Isnin, 10 Mei 2010

Ustaz Sakit!

Dah berapa minggu dah ana tak menjenguk dan menaip dalam ruangan ni..lagipun dari bulan lepas lagi ana tak punya banyak waktu nak jenguk blog ni..maklom busy sikit.
Hari ini ana nak kongsi sedikit beberapa cerita,harapan dan masalah kepada pembaca dan penjenguk blog yang tak seberapa ni..cerita ni pun hasil dari perbualan dan luahan beberapa sahabat ana(termasuk lah diri ana sendiri) yang faham banyak tentang perjuangan dan mereka juga sangat dahaga dengan suasana Islam yang benar-benar di ajar oleh Baginda Rasul dan Para Salaf Soleh.
Di antara kekecewaan dan harapan kami adalah di sekitar Para Muallim ataupun ustaz-ustaz sendiri..tak kira lah apa pun bentuk perjuangan yang mereka bawa.Tapi yang nyata..bertepatan dengan tujuan blog ni juga..apa yang  kami dapati..segala masalah besar yang sedang menimpa umat Islam khususnya di malaysia dari beberapa tahun yang sedang kita lalui ini adalah berpunca dari  kerakusan dan ,kegilaan pengaruh..Tak kira lah pengaruh apa pun..samaada fulus ataupun anak murid yang ramai tapi kurang kualiti.
dari tahun 2005 hinggalah hari ini..macam-macam cerita dan berita yang dengar di media dan sebagainya,dan cerita-cerita tersebut seolah-olah menggambarkan yang kita,umat islam di malaysia sekarang ni sedang melawan arus berpatah balik seperti kehidupan sebelum Rasul di utus kepada dunia..kita seolah-olah hidup di zaman yang serba canggih dan modern tapi tidak ada bezanya dengan gaya hidup masyarakat jahiliyyah sebelum kelahiran Nabi Muhammad dan Ugama Islam.  
Zaman yang sedang kita tempuh ini adalah zaman Ibu berzina dgn anak kandung sendiri,bapa merogol anak kandung sendiri..pembunuhan berleluasa,sehingga Pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk membanteras jenayah pun dah menjadi pembunuh.Tidak ada kepercayaan lagi melainkan kalau kita mahu kembali mendekati Ulama',majlis-majlis Ilmu dan masjid untuk memperkukuh persaudaraan Islam.
Masalah sekarang..Ulama' pun di ragui,majlis Ilmu pun di pilih-pilih..Masjid-masjid di hias di indahkan se indah-indahnya tapi hanya lah di jadikan sebagai tempat istirahat..malah lebih jelek lagi ada pula yang menjadikan masjid sebagai sasaran melepaskan hajat kecik dan hajat besar tanpa merasai berapa agung dan tingginya nilai i'tikaf dan beribadah di situ.
Bagaimana umat nak percaya Ulama' atau ustaz sebab di antara mereka  pun dah hilang kepercayaan sesama sendiri.Ulama' dan ustaz yang sedang menjadi contoh dikalangan pengikut mereka yang ramai pun dah pandai saman menyaman antara satu sama lain,menburuk dan memperlekehkan untuk tujuan menjatuhkan satu sama lain.Ada Ulama' yang benar-benar  nak bawa umat tuju jalan ALLAH,Mendaulatkan AlQur'an dan Sunnah dan agungkan Syi'ar-syi'ar Islam mereka tuduh karut dengan melabelkan mereka sebagai Ulama' Politik..seolah-olah politik nak tegak dan tinggi kan Hukum ALLAH itu bukan dari ajaran islam.  
Kalau ikut kan hati banyak lagi ana nak taip..tapi tulis banyak-banyak pun tak guna..bukan orang suka pun nak baca panjang lebar..cuma beberapa harapan dan permintaan yang ana dan sahabat-sahabat ana nak luahkan di sini adalah...
Wahai Habib Habib,Syeikh-syeikh,tok guru.kiyai dan ustaz-ustaz yang ada kat malaysia..cubalah hentikan serang menyerang,sesat menyesat,kapir mengkapir dan jahil menjahilkan antara satu sama lain..Yang berfahaman wahabi,utk menegakkan Sunnah perlukah dengan meninggalkan yang Wajib(Persaudaraan dan Perpaduan)dan melakukan yang Haram(Perpecahan dan Permusuhan) antara Umat Islam..Begitu juga yang menyerang Wahabi..tak guna antum bazirkan masa antum untuk menyerang dan mengaum tiap-tiap hari kerana masalah ini pun dah di bincangkan oleh Ulama'-ulama' terdahulu berpuluh-puluh tahun..buat apa kita sibuk nak tunjuk taring dan belang kepada saudara yang mengucap sama dengan kita..solat pun ikut arah qiblat yang sama dengan kita sedang kan perkara yang lebih Wajib dan penting untuk kita lakukan kita tidak lakukan..
Daripada kita buang masa memperdebat dan gaduh kan masalah tahlil talqin tajsim dan sebagainya ada lagi masalah besar menimpa umat apabila pemimpin-pemimpin mereka sudah terang-terang menderhaka dan menderhakakan kita kepada ALLAH dan Rasul..Gunakan keberanian antum terhadap wahabi selama ini untuk menegur kepada pemimpin yanng mana isteri-isteri mereka masih berbangga mendedahkan aurat,masih bangga mengeluarkan lesen JUDI,Lesen Arak dan Zina.Mahkamah Syari'ah pun sudah hilang Powernya..hukum Qur'an di tolak mentah-mentah...(menolak permohonan Qazaf)bererti menolak adanya Perintah Qazaf dari ALLAH.
Fikir-fikirkan lah,Renung-renungkan lah..mudahan-mudahan dengan kembali nya Para Ulama'..Du'aat dan Asatidz kepada perpaduan Islam sepertimana yang di anjurkan oleh Rasulullah(saw)dan salaf soleh akan berkurang lah fitnah yang sedang melanda kita sebagai umat Muhammad di bumi malaysia tercinta ini..
Wallahu A'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan