Khamis, 22 Julai 2010

Antara Cinta dan Buta.

Apakah yang dimaksudkan dengan Syiah?Siapakah Syiah?Apa masalahnya dengan mereka?Untuk mengkaji siapakah mereka,kita perlu mengkaji perjalanan sejarah dengan hati yang jujur.Kita perlu mengkaji asal-usul segala label-label yang ada.Dan kita perlu meneliti apakah ajaran Rasulullah s.a.w,pandangan baginda terhadap para Sahabatnya dan ramalan baginda tentang fitnah yang akan terjadi.Kita perlu menyiasat sejujurnya,kita perlu ambil pandangan kedua-dua pihak untuk mengetahui siapakah yang digelar Syiah ini,kerana di akhir cerita,kita akan tahu siapakah yang SEBENARNYAmenumpahkan darah cucu-cucu Rasulullah s.a.w,memaki hamun para Sahabat dan memfitnah isteri Nabi sebagai pelacur kerana kelak jika kita terkeliru berada di barisan yang salah,kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,di hadapan nabi yang kita harapkan syafaatnya....rupa-rupanya kita termasuk dalam golongan yang sesat,yang berasal dari moyang-moyang konspirator penumpah darah Hassan dan Hussein,pemuda-pemuda syurga yang dicintai Allah dan Rasul.

Pertama sekali,kita perlu tahu apakah yang dinamakan Syiah itu.Syiah menurut kamus bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang.Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara 

Adapun menurut syariat bermakna: Mereka yang menyatakan bahwa Ali bin Abu Thalib lebih utama dari seluruh sahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan kaum muslimin, demikian pula anak cucu
sepeninggal beliau. (Al-Fishal Fil Milali Wal Ahwa Wan Nihal, 2/113, karangan Ibnu Hazm).Syiah adalah satu kelompok berasaskan politik pada mulanya terutama selepas peristiwa majlis Tahkim namun telah meleret-leret kepada masalah akidah dan hukum Islam termasuk ibadah.Syiah telah terbahagi kepada banyak cabang seperti Imamiah atau Itsna 'Asyariah (Dua Belas Imam atau juga dikenali sebagai Ja'fariyah),Ismailiyah dan Zaidiyah.Kebanyakan perbezaan di antara mereka adalah perbalahan tentang jumlah Imam;iaitu perkara terpenting dalam akidah Syiah.Dalam konteks ini,kita akan fokus kepada Syiah Imamiyah atau Syiah Imam 12 kerana Syiah inilah yang menjadi pilihan kebanyakan pengikutnya di Malaysia juga di dunia;sejak Iran diketahui umum adalah negara yang menganut fahaman Syiah ini.

Catatan ini lebih fokus kepada kelompok Syiah yang melampau (Syiah sendiri memanggil mereka dengan panggilan 'Ghulat') terutama dari cabang Imamiyyah,kerana perbuatan Ghulat ini banyak dikesan dari cabang ini manakala cabang lain seperti Zaidiah pula amat dekat dengan realiti sejarah dan menghormati Sahabat juga mengakui Khalifah AlRasyidin (Abu Bakar,Umar,Usman termasuk Ali).

MASALAHNYA,SYIAH GHULAT INI MAJORITINYA BERSEMBUNYI DI DALAM CABANG SYIAH IMAMIYYAH,RAFIDHAH ATAU JA'FARIYYAH INI.

Fahamkan dengan teliti,nanti dikhuatiri anda mencela orang yang salah.


Syiah Imamiyah juga dikenali sebagai Rafidhah,yang ada kaitannya dengan kisah Al Imam Zaid bin 'Ali bin Hussein bin
'Ali bin Abu Thalib dan para pengikutnya ketika memberontak kepada Hisyam
bin Abdul Malik bin Marwan di tahun 121 H. (Badzlul Majhud, 1/86)

Al Iman Zaid (cucu  Imam Hussein r.a) telah mendengar ada para penyokongnya yang mencela para Sahabat seperti Abu Bakar dan Umar lantas beliau menegur mereka.Hasilnya para penyokongnya meninggalkannya.Zaid terkejut melihatkan senario itu lantas berkata:

"Rafadhtumuunii?"

Yang bermaksud "Kalian tinggalkan aku?" (Maqalatul Islamiyyin, 1/137)

Dalam riwayat ini jelas ada satu kelompok yang kononnya mencintai dan menyokong Zaid (sebagai cicit Ali r.a) namun meninggalkan Zaid apabila ada perbezaan pendapat tentang celaan terhadap Sahabat Nabi.

Berbalik kepada Syiah Imamiyyah,ia mengandungi beberapa prinsip atau doktrin seperti Taqiyyah (berpura-pura),ar-Raj'ah (Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan) dan al-Bada' (Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia),namun prinsip Imamah lah yang sangat menonjol kerana dari sinilah timbul sindrom mendewa-dewakan Ali r.a dan keturunannya sehingga dikatakan para Imam 12 yang semuanya Ahli Bait lebih tinggi makamnya dari para nabi dan malaikat serta segala makhluk.


Kitab Al Hukumah Al Islamiyah karangan Khomeini (Khomeini adalah pemimpin revolusi Iran dan idola Syiah Malaysia) halaman 52.

"Allah telah mengusapkan tangan kanannya pada keluarga Ali dan memberikan cahayanya pada mereka
Tak ada keselamatan kecuali kalian wahai keluarga ali, tidak ada tempat selain dari kalian wahai mata Allah yang melihat (Biharul Anwar : 94/37).

Juga di dalam al-Hukuumatu al-Islamiyyah (hal. 52):"Dan sesungguhnya yang terpenting dari madzhab kami,sesungguhya imam-imam kami mempunyai kedudukan (maqam)yang tidak mampu dicapai oleh seorang pun malaikat yang muqarrab/dekat dan tidak oleh seorangpun Nabi yang pernah diutus.

Majlisi berkata : Allah hanya disembah, dikenal dan diesakan dengan perantaraan para Imam. Biharul Anwar jilid 23 hal 103.

 "Saudara-saudara, api (neraka) sudah bertiup. Fitnah pun datang seperti malam gelap gulita. Demi Allah,jangan sekiranya kamu berlindung kepadaku tentang apapun. Demi Allah aku tidak menghalalkan sesuatu kecuali yang dihalalkan oleh Al Quran. Juga aku tidak mengharamkan sesuatu, kecuali yang diharamkan oleh Al Quran. Laknat Allah kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan perkuburan nabi-nabi mereka sebagai tempat peribadatan !"

(antara kata-kata terakhir Rasulullah s.a.w sebelum kewafatannya)
 renung-renungkan lah,bersambung...

3 ulasan:

  1. salam, ingin rasanya sy yg kurang ilmu ini minta sedikit penjelasan dari hadith yang berkaler hijau diatas:
    1)Demi Allah,jangan sekiranya kamu berlindung kepadaku tentang apapun.
    2)Laknat Allah kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan perkuburan nabi-nabi mereka sebagai tempat peribadatan! adakah pernyataan ini bertentangan dari penjelasan dari webpage ini? - http://www.facebook.com/home.php?#!/note.php?note_id=112550185428566&id=351534640896&ref=nf
    terima kasih uztaz..

    BalasPadam
  2. alaik salam..syukran atas soalan..baca dgn akal sehat dan sempurna.tak ada pertentangan pun antara hadith yg di sini dan dlm link yg antum berikan..jauh bezanya..Wallahu A'lam.

    BalasPadam
  3. he3..jauhbeza ye...alhamdulillah...nmpaknye masih kurang ilmu didada ana untuk memahami maksud hadis tersebut. takpela mungkin bole minta penjelasan lanjut dr uztz masa kita dapat berjumpa nanti bersama teh dan mandy...salam

    BalasPadam