Rabu, 21 Julai 2010

Penyakit Taksub!

Salam alaikum buat kawan2 dan saudara yang masih sudi jenguk blog ini.Hampir dua bulan blog ni sunyi sepi tanpa berita dek kerana ana terlalu sibuk dengan macam-macam undangan.Al maklum dekat-dekat Ramadhan ni orang-orang macam kami ni laku sangat.Ana masih rasa lagi kerinduan yang amat-amat kepada Tuan Guru yang ana cintai Alhabib Muhammad b Soleh Alattas.Jazahullah kher yang mampu ana ungkapkan kepada beliau atas Pengajaran,Nasihat dan Kemesraan yang beliau tunjukkan selama sepuluh hari ana menemani beliau dalam Rehlah Da'wah beliau selama sepuluh hari di Malaysia.
Antara pengalaman dan perbincangan ana selama menemani beliau di Malaysia,banyak lah tertumpu kepada masalah As Sadah alawiyyin dan para muhibbin,jadi apa yang di simpulkan oleh Alhabib sekitar masalah-masalh kecil yang ana pernah luahkan di blog ni adalah adalah sebuah petanda "Al Ba'iets"(Dorongan kebangkitan)Para Ahla Bait An Nabawiy dan para Muhibbin di dalam usaha menyelamatkan Ummah daripada terus lalai dan jauh dari mengenal ban mengingat Rasul Mulia Sayyidina Muhammad(saw).
Jadi,merasalah ana kemungkinan perkara-perkara yang pernah ana luahkan di blog ini mungkin banyak silap daripada betulnya,sebelum masuk Gerbang Ramadhan Al Mubarak,ana takut kalau-kalau ramai para penjenguk blog ni yang berasa hati dengan ana,jadi ana susun sepuluh jari memohon bilion keampunan dan kemaaafan.
Cuma kalau perkara-perkara yang melibatkan Aqidah ana tak akan redho untuk berdiam diri sebab atas Nasihat dan Dorongan dari Habib Muhammad juga kepada ana,kalau nak pertikai atau tegur pun tegur lah saudara-saudara Bani Alawiy kita yang jauh tersesat dan salah faham tentang Ajaran dan Da'wah sebenar yang amat-amat di tuntut oleh Rasul Mulia(saw) dan Para salaf soleh.
Ana akan mulakan posting kat sini beberapa teguran kepada saudara-saudara ana yang amat-amat taksub kepada tok nenek mereka sehingga mereka berani meninggalkan kewajipan sebenar...yang mana taksub tersebut yang hanya akan menjadikan kecintaan mereka sia-sia belaka.
Saudara2 ku Para keturunan Nabi Muhammad sekelian..kembali lah kepada Jalan Leluhur kamu yang sebenar!!Tok Nenek antum dulu sangat-sangat men AGUNG dan Mencintai Para Sahabat Rasulullah(saw).
Tinggal kanlah Madzhab dan Agidah yang sedang antum anuti..Kerana perkara tersebut sia-sia belaka!
Cermin diri antum sebelum amalan antum dan cuba bandingkan dengan Para Sahabat Jiddukum yang sedang kamu caci!!
Wallahu A'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan