayat kan oleh Ummul Mu’minin Sayyidatina Aisyah(ra);Rasulullah(saw) bersabda:Sesungguhnya ALLAH akan menyeksa penduduk sebuah kampung yang amal mereka seperti amalan para Nabi.”Para Sahabat bertanya kepada Baginda,”Bagaimana boleh terjadi demikian Ya Rasulallah? Maka Baginda menjawab..Mereka adalah golongan yang tidak membenci ALLAH,Akan tetapi mereka tidak mahu menyeru kepada perkara ma’ruf dan tidak menegah munkar.”
Saudara2ku sekelian! Perintahkan lah Isteri,Anak2,Adik beradik,Jiran tetangga dan Seluruh Sahabat2 mu kepada perkara Ma’ruf dan itu lah tujuan ALLAH Menciptakan kita di dunia.Tegah lah mereka dari melakukan perkara Munkar,jangan sampai ALLAH utuskan untuk kita Pemerintah yg sangat Dzalim yg tidak akan membatasi yg kuat dan juga tidak membela yg lemah.Jangan juga sampai do’a kita pun tidak akan di pedulikan.Minta tolong,tidak di tolong dan mohon ampun juga,tidak akan di ampuni.(Abu Darda’)
Wasiat ku lagi,Sukalah Ana untuk berkongsi dgn ikhwan sekelian sebuah Hadith dari Imam Hasan Albasri:drpada Baginda Rasulullah (saw),SabdaNYA:”Syuhada’ ummatku yang paling utama adalah,lelaki yang menghadap pemimpin dzalim,kemudian memerintahkannya(pemimpin itu)kebaikan dan melarang nya dari kemungkaran hingga pemimpin itu membunuhnya.Itu lah seorang Syahid..dan tempatnya di Syurga di antara Hamzah dan Ja’far.(Alhadith)
Sebuah lagi Hadith..Abu Ubaidah bin Jarrah bertanya kepada Rasulullah,Ya Rasulallah!Siapakah Syuhada’ yang paling mulia?Maka Baginda(saw)menjawab;”Lelaki yang pergi kepada Raja yang dzalim,lalu menyuruh nya berbuat kebaikan dan melarang nya dari kemungkaran,kemudian Raja itu membunuh nya.Jika dia tidak  mati,maka Qalam tidak kering mencatitkan nya sepanjang hidup nya”.Wallahu A’lam..
Mudah2an catatan ini,sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan ingatan buat kita bersama..Ya ALLAH! Kurniakan lah kekuatan dan kesabaran kepada kami untuk kami tegakkan Kalimah MU dengan menyeru saudara2 kami memerintahkan Ma’ruf dan menyeru mereka supaya bersama2 dengan kami Menegah keMunkaran di atas bumi ini..Jangan lah KAU sia2 kan hidup kami golong kan lah kami dalam golongan Hamba yang Mulia di sisiMU..Amin Ya Rabbal Alamin.Wallahu A'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan