Rabu, 21 Julai 2010

Antara Cinta dan Buta.

Asal Usul fahaman Syiah ni timbul selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w,keadaan umat Islam ketika itu begitu membimbangkan.Berita kewafatan baginda benar-benar membuatkan mereka terpukul.Umar Al-Khattab r.a mengancam untuk memenggal tangan dan kaki siapa yang mengatakan nabi sudah tiada.Jika tidak ditenangkan oleh Abu Bakar As-Siddiq r.a,sudah tentu keadaan bertambah berserabut.Keadaan umat Islam perlu ditenangkan terlebih dahulu.Maka para Sahabat pun bermesyuarat untuk menentukan siapakah yang bakal menguruskan keperluan umat Islam;mengambil alih peranan Rasulullah s.a.w,berkhidmat kepada kaum Muslimin.

Akhirnya sebulat suara,para Sahabat memilih Abu Bakar As-Siddiq mengenangkan arahan nabi menyuruh beliau menjadi imam menggantikan Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit tenat,dan diteguhkan dengan sikap nabi yang seperti tidak menyenangi Umar Al-Khattab menggantikan Abu Bakar As-Siddiq sebagai imam pada suatu ketika,juga berdasarkan usia dan kredit beliau sebagai Sahabat nabi yang paling rapat susah dan senang dan beberapa kriteria lain.

Namun ketika berita kewafatan baginda tersebar,ada satu kelompok manusia yang mula tersenyum lebar.Dendam mereka kepada Rasulullah s.a.w tidak pernah padam sejak baginda membuka kota Mekah lagi.Mereka mula merancang sesuatu,malahan sejak nabi menghadapi sakit tenat,kelompok ini sudah mengangan-angankan impian mereka dan dendam yang terbalas.Mereka memerhatikan setiap perjalanan politik umat Islam,apabila terjadi perpecahan walau sedikit pun,mereka akan bertindak!

Pada hari-hari yang indah itu,ketika Rasulullah s.a.w masih hidup,kelihatan dua cucu baginda yang masih kecil bermain-main di sekeliling Kekasih Allah itu.Adakalanya mereka bermain-main dengan janggut nabi,ada yang cuba memanjat tubuh nabi.Nabi hanya tersenyum melihat gelagat cucu-cucu baginda yang amat dicintainya.
bersambung...nak rehat jap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan